|
|
Nampaknya, nama YB Syed Saddiq (SS) masih lagi disebut-sebut ramai terutama di kalangan kaum Hawa. Ada sahaja yang dibuatnya mencairkan hati mereka.
Dan kemuncaknya semalam, Ahli Parlimen Muar itu sekali lagi menjadi topik hangat apabila segak berbaju Melayu putih lengkap dengan songkok hingga ada netizen menyangka dia sedang bersedia untuk akad nikah.
 Foto: Remaja
Terkejut, ingat nak menikah tadi
Macam orang nak bernikah ke? Sebenarnya, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menghadiri program World #QuranHour (WQH) 2018 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pun begitu, tidak dinafikan penampilan SS di program itu persis orang nak bernikah saja gayanya. Manalah wanita di luar sana tidak cair.
Jika dilihat, ruangan komen Instagram SS dipenuhi dengan komen wanita yang rata-rata terbeliak mata kerana menyangka lelaki idaman mereka sudah bernikah.
Hampir patah hati
"Berdebar, rasa macam nak terkeluar jantung," komen netizen.
Ramai juga yang tidak menyukai segelintir sikap wanita yang terlalu obses dengan SS hingga menunnjukkan kegedikan terlampau di laman sosial.
Kecewa awek-awek Malaysia
"Tolonglah SS nikah cepat supaya aku boleh move on.
"Teringin nak tengok semua perempuan patah hati bila YB akad nikah," ujar netizen.
 Foto: IG Remaja/IG Syed Saddiq
Eh, melampaunyalah golongan 'pecah ovari' ni. Agaknya kalau SS akad nikah betul-betul nanti, habis meroyan awek Malaysia. - CARI
|
|