View: 4460|Reply: 48
|
[Tempatan]
Terus Main Sentimen Perkauman, UMNO Akan Hancur- KJ
[Copy link]
|
|
"Umno kini semakin ke arah perkauman selepas tewas pada PRU ke-14 dan itu hanyalah jalan menuju 'kehancuran'."
Memetik laporan Malaysiakini, demikian amaran yang dinyatakan oleh Khairy Jamaluddin menerusi laman Twitternya semalam.
sumber : carian internet
Bekas Pemuda UMNO itu turut rasa resah UMNO yang ada sekarang masih pekak terhadap suara rakyat walaupun sudah mengalami kekalahan yang paling teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
"Sudah kena pukulan maut semasa PRU ke-14 (tetapi) masih pekak terhadap suara rakyat."
"Jika modal untuk PRU ke-15 hanyalah momokkan orang Melayu dengan isu seperti pelantikan bukan Melayu sebagai peguam negara dan ketua hakim, lupakan saja impian menawan semula Putrajaya."
Tegas beliau, parti UMNO kini perlu memilih sama ada mahu kekal dengan cara itu atau mengambil "jalan tengah".
"Ke kanan (Umno) mungkin menang sorak sementara, tetapi pasti lingkup 10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah dan sukar difahami akar umbi, tetapi itulah jalan yang ada untuk survive."
sumber : https://twitter.com/Khairykj
Sementara itu, apabila ditanya samada akan keluar dari UMNO sepertimana yang dilakukan oleh beberapa pemimpin UMNO yang lain akibat tidak sependapat dengan kepimpinan yang baru sekarang ini.
Beliau menafikan dan percaya parti itu masih "khemah besar" untuk orang Melayu dengan prinsip sederhana, haluan tengah dan meraikan kepelbagaian.
"Saya masih tetap bersama Umno...Cuma saya nak perbetulkan rumah saya ini agar tidak kekal dengan haluan kanan yang ekstrem dan rasis selama-lamanya."- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
sudah lah KJ..umno menang pun pasal melayu....sepatutnya kenapa tanya kenapa MCA gagal??? |
|
|
|
|
|
|
|
Ye la tu...dulu masa najib ko angguk annguk jer..sejak kalah ni je nampak cerdik sikit..jgnlah kecik hati tak dipilih jadi presiden..jadilah setiausaha agung umno tu...hahah boleh pecat ahli sesuka hati macam ku nan |
|
|
|
|
|
|
|
bagus KJ.. loud & clear.. |
|
|
|
|
|
|
|
KJ...KJ.... ko pun baru skrg nak bersuara. Sebelum ni diam jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus KJ..sekurang kurangnya dia sedar dan ada semangat nak perjuangkan UMNO dgn cara yg baru...walau terlewat bersuara...tapi better late then never... |
|
|
|
|
|
|
|
org2 macmni memang diperlukan, supaya org2 atas tidak alpa dan leka |
|
|
|
|
|
|
|
Umno menang pasal melayu? Yes, at one time, ttpi hari ini umno kalah kerana melayu. U nak nafikan? Bila cakap pasal umno talk about melayu. Bila u cakap bn baru boleh sentuh mca or other components dlm prti. Bijak sikitlah ooii....
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 13-7-2018 10:47 AM
Umno menang pasal melayu? Yes, at one time, ttpi hari ini umno kalah kerana melayu. U nak nafika ...
Actually dlm pru14 most melayu still vote umno & pas. pH menang sb non muslim |
|
|
|
|
|
|
|
Kairy ni x join unit komunikasi strategik umno ke... sape yg join unit tu tobby ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia berubah, manusia boleh bangkit drp keasyikan dn kealpaan. Bila umno kalah baru ada kejutan kalau selama itu hanya yes man to mr. president. Bila manusia ingin berubah, hargailah dan beri sokongan untuk menyusur di jalan yg boleh membawa kebaikan. Memang tak mudah bagaikan membalik tapak tangan, tetapi selagi melayu tak mau sedar, selama suka memperli, mencemuh selama itulah pada masa/zaman mendatang melayu akan kekal pada tahap 'low class'. Sorry bro or sis.... Allah tak akan mengubah nasib seseorang selagi orang itu tak ingin mengubah nasibnya sendiri. Tak perlu jadi melayu baru tetapi jadilah melayu yg berfikiran baru.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu dah nk wujudkn PH 2.0 semata2 nak dapt undi.. orang melayu tak nak PH2.0,kedaulatan sultan dan menjaga hak2 org melayu tu lebih utama.. buat mcm PH pn ingt ada ke cina india nk undi UMNO? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau non muslim sahaja, PH tak akan menang.
Ada juga sokongan Melayu
|
|
|
|
|
|
|
|
PH menang sbb pengundi PAS n UMNO beralih arah walaupun sikit tp kesannya besar. Golongan inilah yg minta manifesto dilaksanakan. Kalau diorang Uturn balik pada PRU15, Malaysia akan pecah jadi pelbagai blok pemerintahan sehingga susah nak wujud kerajaan persekutuan. |
|
|
|
|
|
|
|
MCA gagal kerana bertalibarut dengan UMNO
Orang cina MCA pun sedar BN hanya pentingkan Melayu
Jadi sokongan mereka beralih kepada PH
|
|
|
|
|
|
|
|
bekas ketua PEMUDA umno ni buat2 buta je saluran berapa yg byk sumbangkan vote utk ph.
sekarang ni harapkan umno je la yg berbunyi. nak harap parti melayu dgn Islam dlm ph tu? mcm diam take berkutik
join je la ph habis cerita. dah kalah tu kalah la |
|
|
|
|
|
|
|
WIN HABES AYAT KJ. SERIOUS APA YG DIE CKAP TU BETOL. HOPEFULLY KAK LONG KALAU BACA NI XSENTAP AND POST KAT IG |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya.. Masa pemilih arituh... Ph takut kalau khairy menang presiden... Mmg sepenggal laa ph jawabnya... Tapi syukur tak terhingga macai umno akalnya tetap bodoh gi pilih mat indon oendatang jadi presiden... Lega snga
at2 |
|
|
|
|
|
|
|
Undi non-muslim tak dinafikan sbg salah satu faktor yg memberi kemenangan kpd PH. Sebelumnya, non-muslim pun tak mungkin or memang tak minat pun nak undi umno (I guess much). Undi melayu tetap berpihak kpd umno. That why cakap2 umno tetap akan menang walaupun atas kemenangan tipis dipegang sbg keyakinan spt sebelumnya. Namun keputusan pru14 lalu, nyata undi orang melayu tak memihak kpd umno lagi. Why?... dgn mcm2 masalah penyelewengan 1MDB, gst, Felda dll., lagak dn kesombongan pemimpin2 tertinggi umno, ketidakadilan yg diberikan kpd mereka yg salah (contoh Isa Samad) dan keceluparan kalimat drp Nazri Aziz (mencabar, menempelak PM), Wak Zahid (mengejek asal usul keturunan Tun M) dn DSN Najib sendiri perli Tun M membuka mata hati orang2 melayu menilai sikap pemimpin umno yg ada. Kerana dah lama menerajui kerajaan mereka lupa kalau segala cakap, tingkah dn langkah mereka menjadi sorotan dan nilai masyarakat, orang melayu khususnya dan kaum lain amnya. That's why bn turut kecundang sama. Itulah realitinya sekarang. Rakyat sudah memilih: buruk dn baiknya, bahagia ataupun kecewa kita harungi bersama. Pada segala kata dn janji, ianya dituntut supaya dikota dn ditepati. Rakyat akan terus menghujat selagi belum tercapai hasrat. Ahirnya rakyat akan mengundi lagi pada pru15 nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sptnya bila Zahid menang as Presiden UMNO ianya bagaikan satu rahmat kpd PH. We rakyat pun tau his (Zahid) colour ttpi dah orang umno yg pilih, others have no say. Nak jadi ketua pembangkan pun masih nak pass on the baton. Kenapa? takut?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|