CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3922|Reply: 26

Sangka 'Chris Hemsworth' Terpikat Padanya, Wanita Rugi RM61k

[Copy link]
Post time 3-12-2018 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Apa perasaan anda sekiranya seseorang yang anda minat tiba-tiba mengirim pesanan kepada anda? Apa pula yang akan berlaku jika selebriti kegemaran anda berkata, dia menaruh hati terhadap anda? Pasti gila!


Terbaru, seorang wanita warga Rusia bukan saja patah hati, malah kerugian hampir AUD20,000 (RM61,514) selepas menyangka hero pujaan ramai, Chris Hemsworth, 35, terpikat padanya.




Kredit foto: IG Chris Hemsworth




Memetik Daily Mail, wanita berusia 42 tahun itu menerima pesanan menerusi laman siosial daripada individu menggunakan nama aktor Hollywood berkenaan yang memujinya 'sangat cantik'.


Difahamkan, wanita yang sudah berkahwin dan menetap di Siberia itu menerima beberapa pesanan di Twitter daripada seorang individu mendakwa dirinya bintang popular dari Australi terbabit.

"Hei, saya Chris Hemsworth. Saya pelakon terkenal dari Australia dan tinggal di California. Awak sangat cantik, boleh kita chat?" katanya dalam mesej itu seperti dilaporkan The Siberian Times.


Wanita itu berkata kepada media tempatan bahawa dia 'bukan peminat 'Hemsworth', namun hasil penelitiannya, dia mendapati 'aktor' terbabit merupakan bapa kepada tiga anak.

"Ketika itu, saya menganggap mungkin situasinya sama seperti saya, kami sudah berkahwin namun dalam masa sama sangat kesunyian," ujarnya.




Kredit foto: The Siberian Times




Individu terbabit meminta mangsa terbang ke Australia untuk bertemu dengannya, tetapi kemudian menukar rancangan kononnya dia yang akan pergi ke Rusia.


Wanita itu berkata, dia kemudian dihubungi seorang lelaki mendakwa dirinya peguam Hemsworth yang kononnya sedang mengalami masalah kewangan.


Mangsa diberitahu 'Hemsworth' memerlukan wang untuk jet peribadi, insurans dan visanya sebelum 'peguam' berkenaan menghantar gambar lesen memandu palsu dengan gambar aktor terbabit sebagai jaminan bayar balik.




Kredit foto: The Siberian Times




Tidak mengesyaki sesuatu yang mencurigakan, wanita itu mengeluarkan pinjaman sebanyak 980,000 ruble (AUD20,000) dan memindahkan wang berkenaan sebelum mendapati media sosial penipu terbabit tiba-tiba dipadam. Namun, sayang semuanya sudah terlambat.


Hemsworth dan isterinya, Elsa Pataky berpindah ke Byron Bay di New South Wales pada 2014 dan tidak pernah tinggal di California.




  



Aktor yang terkenal sebagai Thor itu juga tidak mungkin mengalami masalah kewangan memandangkan dia tersenarai dalam Forbes World's Highest Paid Actors dengan pendapatan sebanyak AUD43.59 juta (RM134 juta), tahun lepas.







Kredit foto: news.com.au




Malah, rumah agam 'gergasi' bernilai AUD9 juta (RM27.67 juta) milik pasangan itu dilaporkan kini hampir siap sepenuhnya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2018 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah da 2018 pun still ada jugak kene scam bodo2  cmni
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 la acikkk.... punyaaa laaa seronok sampai sel sel neuron tak berfungsi dengan bijak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
astaga.. sah2scammer niggah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan org malaysia je jd mangsa..rupanya acik rusia pon boleh terpedaya..huhu...kuin oks juga yg untung dapat abegong...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 05:58 PM | Show all posts
tak tau nak kesian ke apa..
senang sangat tertipu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2018 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tataw nak gelak ke nak kesian..aduhaiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 07:55 PM | Show all posts
Kasihan acik Russia terpedaya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2018 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
hensem betul si thor ni aduhai
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Chris hemsworth nI memang lazart
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 10:06 PM | Show all posts
puki dah berbuih la tu membayangkan akan di faktor kan sampai xmampu berfikir lg
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawak betul dia ingat hensem mcm Chris ni sunyi mcm dia. Heols tu berjuta followers kot. Ramai je sanggup kangkang free utk heols.

Brw baru tau bini dia Elsa tu kaki kikis rupanay. Untungla dpt tangkap laki sgt hensem
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
{:smile ovary meletup?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 09:49 AM | Show all posts
nigga mana la menyamar jadi chris ni??THORlonglahhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 10:02 AM | Show all posts
It's sooo obvious gmbr lesen memandu tu gmbr Chris dkt red carpet! Hahaha kenapa bodoh sgt pompuan ni? He's a bloody rich actor kot takkan nak kena pinjam duit ko acik
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 11:12 AM | Show all posts
Alahai acik...duduk dalam gua ke sampai teruk sangat kena game ni? Apalah kata lakinya tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2018 11:15 AM | Show all posts
Ikutkan sangat perasaan sampai lupa guna akal fikiran yang waras mana tak tertipu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Huurrrm sekali terkena pada diri sendiri mmg sukar nak bezakan benar or tipu..
Sedara iols berniaga hampir terjebak dgn penipuan scammer nih..tawaran dieorg ni terlalu suci dan mulia dan indah bunyinya mangsa2 pejamkan mata pekakkan telinga pada nasihat org. Yelah kalau terlepas mana nak dapat lagi peluang keemasan tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
{:childlike adududududududu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 03:56 PM | Show all posts
alahai siannya acik
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.074159 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list