CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3200|Reply: 6

"Nak Muntah...Takpe, Muntah Je." Netizen Terharu Abang Bomba Bagi Munt

[Copy link]
Post time 29-10-2018 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Kerjaya sebagai ahli Bomba merupakan satu bidang yang begitu mencabar dan menguji kekuatan mental dan fizikal. Ramai yang tahu, ahli bomba berperanan dalam operasi memadam kebakaran dan menyelamatkan nyawa serta harta benda. Jadi, untuk menjadi seorang pegawai mahupun ahli bomba, perlulah berani dan sanggup menanggung beban tugas yang berisiko tinggi.



Kredit foto: Gambar hiasan (utusan) & Efi (Abam Ambulans Official)



Walaupun ramai yang memandang ahli bomba sebagai gagah dan serius dalam menjalankan tugas tetapi mereka sangat bertimbang rasa dan memiliki hati yang cukup murni. Kadang kala, mereka turut melakukan perkara diluar tugas utama mereka demi membantu orang awam yang memerlukan pertolongan mereka.


Seorang pengguna Facebook telah memuat naik satu status yang begitu menyentuh hati. Gambar yang dimuat naik menunjukkan baju kalis api seorang anggota bomba dipenuhi dengan muntah seorang kanak-kanak yang terlibat dalam sebuah kebakaran. Ibu bapa kanak-kanak tersebut dikatakan berada dalam ambulans bagi menerima rawatan lanjut akibat kecederaan yang mereka alami. Sementara itu, anggota bomba yang dikenali dengan nama Azlan itu meriba kanak-kanak tersebut ketika berada di dalam jentera bomba bagi mententeramkan dan melindungi kanak-kanak itu.



Masih tersenyum walaupun baju kalis api yang dipakai telah dikotori dengan muntah.






Netizen memuji dan berasa sangat bangga



Ramai netizen yang terharu dan bangga dengan sikap bertimbang rasa dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh anggota bomba itu. Dia sanggup mengotorkan baju kalis api yang dipakai dengan muntah kanak-kanak tersebut.  Ialah, dalam situasi yang cemas dan sedih, ia sedikit sebanyak dapat melegakan perasaan kanak-kanak tersebut yang berada dalam keadaan takut dan tidak selesa.



Apalah sangat, hanya muntah saja!



Netizen yang sudah memahami tugas anggota bomba dan keadaan yang biasa dialami oleh mereka  telah berpendapat, apalah sangat dengan muntah kanak-kanak itu. Ini kerana, anggota bomba sudah biasa melihat dan berhadapan dengan situasi yang lebih teruk dan meloyakan selain daripada terkena muntah.



Kenangan berharga



Netizen turut berpendapat baju yang dipakai oleh anggota bomba itu adalah kalis api dan tentunya ia juga kalis muntah dan tidak meresap. Sebab itulah dia membiarkan kanak-kanak itu muntah sahaja di atas pakaian yang dipakainya. Netizen berharap kisah anggota bomba yang begitu baik ini menjadi kenangan berharga buat kanak-kanak itu nanti.





Benarlah, kerjaya bomba bukanlah sekadar untuk memadamkan kebakaran, menyelamat nyawa dan harta benda semata-mata tetapi secara tidak langsung melibatkan sokongan emosi kepada mereka yang ditimpa malang.   - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2018 03:14 PM | Show all posts
senyum je la...………...abg bomba
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 03:21 PM | Show all posts
tahniah abang bomba
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak pelok.. Pelok la
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 03:41 PM | Show all posts
Dia relakan sebab nak pujuk adik tu yang sedang dalam trauma
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 05:17 PM | Show all posts
mulia tugas bomba ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2018 04:44 PM | Show all posts
kesian aku tgk budak tu.... Dalam keadaan trauma mcm tu... abam bomba tu la satu2nya tempat dia rasa safe dan protected. Nampak dia tenang dok atas riba tu. Sedangkan parents dia sedang dirawat. Budak tu pon kita tgk badan comot2.. mangsa kebakaran kan.. mujurla xde cedera apa2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.056702 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list