CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3746|Reply: 13

Sungai Tenang, "Kepala Air" Datang. Apa Tandanya?

[Copy link]
Post time 23-10-2018 12:32 PM | Show all posts |Read mode









Bila cakap berkaitan sungai dan air terjun, sudah tentu kedamaian dan kesegaran airnya membuatkan kita teruja.


Menjadikan ia destinasi yang patut di kunjungi selain di laut bagi menghilangkan tekanan kerja dan tempat merehatkan diri.


Tidak sah jika pergi ke sungai dan air terjun tanpa bermandi manda atau bermain dengan air.


Dalam keseronokan dan keterujaan, kita perlu beringat dan berjaga-jaga supaya kita tidaklah menjadi mangsa kepala air.


Kepala air?


Siapa pernah dengar? Siapa pernah lihat depan mata? tahu tak apa itu kepala air?


Eh, itu bukan singkatan kepala orang di atas air ye atau pun hantu kepala. Bukan ya.



Fenomena kepala air (water column) merupakan limpahan aliran air yang datang secara mengejut dan deras dalam kuantiti besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama dan kebiasaannya ia berlaku ketika waktu hujan.












Jadi pastikan kita tahu, apa tanda-tanda kepala air datang.



Jika anda datang pada musim hujan. Tanda-tanda kepala air datang adalah seperti ini :

Air sungai kelihatan keruh secara tiba-tiba.

Kelihatan daun, ranting dan buih-buih yang banyak di permukaan air.



Paras air tiba-tiba tinggi dari kebiasaannya.

Kederasan air luar biasa.




Foto: Suara Perak



Cara mengetahui paras air sungai dengan mudah:-

Tandakan aras air dengan ranting pokok di tepi tebing atau guna batu besar yang timbul dan berada di tengah sungai atau ditebing sungai sebagai rujukan anda.



Jadi jika anda merasakan kepala air datang semasa anda sedang bermandi manda, adalah lebih baik anda terus keluar dari sungai dengan cepat dan berada di kawasan yang tinggi.



Boleh jadi paras ketinggian kepala air sangat tinggi dan diluar jangkaan kita. Jadi berhati-hatinya dan pastikan anda peka dengan persekitaran. - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2018 12:45 PM | Show all posts
jarang p area air terjun
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah tu. Selalu berkelah mandi sungai dengan mak aku, dia dok perati air sungai. Tiba-tiba dia ajak naik tu, mmg terus naik. Sendiri boleh tgk byk ranting, daun tiba-tiba dalam air.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 01:19 PM | Show all posts
Orang2 yg gi berkelah, dah seronok  main air sungai  lupa nak awasi segala petanda  trs.  Mungkin perlu dipasangkan tanda amaran untuk makluman pengunjung. "Awas kepada terjangan Kepala Air.  Perhatikan  tip2 yg berikut:  bla, bla,bla."  Pacakkan di tempat2 yg mudah dibaca.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 02:26 PM | Show all posts
Foxey replied at 23-10-2018 12:45 PM
jarang p area air terjun

Mohon jangan pergi sana lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 02:51 PM | Show all posts
betul la tu tips ni
selalu  mandi sungai & air terjun
b4 mandi dah pacak siap2 dahan ke letak batu ke
tanda paras air
agak2 air naik sampai ke tanda tu memang stop mandi la

datang tak datang kepala air tu lain cerita
tak nak tanggung risiko

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2018 03:19 PM | Show all posts
tak suka pergi waterfall tapi suka hiking..kadang kadang kena lintas sungai..kalau pergi gunung yong yap tu berpuluh sungai kena cross..mudah mudahan tak terkena kepala air kalau repeat..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 05:40 PM | Show all posts
memang tak gemar waterfall, sungai bagai..
somehow info yang berguna..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2018 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg betul.
Pengalaman saya masa kecik2. Dulu sumber air kami sungai. Situlah tempat mandi manda kami. Nak g sekolah pukul 6 pagi dah turun sungai mandi.
Satu petang tu bawak adik2 mandi. Cuaca elok je tapi tengah2 mandi tu tiba2 air sungai jadi keruh. Terus ajak adik2 naik atas.
Lepas tu ranting2 kayu pulak lalu .. Dalam berapa saat air terus naik sampai tebing. Paling takut sbb kayu balak pun lalu. Mmg bersyukur sgt sbb dpt bawak adik2 naik. Masa tu hujan x lah lebat sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 10:16 AM | Show all posts
nolya replied at 23-10-2018 02:19 PM
Orang2 yg gi berkelah, dah seronok  main air sungai  lupa nak awasi segala petanda  trs.  Mungkin pe ...

Aku pernah pergi Matang Family Park kat Kuching ..
tak jauh dari Matang Wildlife Centre..
kat situ tempat mandi manda...air terjun..
yang bagusnya ada lifeguard yg akan mengawasi pengunjung dan keadaan air sungai..
Klu pergi musim hujan, mmg tak dibenarkan mandi..
Bila start hujan jer, lifeguard bunyikan siren amaran untuk naik ke atas.
Sesuatu yg bagus sebab menjaga keselamatan pengunjung.
Dan banyak papan tanda amaran dan peringatan terdapat di sekitar tebing sungai.

Walaupun dikenakan tiket masuk untuk mandi manda, tetap berbaloi.


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 10:21 AM | Show all posts
Good info

Memang ngeri kalau nampak kepala air
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow. Walaupun i tak pegi mandi manda kat sungai. tapi this is good info, man. Thanj you. Dan video itu... amatlah menakutkan. {:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 11:19 AM | Show all posts
Info berguna tak kira yang suka beriadah di kawasan sungai atau tidak.  Kadang bahagian yang mereka mandi manda tu tak hujan tapi hujan dibahagian hulu sungai pun boleh mengakibatkan kepala air.  Jadi dengan nyatanya tanda2 yang dinyatakan tu elok ler cepat2 beredar dari situ.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq for info..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.054418 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list