CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5325|Reply: 36

[Tempatan] Muka jadi senget, pipi bergetar “Diminta buat ujian HIV, dunia saya terasa gelap

[Copy link]
Post time 24-10-2018 08:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 24-10-2018 12:20 AM

Muka jadi senget, pipi bergetar “Diminta buat ujian HIV, dunia saya terasa gelap”

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/10/23/luahan-pesakit-bell-palsy/

Diterbitkan: Selasa, 23 Oktober 2018 9:21 PM


Penyakit Bell's palsy dan twitching yang dialami Mohammad Anas masih belum pulih sejak Januari lalu. foto ihsan Mohammad Anas.

PETALING JAYA: Seorang remaja berasa dunianya gelap apabila disarankan oleh doktor untuk menjalani ujian saringan HIV selepas pengsan sewaktu melakukan aktiviti ko-kurikulum di sebuah universiti.

Ketika kejadian, Mohammad Anas Zikril Hakim Alias, 19, pengsan kerana tidak tahan dengan cuaca terik melampau sehingga dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Alor Gajah, Melaka.

Kata Mohammad Anas, doktor memintanya melakukan ujian tersebut setelah melihat keadaan wajahnya senget dan matanya tidak berhenti berkerdip.

"Ini kali ketiga saya pengsan di kampus. Sedar-sedar je dah kat hospital. Saya diminta untuk buat imbasan CT. Bila dah selesai semua doktor bahagian kecemasan datang.

"Datang-datang terus tanya... awak tahu tak awak ada Bell's palsy both sides? Bermacam-macam mereka tanya. Dah kahwin ke belum? Awak dah ada anak ke? Duduk dengan siapa? Parents dekat mana?

"Lepas jawab semua pertanyaan itu, doktor kata esok saya kena jumpa pakar saraf. Dekat kepala dah fikir macam-macam. Mana taknya, macam-macam soalan ditanya end up dia suruh jumpa pakar saraf," katanya kepada mStar Online.
Anak keenam daripada sembilan beradik itu berkata dia tidak dapat melelapkan matanya pada malam tersebut kerana berdebar-debar menunggu hari esok.

"Pagi esok, doktor pakar datang. Dia tanya soalan sama lagi. Lepas tu macam berlapik nak cakap sesuatu. Dia tanya awak tahu tak yang kebanyakan masalah berkaitan saraf muka dan otak ini selalunya ada HIV.

"Jadi dia minta saya buat ujian HIV. Bila dengar doktor cakap macam tu, saya rasakan dunia saya gelap, hidup saya seperti tiada arah tuju.

"Saya bercakap dalam hati, Ya Allah, apa lagi ujian yang engkau beri padaku, tak cukup lagikah dengan apa yang aku lalui sekarang ini," katanya.

Sebaik sahaja selesai menjalani ujian tersebut, Mohammad Anas berkata emosinya sedikit terganggu sehingga dia hilang selera makan.

"Nak tunggu keputusan ujian tersebut dua minggu macam lama sangat. Macam-macam terlintas di fikiran. Yalah... dengar pasal HIV dah buat kita takut apatah lagi kalau diri sendiri terkena penyakit tersebut.

"Sepanjang tempoh itu saya jadi moody dan makan pun tak mahu. Berat badan saya turun 2kg," katanya.


Mohammad Anas sewaktu berusia 14 tahun.

Anak kelahiran Batu Caves, Selangor ini menarik nafas lega apabila keputusan ujian HIV tersebut negatif.

Namun Mohammad Anas berkata dia kembali hilang semangat apabila dua penyakit lain yang dialami tidak menampakkan tanda untuk pulih sejak Januari lalu.

"Saya bersyukur kerana tidak menghidap HIV tapi penyakit Bell's palsy dan twitching saya masih sama sampai sekarang. Kalau nak diikutkan saya dah give up. Saya rasa macam tiada sebab dah nak hidup lagi.

"Hari-hari saya fikir nak bunuh diri sebab tak tahan. Tapi yang menguatkan diri saya sebab agama dan Allah. Itu sebab saya masih ada dekat dunia ni," katanya.

Bell's palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

Bercerita mengenai penyakit Bell' palsy yang dialaminya, Mohammad Anas berkata dia diserang penyakit tersebut buat kali kedua pada Januari lalu.

Memburukkan lagi keadaan, dia bukan sahaja mengalami sakit Bell' palsy, malah mata pelajar Diploma Perbankan itu turut tidak berhenti berkerdip dan pipinya turut bergetar.

"Sudahlah muka senget di sebelah kanan, mata pula tak berhenti-henti berkerdip, pipi pun bergetar. Ada orang kata saya mengada-gada tapi mereka tak tahu apa yang saya lalui sebab mereka hanya melihat dari luaran.

"Bayangkan kalau mata anda tak henti berkerdip manakala pipi pula bergetar selama setengah jam. Apa anda rasa?

"Saya jadi tak selesa. Kepala pun terasa sakit, penat dan badan jadi tak sihat. Kesan sakit kepala tu sampai ke telinga.

"Saya juga tak boleh kena panas. Nak senyum, nak gelak... nak menangis semua tak boleh. Saya kena kawal emosi saya. Saya tak boleh beri apa-apa tekanan terhadap muka saya.

"Jika saya tak kawal emosi, twitching tu akan start. Twitching tu akan berhenti sendiri, paling lama setengah jam," katanya.


Mohammad Anas berkata dia diserang penyakit Bell's palsy buat pertama kalinya semasa menyambung pengajian di peringkat Matrikulasi pada Jun 2017.

Tertekan dan tidak tahan dengan sakit yang dialaminya itu, Mohammad Anas mengambil keputusan untuk berhenti belajar (Matrikulasi).

"Saya tengok muka kat cermin macam makin bengkak. Muka belah kiri dah jatuh. Nak tengok muka sendiri pun tak sanggup sebab dah macam orang cacat. Masa ni saya dah memang lemah semangat.

"Saya tak tahan jadi saya decide nak berhenti belajar. Kemudian saya pergi berubat dan makan ubat yang doktor beri, tak sampai sebulan saya kembali sihat. Muka dah kembali normal macam tak pernah kena sakit Bell's palsy," katanya.

Selepas sihat, Mohammad Anas berkata dia berhasrat untuk menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA tetapi mimpi ngeri itu kembali menghantuinya.

"Saya dapat masuk UiTM, Kampus Lendu, Alor Gajah, Melaka. Ingatkan dah boleh teruskan belajar macam biasa tapi rupanya saya silap.
Dalam dua minggu dekat sana saya diserang penyakit Bell's palsy lagi sekali. Kali ini memang teruk gila.

"Saya kena belah kanan pula tapi siap twitching. Muka saya senget dan saya rasa macam hodoh sangat. Saya pitam banyak kali dekat UiTM. Sampai doktor dekat hospital pun dah kenal," katanya.

Keadaan itu memaksa Mohammad Anas untuk menangguhkan pengajiannya selama satu semester.

Namun dia kembali menyambung pengajiannya pada September lalu.

"Saya tak tahu sampai bila boleh bertahan. Saya cuba kuatkan diri. Tolong doakan saya agar terus kuat semangat dan jauhkan saya daripada cubaan bunuh diri," katanya.

Bebenang Mohammad Anas menjadi tular di Twitter dengan rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpanya.

Seorang pelayar Twitter yang pernah mengalami penyakit sama turut menggesa Mohammad Anas supaya terus kuat dan tabah menghadapi ujian itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2018 08:37 AM | Show all posts
Tabahnya dia ni menghadapi ujian ni. Rasa simpati dengan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik aku tahun lps ada kena bell palsy ni
Benda yg simple2 pun rasa susah nak buat
Minum nak pakai straw pun xleh
Senyum pun senget kadang2 rupa cam xde perasaan je
Pastu dia selalu urut muka & buat terapi kat spital dlm 6 bln kot dah ok balik
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 08:50 AM | Show all posts
kesian sgt..semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 08:53 AM | Show all posts
ada member baru lps pulih dari bells palsy ni
diorg refer as mild stroke
start dr stress yg amat sgt,.bangun2 terus kebas, jatuh pipi...twitching...
die pegi fisio...and makan ubat...nampak kurang...but still ada mild twitching tuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Handsome budak nya. Bertabahla ujian Allah. Makcik i pun ade sakit saraf ni. Even dah 2 kali operate pun tetap sama tk sembuh jua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2018 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 zaman sek.. ada sorang budak pompuan jenis mata asyik terkenyit2 sebelah mata... tgk semua org terkenyit2.. kesian.. ha.. dia kenyit mata dgn kau
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 09:15 AM | Show all posts
permudahkanlah urusan adik ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2018 09:35 AM | Show all posts
semoga sembuh seperti sediakala..comel dia masa umur 14 tahun tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 09:49 AM | Show all posts
kalau penduboq2 etis yang kena cerebral palsy ni mesti depa salahkan mak depa sebab punca dia adalah abnormality otak sejak dalam perut mak depa lagi....tapi jarang OKU2 ni jadi penduboq2 etis..sebab depa faham bahawa sains tidak menjawab segalanya...wakakakakakakakakkakaak
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 09:49 AM | Show all posts
umbut replied at 24-10-2018 08:58 AM
Dulu2 zaman sek.. ada sorang budak pompuan jenis mata asyik terkenyit2 sebelah mata... tgk semua org ...

itu xada apa2 la. weols panggil benda tu pelak. style kelip mata macam kenyit mata. makcik aku ada srg mcm tu. rasa mcm ssh je tgk dia kelip mata
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 09:54 AM | Show all posts
sy doakan adik sembuh. jgn duk sebut2 pilih mati.. mak ayah sape nak jaga? org lain lagi besar ujiannya dik, awak bertabah ye..


kalau dh give up, mcmne nk buktikan kpd semua org yg awak boleh berjaya even ade penyakit ni? kan bagus dik awak bjaya cemerlang, maka boleh jd inspirasi utk org lain jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 10:29 AM | Show all posts
my doter pun bell palsy juga.. kena masa sekolah menengah.. skrg in her 20s.. bertahun jugak nak baik.. buat fisio bagai... stop fisio senget balik.. on and off fisio gitu.. otot pipi sebelah kiri doktor cakap dah mati tapi kalau pandang sekali imbas xdelah obvious sangat.. sampai sekarang masih jumpa specialist..
pada adik anas,  bertabahlah adik ya... makan ubat, pi fisio, don't give up.. semoga dipermudahkan segala urusan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 10:35 AM | Show all posts
Petanda penyakit ni memang pipi bergetar ker?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 10:45 AM | Show all posts
mcm mild stroke je?, my abang ipar dedua org jadi mcm ni mata pipi berkedip2 tu, mulut senget tp dah tua la 50 plus, sian adik ni muda lagi dah kena
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
sabar dek ye...
walaupun mungkin ko sakit saraf seumur hidup tapi ko kena happy sbb keluarga ada bersama ko...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2018 10:50 AM | Show all posts
Macam mana boleh kena bell palsy ni? Sebab muda nya lagi, kalau due to stress and all. Moga cepat sembuh ye adik jambu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 10:55 AM | Show all posts
kesiannya...
smoga Allah berikan kesembuhan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 11:01 AM | Show all posts
pegi la buat akupuntur dik.. in shaa Allah mana tau serasi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 11:17 AM | Show all posts
Ini aii share tips:-

Banyak makan sayur hijau (terutamanya sayur kale) . Kalau boleh buat salad atau blend jadi juice .

Sebulan jer  Insya Allah boleh sembuh.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.450078 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list