View: 5377|Reply: 42
|
[Tempatan]
Cacing bawa penyakit ditemui dalam tin sardin dari China
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menemui cacing yang boleh menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia dalam sampel tin sardin dari China yang dibawa masuk menerusi North Butterworth Container Terminal (NBCT) Pulau Pinang pada 14 Mei lalu.
Ketua Pengarah MAQIS, Datuk Mokhtarud-din Husain berkata, cacing terbabit ditemui menerusi pemeriksaan fizikal dan persampelan ke atas beberapa tin sardin yang tiba dalam dua kontena yang ditahan di NBCT dengan anggaran berat 36,720 kilogram bernilai RM199,797.24.
Cacing terbabit berkemungkinan daripada genus Anisakis spp yang menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia yang biasanya berlaku apabila manusia memakan makanan laut seperti ikan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya yang dijangkiti parasit terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Anisakiasis adalah penyakit parasit dan zoonotik bawaan ikan yang disebabkan oleh nematode Anisakis spp(cacing) yang menyerang sistem gastrointestinalseperti perut dan usus manusia dan boleh menyebabkan masalah atau simptom gastrointestinal seperti sakit perut, cirit-birit, loya dan muntah.
Mokhtarud-din berkata perbuatan mengimport melalui pintu masuk apa-apa tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma dengan perosak, penyakit atau bahan cemar adalah merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].
"Kes ini disiasat untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata pengimportan ikan sardin perlu mendapatkan permit import daripada MAQIS.
"Walaupun permit import diberikan, pengimport perlulah mematuhi bahawa ikan sardin yang diimport mestilah bersih dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia," katanya.
Mokhtarud-din berkata MAQIS akan terus menjalankan pemeriksaan ke atas produk ikan sardin dan mackerel (sejenis ikan kembung) dalam tin yang diimport di seluruh pintu masuk negara bagi memastikan isu sedemikian tidak berulang.
"Perkara ini amat penting bagi memastikan sebarang produk ikan seperti ikan sardin yang diimport ke negara kita mestilah sentiasa selamat, bersih dan tidak cemar dengan bendasing seperti cacing," katanya.
MAQIS merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk mengawal aktiviti import, eksport, pemeriksaan, kuarantin dan penguatkuasaan bagi pengimportan apa-apa tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma di semua pintu masuk negara yang diwartakan.
Sebanyak 57 buah pintu masuk yang terdiri daripada pintu masuk udara, laut dan darat telah diwartakan dan dikawal oleh pihak MAQIS. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Nauzubillah, harap tak masuk Malaysia.
Teringat filem korea, Deranged. Satu Negara kena virus cacing parasit, gejala dia pesakit akan rasa dahaga sangat-sangat sampai satu tahap cacing kasar-kasar keluar dari mulut & anus, lepastu arwah. Rupanya virus ni satu rancangan syarikat farmaseutikal untuk buat untung sebab dia je yang ada penawar. |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama xmakan sardin ...boikot |
|
|
|
|
|
|
|
Akak yaqin brand Malaysia seperti Ayam Brand, Yeo's, Adabi ngan King Cup (brand Malaysia ke brand Jepon ni?) takda masalah ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Rugi x makan sardin. Sardin cap Ayam sedap oiii...
|
|
|
|
|
|
|
|
eeeeiiiiiii nasib x minat sgt nak mkn sardine ni... |
|
|
|
|
|
|
|
brand apa ni? dulu yg ada cacing TLC....apesal diblur kan brand sardin tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa la semua nak blur? Terbukti ada, tunjuk je la brand apa. |
|
|
|
|
|
|
|
kan dah tulis Ranesa dlm news tu |
|
|
|
|
|
|
|
seb baik aku x mkn ikan dan yg seangkatan dgn nya....
btw...camner cacing leh masuk dlm tu... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu ada forumer bagi resepi sardin buatan sendiri.... |
|
|
|
|
|
|
|
kan
klu dah coverina macam tu
tak payah la acah2 buat berita
|
|
|
|
|
|
|
|
I makan sardin cap ayam je..
Pernah beli brand lain... adabi kot tapi tak sedap langsung.
Tapi dah jarang beli la... anak I tak makan langsung sardin dek terpengaruh kata2 cikgu di sekolah kata sardin tak bagus untuk di makan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Di tin tu tulis buat di Indon..import dr China? |
|
|
|
|
|
|
|
X pernah jumpa pula sardin pprt ni kat pasaraya |
|
|
|
|
|
|
|
tu la..kalau jenama ranesa ni setahu aku buatan indon..
|
|
|
|
|
|
|
|
yg ni jenis sapa yg makan mentah2 atau tdk di masak dgn betul. kalau masak dgn betul, cacing tu mati. tp kalau dah tau ada cacing dlm tu, lepas masak pon aku tanak makan. |
|
|
|
|
|
|
|
ada sardin dlm peket tu ok tak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|