CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6558|Reply: 48

"Apa Motif Ibu Bapa Tamak Haloba Sumbat Nama Anak Panjang-panjang?"

[Copy link]
Post time 4-10-2018 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Setiap ibu bapa mengimpikan nama terbaik dengan makna indah buat putera dan puteri mereka. Nama panjang atau sebutan yang jarang didengari menjadi pilihan ibu bapa kini kerana mahukan kelainan.




Gambar Hiasan




Terbaru, Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) mengumumkan Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd Sufian sebagai nama terpanjang didaftarkan pada tahun lalu.


Aduhai, panjangnya nama. Pasti berbelit lidah mahu menyebutnya.







Pengumuman itu menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-rata tidak bersetuju apabila anak-anak diberikan nama yang panjang kerana ia bukan saja akan menyusahkan anak itu sendiri, malah banyak pihak akan turut mendapat tempiasnya.




Kesian cikgu nak mengisi nama anak nanti...








Malah, kasihan kepada bakal suami. Netizen turut bersimpati dengan bakal suami yang perlu menghafal nama panjang-panjang ketika akad nikah kelak.

"Aku rasa ibu bapanya tak nak bagi anak dia kahwin kot besar nanti.

"Kesian bakal suami dia, mau berkali-kali akad nanti," komen netizen.








Dalam masa sama, orang ramai mempertikaikan motif ibu bapa memberi nama panjang untuk anak mereka.



Nama panjang, sudahnya panggil El saja








Kelihatan seperti ibu bapa 'tamak nama' apabila 'menyumbat' nama panjang seumpa itu, bukan? Namun, beberapa pengguna mengambil langkah untuk bersangka baik.




Mungkin bertahun tunggu anak sebab tu letak semua nama idaman...




Kredit foto: Twitter




Kepada anda atau saudara-mara yang memiliki nama panjang, boleh kongsikan perasaan anda di sini. Apa kelebihan nama panjang ya? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 03:04 PM | Show all posts
mana tak panjang, ayah bagi satu nama, mak tambah satu nama, tok nenek, opah belah mak bapak pun suggest nama, sedara mara, jiran sebelah rumah pun suggest nama..takmo kecik ati, letak je semua nama yang di bagi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 03:05 PM | Show all posts
nme bapak mohd sufian je pn..motip menyusahkan org nama pnjang2 cmtu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Berangan nye nama... Rasa nak lempang mak bapak budak tu supaya kembali ke alam nyata
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 03:12 PM | Show all posts
Nak menang pertandingan nama siapa paling panjang kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah la panjang, pastu bunyi tak sedap, tak harmoni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2018 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak fefeeling diraja kot  Kenapa dibenarkan letak Princess?
Patur kena macam Germany semua nama kena dapat approval govt dulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 03:40 PM | Show all posts
Mak Bapak kurang akal ni.. kan ke susah nak kawin esok.. aku lebih suka nama pendek contoh Alia bte Ibrahim mudah ringkas Aminah ker macam kawan aku nak nampak sedap tapi maintain lama tukau jadi Ameena...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 03:45 PM | Show all posts
Pernah terjumpa kawan se kursus di IKRAM tahun 90an. Namanya YA aje
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 03:52 PM | Show all posts
Harap budak ni nanti ingat la dengan nama dia sendiri.
Takut tunggang terbalik jer nanti susunan nama tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama panjang2 menyusahkan je. 3 perkataan pun dah panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnye parents dia. Jgn tuan punya badan pun lupa nama sendiri sudehhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 06:41 PM | Show all posts
semoga princess bidadari cerdas budaknya,, kalau x nanti nak belajar tulis nama pun x lepas2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 07:11 PM | Show all posts
terkebil kebil anak usia 7 tahun nak tulis nama dia kali
pertama.. mesti tanya dah siap ke mak.. eh belum lagi, ada 6 nama lagi ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bebalnya parents dia.. memang hidup suka menyusahkan orang sekeliling ke nanti nak taip nama anak dia ni..dah la nama xsedap,serba tak kena..bukan busuk hati tapi apa kejadahnya nama panjang gini,siap buh bidadari bagai..berangan lah korang
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama panjang ok lagi, jangan berbelit sudah. Qhalisha Mamihlana Qaulie binti ali..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mengarut. nama panjang-panjang untuk apa? menyusahkan budak tu nnti. mak bapak bodopiang
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama je panjang tp mak bapak tak panjang akal. Menyusahkan org je nk panggil nama anak kau. Time convo nanty sejam org duk sebut nama kau je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 11:11 PM | Show all posts
serius soalan ni.. mak bapak dia x malu ke nnt anak dia kene ejek? instead skg ni pn dh kene ejek.. dah la pangkal princess..bidadari pun ko nak letak jugak

serius teringat gak nk tgk muka parents budak ni cane
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayah dia berangan nak viral jugak. Jadi cipta kelainan. Menjadi lah ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.097621 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list