CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6843|Reply: 22

[Tempatan] Ramai dakwa duit dalam bank 'lesap' selepas BSN naik taraf perkhidmatan

[Copy link]
Post time 5-9-2018 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 5-9-2018 04:25 AM

Ramai dakwa duit dalam bank 'lesap' selepas BSN naik taraf perkhidmatan

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/09/05/duit-hilang-bsn/

Diterbitkan: Rabu, 5 September 2018 11:58 AM



PETALING JAYA: Kecoh pada pagi Rabu apabila ramai pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) mendakwa mereka kehilangan wang selepas bank tersebut menaik taraf perkhidmatan sejak 31 Ogos hingga 4 September.

Bukan sedikit wang yang hilang kerana terdapat pelanggan yang mendakwa kerugian yang dialaminya mencecah lebih RM4,000.

Menurut paparan skrin yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Zack Zai pada pagi Rabu, dia menyarankan agar pemilik akaun BSN untuk menyemak baki masing-masing kerana ramai individu mengadu kehilangan wang.

Sementara itu, pemilik akaun Facebook De'Artanz WG Rudd mendakwa duitnya benar-benar hilang dan cuma ada dua transaksi yang dipaparkan oleh bank tersebut sejak akaun dibuka pada 2012.


Antara luahan pelanggan BSN yang mendakwa wang dalam akaun mereka lesap.

"Dalam penyata mini cuma ada dua transaksi iaitu waktu buka akaun pada 2012 dan yuran penyata mini sahaja.

"Sebelum naik taraf, ada baki lagi RM1,000 dalam akaun. Tambah lagi gaji kelmarin RM3,000 lebih. Mana pergi dah?

"Baki RM0.00? Rakan-rakan semua dah masuk gaji sejak 31 Ogos lagi," tulisnya pada ruang komen.

Dalam pada itu, seorang lagi pelanggan, Aman Hashim Jr. berkata: "Bila sudah tahu ok (perkhidmatan perbankan), semak baki sekali kena telan RM165.

"Nak naik taraf perkhidmatan pun tak kan kami semua kena tanggung?," ujarnya.

Manakala Kelly NM pula mendakwa duit baki akaunnya hanya tinggal 19 sen, sedangkan baki minimum bagi akaun BSN adalah RM10.


Pemberitahuan tentang kerja naik taraf oleh pihak BSN. - Facebook BSN Malaysia

"Tidak mengapa lagi tolak RM10. Saya terus hilang RM890, sekali RM10 pun dia (bank) ambil.

"Tinggal 19 sen... apa cerita BSN ni?," soal lelaki tersebut.

Susulan isu ini yang telah tular di media sosial mStar Online cuba mendapatkan maklum balas daripada pihak BSN.

Buat masa ini, BSN mengakui pihak mereka telah menyedari tentang masalah berkenaan dan meminta agar semua pelanggan menunggu kenyataan rasmi daripada pihaknya untuk menjelaskan tentang situasi ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2018 12:25 PM | Show all posts
ada lagi ka orang pi menyimpan dalam bank sesak nasional ni...wakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:32 PM | Show all posts
aku check tadi pun hilang semua baki. N/A katanya
tapi takpe, masalah sistem kot, tengok ptg nanti nak check lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:35 PM | Show all posts
adoyaiii... kena check gak ni.. sempat gak la keluar duit aritu.. tp still ada ratus2 gak balance.. kena check ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 ada BSN acc sbb dulu kat sekolah diaorg ada program Penabung muda ke apa ntah. Sblm upgrade hari tu ada depositkan duit. Kena check ni!
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:47 PM | Show all posts
ada student yang buka akaun BSN pun sebab dapat biasiswa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohoiii...
Jangan nak buat statement tunggu next month plak
Orang nak guna duit oii...
Mak iols pencen masuk bsn ni...
Kena peringatkan mak iols juga kot kot dia terkena
Mau kalut satu dunia sat lg
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:54 PM | Show all posts
pencen, BR1M masih guna BSN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2018 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu je statement dari BSN
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka je menyimpan kat bsn ni, sebab dia bukan mainstream bank so orang tak focus nak phishing ke apa. Tapi online banking dia memang agak hauk lah
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 04:28 PM | Show all posts
dah tutup dah akaun bsn fox ni rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 04:32 PM | Show all posts
kwn aku nk pi kluar duit td tak boleh..kesian die
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
BSN - Bank Songlap Nasional
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 08:24 PM | Show all posts
ai pegi print penyata sijil simpanan premium tadi syukur takde yang hilang
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Huuu duit puluh K wei dlm tu saving
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe masaalah system.. sabarler
Nak upgrade memang leceh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2018 11:49 PM | Show all posts
Simpanan pelanggan tidak berkurangan - BSN



BANK Simpanan Nasional (BSN) memaklumkan tidak berlaku sebarang pemotongan atau pengurangan wang dalam akaun simpanan pelanggan institusi kewangan itu.

Dalam satu kenyataan, BSN berkata, pihaknya menerima aduan pelanggan mengenai pemotongan atau pengurangan dalam akaun simpanan mereka selepas aktiviti naik taraf sistem perbankan BSN selesai, baru-baru ini,

“Tiada sebarang pemotongan atau pengurangan wang dalam akaun simpanan pelanggan berlaku.

“Namun, sistem baru kami (BSN) hanya memaparkan jumlah baki untuk pengeluaran dan bukan jumlah baki sebenar dalam akaun pelanggan.

“Ini adalah kerana setiap pelanggan perlu mengekalkan RM10 dalam akaun masing-masing sebagai amaun baki minimum simpanan pelanggan (akaun individu),” kata kenyataan itu, hari ini.

Menurutnya, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, BSN akan memastikan baki sebenar akaun pelanggan (termasuk amaun baki minimum) akan dipaparkan dalam tempoh terdekat.

“Kami memohon maaf dan sebarang kesulitan amatlah dikesali,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 September 2018 @ 11:17 PM
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu zaman BN dulu mahacai akan tuduh najib yg curi duit... So skrg siapa yg curi
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 12:17 AM | Show all posts
ni masalah teknikal, ptut BSN minta maaf.

pstu pecat je team yg handle server urusan rekod transaksi bagai

ntah2 budak baru grad diletak situ, tak tau buat keje

cube klu CEO sendiri kene, nk kuarkn duit, tgk2 ada RM0, ptg tu juga nk gune, buat bayar itu ni,apa dia pun tak terkejut beruk ka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 09:53 AM | Show all posts
semua duit dah masuk tabung
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.064238 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list