|
|
Aktres Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Binti Mohd Zainuddin kini telah mengorak selangkah lagi dalam bidang seni apabila dia mengeluarkan lagu single yang berjudul Tiada Dendam.
Single tersebut merupakan ciptaan Lieynur Liey/Fauzi Aisunam manakala lirik oleh Iman Imran dan telah dilancarkan pada Mac yang lalu.
Aktres cantik yang sedang hangat bercinta dengan aktor Hafreez Adam ini telah memuat naik video muzik nyanyiannya tersebut di akaun Instagram dan rata-rata peminat memuji kemerduan suara wanita berusia 33 tahun ini.
Tiap-tiap hari kena dengar lagu ni..
Lagu berhantu...
Suara sedap, lagu pun best!
Lirik menusuk kalbu sampai menangis...
Wah, boleh tahan sedap kan suara Zara Zya ni. Bukan sahaja cantik dan berbakat dalam lakonan, malah berbakat juga dalam nyanyian. Semoga semakin maju dalam kerjaya.
Apa pula pendapat anda? Sedap ke tak? -CARI
|
|