Ramai artis dan 'insta famous' tidak senang duduk apabila sebuah Instagram, Streetwearbustmy membongkar penipuan barangan asli yang dipakai oleh golongan ini.
Ya, ramai yang sudah terkena dengan IG ini seperti Emma Maembong, Aiman Tino, Syamel dan artis lain yang gambar mereka memakai barangan tiruan ini dipaparkan di IG tersebut hingga menjatuhkan reputasi masing-masing.
Terbaharu, Haqiem Rusli didakwa memakai beg tiruan Gucci. Berbeza dengan artis lain yang tidak mempedulikan IG tersebut, Haqiem rajin pula berbalas hujah dengan puak yang dikatakan pakar ini.
Kredit foto: IG
Setelah dicabar, Haqiem membalas pertanyaan daripada IG ini, malah mendakwa Streetwear ini sebagai budak Wechat.
Kredit foto: IG Streetwearbustmy
Mungkin tidak mahu memanjangkan perbualan ini, Haqiem terus 'block' IG Streetwear ini. Masalah berlanjutan apabila wujud perbalahan di ruangan komen antara peminat HR dengan mereka yang memperjuangkan anti barang tiruan.
Peminat HR yang menngunakan nama kelab peminat Qiemilio menganggap tiada apa yang perlu dibuktikan oleh HR. Malah mengutuk keras perbuatan IG tersebut yang langsung tidak mendatangkan sebarang faedah pun.
Antara artis yang didakwa memakai barangan palsu. Kredit foto: IG
Namun begitu, lebih ramai yang menyokong apa yang dilakukan oleh IG ini kerana ia mendidik ramai pengguna tentang kesalahan membeli barangan tiruan ini.
Kredit foto: IG Haqiem
Nampaknya setelah penutupan akaun IG yang pertama, mereka lebih mengganas menyelongkar barangan kedua-dua golongan ini (artis dan 'insta famous') bagi memberi kesedaran kepada pengguna.
Ada bagusnya juga kerana mungkin ramai tidak menyedari kesalahan menggunakan barangan tiruan sebenarnya menyalahi akta hakcipta. Dalam isu Haqiem Rusli, mungkin dia mempunyai alasan sendiri untuk tidak menunjukkan resit. Atau HR boleh lakukan seperti artis lain, membiarkan gossip ini seperti angin lalu. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. - CARI |