Hairul Azreen, antara nama yang sentiasa diperkatakan netizen. Bukan kerana kehebatannya berlakon dalam filem Paskal tetapi kerana gaya hidupnya yang dianggap menunjuk-nunjuk di sosial media.
Terbaharu, sekali lagi Hairul seakan membuka peluang kepada netizen untuk berjenaka apabila dia membalas di ruangan komen Syed Saddiq berkenaan filem Paskal itu sendiri.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Bagi netizen, Hairul sentiasa dilihat mengambil kesempatan ke atas individu berpengaruh dengan niat tertentu, sedangkan dirinya sendiri pun bukanlah berjuang atas nama negara. Oleh itu, ada netizen yang membalas komen tersebut dengan menyatakan Hairul langsung tidak keluar mengundi.
Apatah lagi dengan penipuan mengenai kes diculik lanun sudah menjelaskan yang ayah Iskandar Yusuf ini sengaja menangguk di air yang keruh.
"Sebab YB tak reply seperti yang diharapkannya, maka Hairul tidak muncul malam tersebut."
Timbul persoalan adakah Hairul turun bersama-sama memeriahkan tayangan tersebut. Namun, apabila melihat kemas kini di laman Instagramnya tiada pula gambar berkenaan. Hanya Syed Saddiq sahaja yang memuatnaik gambar selepas tayangan bersama Armada Bersatu itu.
Kredit foto: IG Syed Saddiq
Rupa-rupanya Hairul ada 'live' di Facebook pada malam tersebut. Jadi apa motifnya bertanya sama ada boleh datang atau tidak tayangan Armada itu?
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Mungkin selepas ini Hairul perlu meneliti 'timeline' terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komen. Maklumlah netizen hanya akan menunggu sedikit kesilapan sahaja dan hal ini akan terus berlaku. - CARI
|