Sebelum CARI kongsikan cara kiraan ini untuk anda, kami ingin ucapkan tahniah kepada anda yang baru sahaja mendapat pekerjaan dalam keadaan kebanjiran graduan sekarang ini.
Setelah mendapat pekerjaan yang diusahakan, ada pula keinginan memiliki sebuah kenderaan bagi memudahkan perjalanan ke tempat kerja, kan?
Sebelum membeli kenderaan yang diingini, semak dahulu sama ada anda berkemampuan atau tidak. Pemilik akaun Twitter Kewangan Graduan berkongsi cara pengiraan mudah untuk anda menganggarkan apakah jenis kenderaan yang mampu anda miliki berdasarkan gaji bulanan.
Foto: Twitter Kewangan Graduan
Pengiraan ini adalah cadangan sebagai asas membeli kenderaan bagi memastikan kestabilan kewangan anda setiap bulan. Ia mungkin dapat mengelakkan anda daripada 'makan mi segera' dihujung bulan ataupun gagal pulang ke kampung kerana baki wang makin susut.
Bagaimana? Adakah anda setuju dengan pengiraan ini? Ataupun anda percaya sebenarnya anda lebih daripada mampu untuk memiliki kenderaan yang lebih mewah dengan gaji sebegitu? Jangan gopoh. Fikir baik-baik sebelum membeli. Semoga tip ini dapat membantu anda. - CARI |