Sebagai filem terbaik Festival Filem Malaysia ke-28, Munafik sangat hebat dari segi jalan cerita serta kutipan tiketnya yang pecah panggung. Kini teraju utama kejayaan Munafik, Syamsul Yusof telah mengumumkan bahawa filem Munafik akan berada di pawagam pada penghujung Ogos nanti.
Biarpun masih lambat lagi, namun sambutan yang diterima rata-rata seakan tidak sabar untuk menyaksikan kesinambungan kisah yang berlaku terhadap Ustaz Adam. Namun, apa yang menjadi pertikaian segelintir netizen ialah bukan jalan cerita tetapi rekaan poster pada pandangan mereka sangat tidak sesuai.
Foto : Twitter
Ramai yang meminta Syamsul agar mempertimbangkan rekaan poster yang lebih menarik.
Namun, poster itu tidak mematahkan semangat ramai peminat yang telah menunggu filem Munafik 2 ini sekian lama.
Rupa-rupanya cerita Munafik ini juga mempunyai peminat di negara jiran, Indonesia.
Apatah lagi dengan kehadiran pelakon yang sangat sinonim dengan watak hantu iaitu Maya Karin serta Nasir Bilal yang terkenal dengan Tok Adi.
Lebih menarik, filem Munafik juga berjaya menarik perhatian bukan Melayu untuk menontonnya.
Antara filem yang ditunggu-tunggu. Moga ia lebih hebat daripada filem terdahulu. - CARI |