"This is not a marketing strategy. I'm not cheap like that. This is real. Ada lagi orang buat kerja macam ni. Asal boleh. Bila marah kata kita artis yang cerewet dan susah nak bekerjasama. God help me."
Wah! Marah betul Izara Aisyah di laman Twitternya.
Dek kerana mengkritik wardrobe yang tidak sesuai dalam drama/filem yang dilakonkannya, Izara dituduh diva oleh produser. Lebih memburukkan keadaan apabila ceritanya di media sosial pula dianggap sebagai marketing strategy kononnya untuk melariskan hasil karya tersebut.
Menjelaskan yang dia bukannya terdesak untuk mencipta kontroversi, namun ia diluahkan setelah pihak produksi tidak mendengar pendapatnya. Malahan, dia perlu memakai wardrobe yang langsung tidak kena dengan lokasi dan karektornya, namun terpaksa melakukannya kerana ia adalah permintaan produser.
Kredit foto: Twitter
Tanpa memberitahu nama drama/filem tersebut, Izara tampak kurang selesa kerana terus-terang memberitahu mengenai baju yang dipakainya beserta kapsyen dan tanda soal bertanyakan kewajaran pemakaian tersebut.
Kredit foto: Twitter
Malahan riak wajah tidak selesa tersebut turut dikongsikan dengan video yang merakamkan adegan penggambaran tersebut. Kelihatan pelakon Aaron Aziz turut bersama ketika itu.
Ramai juga netizen menyatakan yang drama/filem tersebut akan mendapat banyak kecaman daripada mereka yang bekerja sebagai jurutera kerana 'wardrobe yang salah ini.
Ia turut dipersetujui oleh ramai netizen yang memahami dilema Izara sebagai pelakon. Sudahlah tegurannya tidak diterima pihak produksi, dituduh pula oleh segelintir netizen yang menyatakan gambar itu sekadar strategi pemasaran.
Kredit foto:
Bagi netizen, Izara berhak memberi pendapat kerana dia yang mamahami karektor watak tersebut. Mereka turut memberi contoh pelakon wanita Avengers yang meminta pihak produksi menyediakan kostum yang lebih sesuai. Oleh itu, banyak pembaharuan dilihat pada karektor hero Marvel.
Kasihan Izara Aisyah, dituduh berangan oleh produser, didakwa 'marketing strategy' oleh segelintir netizen. Jadi pelakon takda hak bersuara ke? - CARI
|