View: 2684|Reply: 23
|
47 Peratus Belia Terjerumus Dgn Hutang Kad Kredit Yang Tinggi- BNM
[Copy link]
|
|
Kad kredit mempunyai kelebihan, namun jika tidak digunakan dengan bijak, ramai terjerumus dengan hutang yang banyak.
Bak kata pepatah, 'biar papa asalkan bergaya', menyebabkan penggunaan kad kredit di kalangan orang muda sebagai alternatif pembayaran sering disalah guna.
47 Peratus Belia Terjerumus Dgn Hutang Kad Kredit Yang Tinggi- BNM
Memetik laporan Malay Mail, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Nazrul Hisyam Mohd Noh berkata, sebanyak 47 peratus belia Malaysia menanggung hutang kad kredit yang tinggi manakala 38 peratus dikenal pasti membuat pinjaman peribadi.
Tambah Nazrul Hisyam, sepanjang tahun 2017, lebih daripada 3,400 orang yang berusia antara 20 dan 30 tahun mendapatkan kaunseling dan bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
“Saya cabar anda semua untuk lari daripada stereotaip generasi muda tidak celik kewangan dan tidak menyumbang kepada statistik ini.”
Beliau berkata demikian dalam ucapan beliau semasa acara akhir pertandingan #IDAREYOUChallange 2017, di ibu kota semalam.
Pertandingan #IDAREYOUChallange anjuran Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Kementerian Pendidikan itu bertujuan untuk memilih pembentangan pemasaran dan video terbaik mengenai kepentingan insurans hayat daripada 10 finalis yang mewakili empat universiti.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kena beringat kalau nak pakai credit card ni, yang duit dalam tu bukan duit kita. you spend or use it, you have to pay it. kalau takleh control buying or spending, baik jangan ada credit card. |
|
|
|
|
|
|
|
SST ni kena caj tak baki kredit kad kredit? Waktu GST baki kredit tak kena caj. |
|
|
|
|
|
|
|
kenelah berbelanja sbb nak show offff kat org2 kampung
nanti dituduh miskin kepam lak |
|
|
|
|
|
|
|
ra5101 replied at 4-9-2018 11:08 AM
SST ni kena caj tak baki kredit kad kredit? Waktu GST baki kredit tak kena caj.
Bukan. Gomen PH mintak bayar RM25 tiap tahun je. Jibun & Mawar aritu pon ade mintak RM50 tiap tahun. Aku punye la bengang. Tapi entah bila aritu tetiba dah tak payah pulak. Kot2 takut kalah PRU. Now ni pemenang PRU14 pegi caj kita balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Sendiri kena beringat la bila pakai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ukur perbelanjaan di poket sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih nak ikut lifestyle orang lain nak nunjuk2 sana sini tapi lupa akan kemampuan poket sendiri mana tak jadi sebegitu |
|
|
|
|
|
|
|
Hutang PTPTN liat nak bayar, ini ukuran sejauh mana golongan muda
mampu bayar hutang. Kalau dari mula, liat, sampai mati akan terus liat.
Pendek kata PTPTN tak payah susah payah blacklistedkan diaorang ni.
Dia orang sendiri akan berusah masuk perangkap black listed. |
|
|
|
|
|
|
|
ini manusia bahlol al tolol
sanggup berutang CC, ikat perut, semata2 nak derma tabung harapan bukan untuk bayar hutang negara tuuuuuuuuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pakai gak cc. tp idakla sampai kena mintak nasihat AKPK. masih sedar diri lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Sy xde kredit kad..kunokah sy?
Ape kepentingan kredit kad ek? |
|
|
|
|
|
|
|
adoi utang kad kredit aku pun makin banyak nih{:yameteh |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suke pakai credit card pasal tiap bulan ade lah bank statement yg list ape2 benda aku belanja. Tapi takde lah bnyk sgt pasal ada limit kan. Lg pun pakai cc ni kadang2 ade promotion atau points. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak dibelenggu hutang boleh ke minta nasihat akpk? Susahnya lah disiplin untuk menabung, tau nya spending je, ya rabbi.
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu la aku xnak pakai cc...takut terjebak dgn hutang |
|
|
|
|
|
|
|
@admin6 @CARI-LTS
Admin,
Seperti mana anda memerlukan masa untuk membalas dan membuat siasatan aduan saya, begitu juga saya memerlukan masa untuk membalas jawapan anda. Sebab itu saya mahu thread yang telah digodam itu dibiarkan hidup.
Sekarang thread telah ditutup semula. Tidak mengapa.
Saya memudahkan kerja Admin. Setelah menjalankan siasatan sendiri, wartawan yang mengodam thread saya itu ialah @CARI-LTS, wartawan dari board Isu Semasa.
Saya juga dapati ini bukanlah kali pertama wartawan CARI-LTS mengodam artikel forumer untuk diletakkan di Portal CARI.
Pernah juga forumer membuat aduan kepada Admin kerana wartawan CARI-LTS melakukan kerja-kerja pengeditan yang menghancurkan artikel mereka dengan meninggalkan sampah-sarap berupa kod HTML, tetapi Admin tidak mengambil sebarang tindakan.
Saya memudahkan kerja Admin lagi. Saya mahu wartawan CARI-LTS tampil ke depan membuat permohonan maaf secara rasmi, bukan sahaja kepada saya, tetapi juga kepada semua mangsa godaman beliau sebelum ini.
Permohonan maaf bertulis menggunakan kepala surat CARI. Selepas itu letak di semua bod yang pernah digodamnya. Pastikan pihak atasan dan editorial CARI serta superiornya turut diberikan salinan permohonan maaf tersebut.
Sekian, terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ak pki kad kredit utk autodebit insurans. Akhir bln byr la autodebit n min hutang lain. Awal2 dulu dpt g clear os bil tm. Skg stop jap. Byr cash sambil2 byr min cc. Gaji naik dh tahun ni |
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki replied at 4-9-2018 11:40 AM
Sy xde kredit kad..kunokah sy?
Ape kepentingan kredit kad ek?
Taklah.... i pun xde cc |
|
|
|
|
|
|
|
Saya guna cc masa umur sy 30
tupun untuk setengah perkara je
sepatutnya selagi x hbs ptptn jangan la ambik cc tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|