CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4453|Reply: 45

Mahu Ugut Bekas Suami, Ibu Tampar Dan Hempas Bayi Kembar Ke Lantai

[Copy link]
Post time 20-7-2018 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Rakaman seorang ibu yang menampar dua bayi kembar dan menghempasnya ke lantai tular di video sosial.


Walau bagaimanapun Gulf News melaporkan, kedua-duanya berjaya diselamatkan oleh  Kementerian Buruh dan Pembangunan Sosial Arab Saudi.


Video tersebut dirakamkan sendiri oleh si ibu sambil mencekik seorang daripada bayinya dan berkata, "Hari ini saya akan bunuh kamu."


Rakaman itu dipercayai dimuat naik oleh warga Yaman, Mohanad Al Hashdi yang mengenali keluarga bapa kepada kembar terbabit.





Difahamkan bayi kembar berkenaan baru berusia 6 bulan.


Ibu mangsa pernah berkahwin dengan lelaki Yaman dan tinggal di Arab Saudi namun sudah bercerai dan tidak diberi nafkah oleh lelaki berkenaan.


Rakaman penderaan itu dihantar ke bekas bapa mentuanya sebagai amaran untuk bekas suaminya memberi duit.


Susulan itu Al Hashdi memuat naik video itu dan merayu pertolongan penduduk Arab Saudi untuk menyelamatkan kedua-dua bayi kerana datuk mereka di Yaman tidak dapat pergi ke Arab Saudi.


"Suami isteri terbabit sudah bercerai dan kes ini jelas kes keganasan rumahtangga. Bayi itu tidak akan kembali kepada ibu mereka dan kami meneliti jika ahli keluarga bapa dapat membela bayi ini." -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2018 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah.. apa punya manusia.. sampai macam tu sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 10:37 AM | Show all posts
ya Allah berderau darah tengok sampai macam tu sekali. semoga kehidupan yang lebih baik untuk these babies. amin. to that mom, may u rot in hell!
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 10:42 AM | Show all posts
meroyan ke hape?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Puncanya sebab bapa tak bagi nafkah anak.
Semuanya salah lelaki tak bertanggungjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 10:57 AM | Show all posts
sepatutnya x-suami dan keluarhga x-suami patut beri nafkah anak2 w/pun dah bercerai.jgn tunggu sampai isteri meroyan stress baru la nak minta pertolongan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2018 10:57 AM | Show all posts
Orang tengah marah mana sempat nak fikir baik buruknya perbuatan membunuh pun dia sanggup, berbanding dengan orang yang tengah waras fikirannya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 10:59 AM | Show all posts
binatang punya manusia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2018 11:00 AM | Show all posts
kemurungan la baca benda2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 11:05 AM | Show all posts
kesian baby tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 11:07 AM | Show all posts
Jahat sungguh betina ni. Kasihan bayi-bayi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 11:11 AM | Show all posts
Dah berdarah camtu tak cedera cacat kekal ke baby baby tu? Kesiannya. Apa jahat sgt maknya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 11:35 AM | Show all posts
seram sejuk tgk video nie menyesal giler tgk
mmg kejam giler ibu pada baby2 nie heartless
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Cashlah..gigeh nk branak sngt walaupon kualiti hauk.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 11:47 AM | Show all posts
tak layak digelar ibu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Guna alasan minta Wang, bagi ajala budak kpd org lain kalau x mampu Sara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2018 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 20-7-2018 10:54 AM
Puncanya sebab bapa tak bagi nafkah anak.
Semuanya salah lelaki tak bertanggungjawab.

Betul sangat2
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 12:33 PM | Show all posts
bodoh la. kejam, takde akal

kot ye pun nak hak duit tu, yang kau pergi sakiti bayi2, anak, darah daging kau sendiri yang tak berdosa tak berupaya kenapa
aku kes2 melibatkan budak2 ni mula la aku hangin
eiii

anak tu amanah Allah
harap mak pak dua2 gila ni kena balasan setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 12:38 PM | Show all posts
nk duit punya pasal sanggup tgk anak2 tu sakit mcmtu... skrg ko sakit lh sendiri anak dh tk dpt balik dkt diri sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 01:05 PM | Show all posts
menyesal yang amat tgk video ni....

x pasal2 kuor perkataan x molek..nyumpah seranah pelaku

Ya Allah...lindungi la baby2 tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.094820 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list