View: 7310|Reply: 68
|
[Tempatan]
Tular gambar suami suap isteri, anak nak suap ibu
[Copy link]
|
|
Suami suap isteri, anak nak suap ibu, perunding motivasi mengaku “Saya tak sabar nak kahwin!”
Diterbitkan: Khamis, 8 November 2018 9:46 PM
Paparan skrin video tular mengenai kebahagian suami isteri yang dimuat naik perunding motivasi, Sharimi Shaharudin. (Gambar kecil) Sharimi Shaharudin.
PETALING JAYA: Di sebuah meja dalam sebuah restoran, kelihatan pasangan suami isteri bersama dua anak kecil sedang makan tengah hari.
Seorang anak duduk di atas kerusi kanak-kanak di sebelah bapa, manakala isterinya memangku seorang lagi anak kecilnya.
Menerusi video yang kini tular di media sosial, lelaki berkenaan kemudian dilihat menyuapkan makanan kepada isterinya.
“Yang sweet (manis)nya si suami suapkan isterinya makan. Allahu, bagi aku momen yang best (terbaik) sangat. Aku pun terasa nak rakam, buat pengajaran dalam diri,” menurut perkongsian oleh seorang perunding motivasi, Sharimi Shaharudin di laman sosial Instagramnya.
“Keluarga bahagia ni satu nikmat yang tidak terbanding dengan semua nilai harta di dunia. Kita yang memilih untuk bahagia atau tidak,” tambahnya dalam posting yang dikongsi.
Anak kecil turut mahu menyuapkan makanan kepada ibunya.
Momen paling indah yang sempat dirakamkannya adalah seorang anak yang duduk bersebelahan dengan bapanya, turut mahu menyuapkan makanan kepada ibunya.
Ibarat ‘ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’, si cilik itu berusaha untuk memberi suapan meskipun kedudukannya agak jauh dari kerusi ibunya.
Namun dengan bantuan bapa, termasuk ibu yang kemudian bangun mendekati anaknya, suapan kasih sayang itu dapat ditunaikan.
Bercakap kepada mStar Online, Sharimi berkata, dia tidak menyangka dapat merakamkan momen indah itu sewaktu menikmati makan tengah hari di kedai Pak Long di Ukay Perdana, Selasa lalu.
Dia yang tidak mengenali keluarga itu berkata, walaupun gelagat keluarga berkenaan mungkin dianggap biasa bagi segelintir pihak, tetapi ia semakin jarang diamalkan dalam masyarakat hari ini.
“Bila suami berkenaan suap isterinya, itu menarik perhatian sebab dia tidak pentingkan diri sendiri hanya makan seorang.
“Paling tersentuh bila apa yang dilakukan lelaki itu cuba diikut anaknya yang juga nak suap ibunya. Saya sempat rakam anaknya suap ibunya sekali, tapi sebenarnya lebih dari itu, mungkin tiga suapan,” katanya ketika dihubungi.
Berdasarkan pemerhatian Sharimi, pasangan suami isteri itu tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan hanya memberi tumpuan menjamu selera bersama keluarga.
“Mereka tak peduli walaupun ada yang pandang. Bagi saya, mereka merupakan satu contoh pasangan yang baik kerana mengambil berat antara satu sama lain.
“Dahlah tak pentingkan diri sendiri, suami juga tak hisap rokok. Tanggungjawab membela anak bukan hanya pada isteri sahaja, tetapi susah sama susah dan senang sama senang,” tambahnya.
Dalam pada itu, komen seorang pengikut di laman sosialnya menarik perhatian apabila mendoakan penceramah berusia 30 tahun itu segera dipertemukan jodoh.
Mengulas komen tersebut, Sharimi mengakui beliau sebenarnya tidak sabar untuk menempuhi alam perkahwinan dan membahagiakan pasangannya.
“Memang saya tak sabar nak kahwin. Saya sukakan budak-budak. Bila video tu tular bilalah saya nak jumpa pasangan. Doakanlah,” katanya secara berseloroh, sambil turut mendoakan semua kenalannya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak kecil agar terus menyemai kasih sayang dan membentuk keluarga bahagia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Society skang spesis otak udang suka suki amik gmbr org pastu viral.. Dasar babs sekor |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi senang kalau, bila si mak nyer makan, bapak jaga & tolong suap anak. Pastu mak plak jaga anak, bapak plak boleh makan. Setel.
Bersih. Mudah. Cepat |
|
|
|
|
|
|
|
mkn jerk ikut turn
lg senang..
kt public nak bersupa suap bagai segan pulak
mcam nak show off jerk couple romantik
ada rezeki org viral kan pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
makan bersuap pun viral
suami mkn dulu, bini jaga anak pun viral
isteri mkn dulu, suami jaga anak pun viral
so semua benda serba tak kena
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by R2D2 at 9-11-2018 10:00 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Setuju...Dah mintak izin ke nak viralkan orang
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikit lah.mcmana pung
Maybe mak mya tu lapar sgt kot
Kira alas.perut dolu sikit
Kita pon semua kalau situasi gitu ada juga laki suapkan sememtara tunggu turn..hahaaha
Bagi iols tu normal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by precious_chicas at 9-11-2018 10:21 AM
Why not bagi wife dgn anak makan dulu sendiri, lebih selesa dan kenyang, sementara suami pegang anak. Then wife dah kekenyangan, barulah turn suami pula makan.
Camtulah dulu biasanya kalau I makan kat luar sefamily.
Eleh...ni saja je nak sweet bersemut sangat kan
|
|
|
|
|
|
|
|
alah..ini pun jadi viral
nmpk sugguh maysarakt skrg kehausan nilai2 murni dalam diri
|
|
|
|
|
|
|
|
creepy namampos
suka2 ko viral pic family orang?
motif?
|
|
|
|
|
|
|
|
Makan suap suap di public ya. Di rumah gaduh lempang sepak terajang.
#realiti |
|
|
|
|
|
|
|
semoga keluarga ni behagia selama-lamanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
hrp2 di rumah suami ni pun suami mithali lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Benda ni luarbiasakah untuk di viralkan?? Normal la kehidupan suami isteri macam ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ke record gambar/video orang lepas tu sebarkan? Bukan illegal kah |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju. Viral kan gambar org tak mintak izin, buat dramatik captions sikit. Dgn harapan post ko viral & ko pon glamer japs
Sick!
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasa je kot bagi family aku
Selalu order lain2 pastu kongsi rasa 4 beranak |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawannn pon bodohhhh benda gini pon gigihh nk call interbiu bgai stkt cerita mcmni ada nilaii berita ke. |
|
|
|
|
|
|
| |
|