CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2366|Reply: 21

[Politik] Tokmat ambil alih kuasa presiden umno berkuat kuasa serta merta Updated 20#takka

[Copy link]
Post time 19-12-2018 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by roy3 at 19-12-2018 04:03 PM

Tok Mat ambil alih tugas Presiden UMNO
MyMetroMutakhir
Share

Tweet

Share

Mohd Iskandar Ibrahim dan Veena Babulal
[email protected]


TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan diberi kepercayaan menjalankan tugas Presiden parti itu berkuat kuasa serta merta.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak lebih ramai pemimpin dan ahli UMNO keluar daripada parti itu.

“Saya merasai keresahan segelintir pimpinan UMNO kerana khuatir mereka akan menerima tekanan, siasatan dan tuduhan seperti yang saya alami.


“Demi keutuhan UMNO dan kepentingan pimpinan di semua peringkat terutama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Bahagian UMNO, langkah menyelamatkan situasi terbabit harus dilakukan segera.

“Berdasarkan kepada kemelut yang dihadapi oleh parti hari ini dan sebagai jalan tengah, saya mengambil keputusan untuk memberikan kepada Timbalan Presiden untuk menjalankan tugas sebagai Presiden,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana U3.0 anjuran Penerangan UMNO di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur, hari ini.

Program yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live itu dikendalikan oleh Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid sebagai moderator.

Ketika ditemui selepas program terbabit, Ahmad Zahid berkata, keputusan yang diambilnya itu bukan atas desakan mana-mana pihak.

“Jika benar saya menjadi punca utamanya, maka keputusan yang saya lakukan adalah kaedah terbaik untuk saya berikan kepercayaan kepada Datuk Seri Mohamad Hassan bagi jalankan tugas Presiden.

“Dan ini tentunya sesuai dengan semangat dalam Perlembagaan UMNO sendiri bahawa jika Presiden tidak mendapat hidayah maka kaedah terbaik memberikan kepercayaan kepada Timbalan Presiden untuk menjalankan tugas Presiden,” katanya.

Beliau berkata, Mohamad kini memiliki kuasa penuh Presiden untuk bersama dengan Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi (MT) dan ketua sayap serta pimpinan di semua peringkat untuk memulihkan UMNO sebagai parti politik terbesar orang Melayu.

“Saya sudah memaklumkan kepada beliau (Mohamad) dan dua Naib Presiden mengenai keputusan ini.

“Mohamad akan menjalankan tugas Presiden sehingga beliau tidak sanggup lagi memikul tanggungjawab itu atau sehingga beliau yakin saya boleh meneruskan semula tugas itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Disember 2018 @ 10:52 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tok mat pun da nak blah. Ini semua slh zahid komedi x nak blah awal2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Blah awal apa
Dia bukan blah pun


Ibarat melepaskan sume masalah & konflik dalaman kepada tok mat. Jadi sekarang buat seketika, kalau ada isu lain kau salahkan tok Mat. Begitu konsepnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeah tok mat. Next saya undi bn. Boring 2 kali undi ph. Dah menang pun masih mentaliti pembangkang. Tp tolong buang culprit mcm isa samad tu.. bersihkan bn.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 07:37 AM | Show all posts
Patut awal lagi hang bagi kat Tok Mat tu.
Ni degil kerbau.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak kenakn tok mat jer tu... Keh2 tok mat tersepit.. Kuar umno.. Mesti kena kutuk gila2
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-12-2018 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
UMNO perlu adakan pemilihan presiden baharu - Penganalisis
Astro Awani |  Diterbitkan pada Disember 19, 2018 08:17 MYT
UMNO perlu adakan pemilihan presiden baharu - Penganalisis
Penganalisis berpendapat, UMNO perlukan reformasi yang lebih meluas dan mendasar dengan mengadakan persidangan pemilihan semula di peringkat pusat untuk memilih Presiden yang baharu. - Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi kepercayaan kepada Timbalan Presiden UMNO untuk menjalankan tugas Presiden tidak akan membantu pemulihan parti itu.

Sebaliknya, UMNO perlu menjalankan pemilihan semula di peringkat kepimpinan untuk memberi mandat kepada Presiden yang baharu.

Menurut penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, UMNO perlu bersidang, melakukan semula pemilihan Presiden yang dapat menyakinkan ahli di peringkat akar umbi.

“Langkah menyerahkan kuasa kepada Timbalan Presiden adalah bersifat sementara.

"UMNO perlukan reformasi yang lebih meluas dan mendasar dengan mengadakan persidangan pemilihan semula di peringkat pusat untuk memilih Presiden yang baharu,” kata Mazlan ketika ditemu bual dalam Komen Pagi.

“Dalam keadaan UMNO yang parah ini, pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi dan pertengahan tidak menghormati pemimpin mereka di peringkat pusat.

"Kes yang dihadapi Presiden UMNO adalah mustahil untuk diatasi dalam satu penggal,” tambahnya.

Beliau tidak menafikan Datuk Seri Mohamad Hassan memiliki kewibawaan sebagai pemimpin, namun rekod beliau sebagai bekas menteri besar Negeri Sembilan tidak cukup untuk menyakinkan ahli parti di seluruh negara.

Dr Mazlan menamakan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaludddin dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mempunyai pengalaman di peringkat nasional sebagai antara individu yang sesuai mengatasi kemelut dihadapi UMNO.

Khairy merupakan bekas menteri belia dan sukan sementara Tengku Razaleigh pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan.

Pada pemilihan jawatan UMNO yang lalu, Ahmad Zahid memperolehi 93 undi jauh meninggalkan Khairy yang mendapat 51 undi dan Tengku Razaleigh yang mendapat 23 undi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 09:04 AM | Show all posts
#presidentaksampaisepenggal

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 09:06 AM | Show all posts
zahid hamidi patut undur diri.. orang dah tak nak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Zahid who ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Fall from the grace..tp skrg ni isu Allahyarham Adib ni nmpknye mcm rakyat masih perlukan sentuhan ultra malay conservatives ala zahid, menteri2 melayu skrg byk yg pro hindu,same2 pi kuil sembahyang omg
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 09:26 AM | Show all posts
ni maksudnya dia letak jawatan ke cemana? ke dia  bercuti je?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 10:33 AM | Show all posts
Remyda replied at 19-12-2018 07:23 AM
Blah awal apa
Dia bukan blah pun

mereka nak blah bukan pasal DSNR or DSZH...tapi tun yg suruh mereka masuk PPBM nak bagi neutral power DSAI/PKR..sipir 2 bro..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 10:56 AM | Show all posts
Ini ala2 ko bercuti kejap, suruh second man jaga, pastu balik dr cuti ko balik lagi kerja. Bukan dia lepaskan jawatan pun, dia cuma serah tugas jah. Nampak sangat dia ni masih gila nak jawatan Presiden UMNO tu. Mgkin dia fikir bila nanti2 BN berkuasa, peluang cerah jadi PM.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 12:04 PM | Show all posts


Lokman Adam proposes Najib takes over during Zahid's leave
Published: Today 10:02 am  |  Modified: Today 10:23 am

A+      A-
Umno supreme council member Lokman Noor Adam has proposed that former Umno president Najib Abdul Razak be appointed opposition leader while Ahmad Zahid Hamidi takes a break from the party presidency.

He also wants Najib to become the de facto leader of Umno during this period.

"In such a critical situation, Umno needs the services of an experienced leader who is respected by BN MPs who have not jumped and those who have jumped (to other parties).

"Based on this, as Umno supreme council member, I suggest that the Umno president (Ahmad Zahid) appoints Najib as Umno's de facto leader as well as the opposition leader while the Umno president is on leave," Lokman said in a statement today.

This appointment is very important to ensure the stability of Umno, he said, as a majority of the party members who voted for Ahmad Zahid as Umno president would not accept deputy president Mohamad Hasan's leadership.

Mohamad, he said, has never once defended Ahmad Zahid while he was being attacked by those asking him to step aside.

Lokman also expressed his disappointment over Ahmad Zahid's decision to go on leave as Umno president as he said this is a huge win for Prime Minister Dr Mahathir Mohamad.
Ahmad Zahid last night caved in to pressure and announced that he would step aside as Umno president, handing over the duties of the position to his deputy Mohamad.

"In light of the crisis faced by the party today, I have decided to entrust the deputy president with the duties of the Umno president.

"I urge that no more of our MPs or assemblypersons quit the party," he said.

Zahid later said he was not resigning, but only going on leave so that Mohamad can run the show.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 12:10 PM | Show all posts


Tindakan Zahid pemimpin sejati, kata Jamal
AHMAD ISMADI ISMAIL 19 DISEMBER 2018
Datuk Seri Jamal Md Yunos
Datuk Seri Jamal Md Yunos
A-A+ (Ubah saiz teks)
AMPANG - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos terharu dengan tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi kepercayaan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menjalankan tugas sebagai Presiden Umno.

Jamal berkata, tindakan itu menunjukkan Ahmad Zahid merupakan pemimpin berjiwa besar.

"Apabila melihat keadaan sekarang, Zahid telah mengambil langkah menyerahkan tugas kepada Mohamad serta merta," katanya.

Jamal juga menghargai tindakan Zahid.

"Ini menunjukkan tindakan pemimpin sejati," katanya.

Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi kepercayaan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menjalankan tugas sebagai Presiden Umno

Dalam kenyataan Ahmad Zahid berkata, ia selaras harapan ahli parti yang mahu pimpinan menterjemah hala tuju sesuai dengan slogan baharu "Umno bangkit'.

Umno boleh bangkit dan bingkas bangun semula jika perpaduan terus dimantapkan dan bersatu pemikiran dalam sebuah pasukan Umno yang diperkasakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 19-12-2018 10:33 AM
mereka nak blah bukan pasal DSNR or DSZH...tapi tun yg suruh mereka masuk PPBM nak bagi neutral po ...

Atok kan pakar strategi. Semua tindakan dia bersebab. Pucuk pangkalnya ada kepentingan untuk sendirian berhad juga. Dah dia pun dari UMNO. Tiada beza pun dia pegi angkut sume geng lama dia. Haha parti recycle je lah nampak nya.


Strategi paling hebat adalah dia berjaya mencengkam azmin ali. Jadi berlaku lah perpecahan di dalam PKR itu sendiri. mana dia azmin ali. Senyap membisu je
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 01:15 PM | Show all posts
zeed replied at 19-12-2018 07:28 AM
Yeah tok mat. Next saya undi bn. Boring 2 kali undi ph. Dah menang pun masih mentaliti pembangkang.  ...

isa memang dah keluar umno prior PRK PD hari tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 02:43 PM | Show all posts


KJ labels call for Najib's return a 'stupid idea'

Via his Twitter account, Khairy, who was formerly Umno Youth chief, sarcastically labeled the news report, which quoted Umno supreme council member Datuk Lokman Noor Adam as proposing the move, as “fake news.” Pic by NSTP/ASYRAF HAMZAH
By Fairul Asmaini Mohd Pilus - December 19, 2018 @ 2:30pm
KUALA LUMPUR: Rembau member of parliament Khairy Jamaluddin Abu Bakar has dismissed the idea of bringing in ex-Umno president Datuk Seri Najib Razak to become the party’s de facto leader as nothing short of “stupid.”

Via his Twitter account, Khairy, who was formerly Umno Youth chief, sarcastically labeled the news report, which quoted Umno supreme council member Datuk Lokman Noor Adam as proposing the move, as “fake news.”

“Jangan sebarkan fake news. Tak ada orang yang akan memberi cadangan bingai macam ni.

“Saya yakin @LokmanAdam pun tak bongap macam ni. Eh.” he wrote.

(Don’t spread fake news. No one would give a stupid idea like this. I’m certain even @LokmanAdam isn’t this dumb)

There is no love lost between Khairy and Lokman, who have on numerous occasions locked horns on social media over a variety of issues.

Khairy had, last month, gone to the extent of stating that were he to become Umno president, the first item on his agenda would to sack Lokman, whom he described as “having the IQ of a carrot.”

Lokman had on Tuesday night proposed for Najib to be appointed as Umno de facto chief and opposition leader, in view of Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi’s move in handing over the presidency duties to his deputy, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Lokman in his statement had argued that at this critical juncture, Umno needs a leader who is not only experienced but also has the respect of Barisan Nasional members of parliament.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts


Takkan Lokman 'bongap' macam tu, kata Khairy
19 Dis 2018, 12:50 tengahari (Dikemaskini 19 Dis 2018, 12:54 tengahari)

A A
Khairy Jamaluddin Abu Bakar sekali lagi mempersendakan salah seorang anggota Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Memang dikenali selalu 'menyergah' Lokman Noor Adam, tengah hari ini Khairy secara menyindir menegur Malaysiakini supaya tidak menyebarkan "berita palsu".

Laporan yang dirujuk bekas menteri belia dan sukan itu ialah berkenaan kenyataan dibuat Lokman hari ini.

Kata Lokman selepas Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada tugas sebagai presiden, tokoh yang layak mengisi tempat itu ialah Najib Razak.

"Dalam situasi kritikal begini, Umno perlu khidmat seorang pemimpin yang berpengalaman dan dihormati oleh anggota-anggota parlimen BN yang masih belum melompat

"Atas dasar itu, selaku anggota Majlis Tertinggi Umno saya mencadangkan agar presiden Umno melantik Najib Razak sebagai ketua umum Umno dan ketua pembangkang, sementara presiden Umno bercuti," kata Lokman dalam satu kenyataan hari ini.

Menjawap ciapan Malaysiakini, Khairy yang sebelum ini pernah menjadi ketua Pemuda Umno berkata tidak ada orang yang akan memberi cadangan "bingai" seperti itu.

"Saya yakin @LokmanAdam pun tak bongap macam ni. Eh," ciapnya.


Khairy Jamaluddin

@Khairykj
Jangan sebarkan fake news. Tak ada orang yang akan memberi cadangan bingai macam ni. Saya yakin @LokmanAdam pun tak bongap macam ni. Eh.

Malaysiakini (BM)

@mkini_bm
Lokman Adam cadang Najib ambil alih semasa Zahid cuti https://www.malaysiakini.com/news/456833

View image on Twitter
2,104
12:25 PM - Dec 19, 2018
Twitter Ads info and privacy
1,971 people are talking about this
Twitter Ads info and privacy


Untuk rekod Lokman adalah antara pemimpin Umno yang sering menganjurkan himpunan solidariti buat Najib dan Zahid setiap kali mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Untuk rekod Najib ialah presiden pertama Umno yang gagal mendapatkan mandat daripada rakyat untuk kekal menjadi kerajaan.

Selepas berundur daripada jawatan itu kekosongan jawatan presiden diisi Ahmad Zahid pula.

Gesaan Lokman tersebut hadir beberapa jam selepas Ahmad Zahid menyerahkan tugas sebagai presiden Umno kepada timbalannya Mohamad Hasan.

Untuk rekod Mohamad ialah bekas menteri besar Negeri Sembilan. Khairy pula anggota parlimen Rembau yang berada dalam Negeri Sembilan.

Setakat ini belum pernah Umno membuat lantikan mana-mana pemimpinnya menjadi ketua umum, sebaliknya pernah diberikan kepada Anwar Ibrahim untuk PKR.

Sebelum ini Lokman pernah menjadi salah seorang penceramah terkenal untuk PKR sebelum dia meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Umno
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.065026 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list