CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11837|Reply: 66

Jasmin Hamid Kesal Ditegur Netizen Secara Kasar

[Copy link]
Post time 8-6-2018 01:04 PM | Show all posts |Read mode




Sejak memasuki bulan Ramadan, semakin ramai yang menjadi 'polis aurat'. Sebenarnya, banyak lagi cara untuk menegur orang lain dengan elok.


Biarpun secara sembunyi, perlulah menggunakan bahasa yang tidak kasar dan berhemah. Sedangkan Islam juga menuntut supaya kita tidak menyakiti hati orang lain kerana ianya mengundang dosa.


Semalam, pelakon versatil Jasmin Hamid meluahkan tentang hatinya yang terguris setelah ditegur netizen kerana  tidak memakai tudung. Individu tersebut menggunakan ruangan mesej persendirian untuk menegur sikap Jasmin yang dikatakan tidak sedar diri sudah semakin berusia, tetapi masih tidak pandai memakai tudung.




  



Kecewa dengan teguran pedas itu, jasmin memuat naik mesej tersebut di Instagram miliknya. Menurut Jasmin, dia boleh menerima teguran seseorang sekiranya ia menggunakan bahasa yang lembut serta beradab. Tetapi, individu yang dipercayai lelaki itu menggunakan bahasa kasar menyelar Jasmin kerana hanya pandai memberi nasihat mengenai Lailatul Qadar tetapi tidak mengamalkan ajaran Tuhan iaitu menutup aurat.


Dalam kapsyen panjang lebar Jasmin, dia turut membandingkan mengenai sikap sesetengah wanita yang memakai tudung, tetapi culas dalam menunaikan solat lima waktu.


Perkara tersebut perlu lebih diberi perhatian menurutnya. Biarpun dalam nada agak marah, namun Jasmin masih memuji setengah golongan yang tahu adab menegur dengan sopan dan menunjukkan akhlak mulia menyebabkan dirinya tertarik ingin berubah menjadi lebih baik. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2018 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah ushar IG jasmin hamid ni.. macam wayar shot pun ada. Semua post dia akan tulis HEBAT BUKAN? haha aneh ala2 yassin brothers gtu
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 02:35 PM | Show all posts
ok la tu orang tu tegur diam2. dlm DM. dia pegi sebarkan kenapa. hmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp x DM je reply balik org tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 02:43 PM | Show all posts
Dia ni bukan main hot kan dulu. Dengan seksinya. Sekarang nampak selekeh je
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 02:46 PM | Show all posts
alaa replied at 8-6-2018 02:35 PM
ok la tu orang tu tegur diam2. dlm DM. dia pegi sebarkan kenapa. hmmmmmmmmmm

puas la hati tu lepas ni pemuda tersebut mendapat kecaman bertubi-tubi

itu sahaja




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2018 02:52 PM | Show all posts
SENTAPPP!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 02:57 PM | Show all posts
alah nak meng-upkan diri dia la ni..lantok ler sana..next!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2018 02:59 PM | Show all posts
pening aku dgn org yg gigih nasihat org pakai tudung ni, dah sah2 la depa tu retis apa nak sindir2 suh pakai tudung...nnt bila dia bertudung, pastu tergedik2 mcm nelopak, korg jugak yg mengata balik...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 03:02 PM | Show all posts
bottombikini replied at 8-6-2018 02:46 PM
puas la hati tu lepas ni pemuda tersebut mendapat kecaman bertubi-tubi

itu sahaja

sejenis kurang bijak di situ kan.. apadaaa.. kalau org tegur dalam komen, eh marah jugak. dlm DM pn marah? pfft
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu kopek ke bontot?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 03:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 03:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana kasarnya nasihat tu? {:question
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 03:35 PM | Show all posts
bila orang tegur kat komen ko kata aibkan..
nak tegur dm je la supaya tak malu..
bila orang dm, ko pulak screencap sebar suruh orang kecam..
apa benda la retis malaysia ni..
ada akal ke tak ada?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg mmg trend menunjuk DM ke?
Kalo dah geram sgt dgn yg melaser tu, berbalas balas jelah dlm DM tu. Biar korang dua je yg bergasak. Xde beza pon bila up kat IG pastu netizen pon berbalah sama sendiri. Bila nak abes daaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2018 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah orang tu tegur secara dm ko p sebarkan plak.. Malu la dia. Tu tak plak ko kira guris perasaan manusia lain. Dasarrr.
Teguran takdela kasar mencarut cume tegas je.. Mcm cakap ngn adik2 sambil ingat2kan pasal azab gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ignore jelah netizen kepam cmtu
Acah2 alim sana sini
Tapi sama je cm ustad hamadi tu
Sampah
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
I think orang tu tegur baik2...boleh jer reply terima kasih kerana sudi meluangkan masa mengingatkan I.. nasihat gitu Pon nak sentap
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara Jazmin ni memang sengau sengau  ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.256443 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list