CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4945|Reply: 43

[Tempatan] Merusuh sampai membunuh: Polis KL tahan 17 remaja

[Copy link]
Post time 22-5-2018 06:13 AM | Show all posts |Read mode
Merusuh sampai membunuh: Polis KL tahan 17 remajaHIDAYAH HAIROM
22 MEI 2018

[url=][/url]


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim ketika sidang media Perhimpunan Bulanan Pertama bagi Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu Peringkat Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL) di Dataran Wira IPPKL hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR –  Polis Kuala Lumpur menahan 17 remaja berusia 14 hingga 20 tahun bersabit kejadian merusuh melibatkan dua kumpulan bermotosikal sehingga menyebabkan berlaku kematian dalam kejadian pada awal pagi Ahad.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 4.31 pagi itu, Pusat Kawalan Kuala Lumpur telah menerima aduan mengenai satu kes pergaduhan kumpulan bermotosikal di hadapan sebuah restoran makanan segera di Taman Melati, Kuala Lumpur.


Menurutnya,  bertindak atas maklumat tersebut, sebuah kereta peronda Polis (MPV) Wangsa Maju telah menghala ke tempat kejadian dan menemui satu mayat lelaki berbangsa Melayu.  

“Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut bermula di perkarangan kawasan letak kereta sebuah stesen minyak di Taman Melati pada jam lebih kurang 4 pagi dan berlarutan ke tepi Jalan MRR2 menghala ke Gombak.
“Pergaduhan ini adalah susulan daripada kejadian pukul di Taman Tasik Titiwangsa minggu lepas di mana kumpulan mangsa telah dihampiri oleh sekumpulan lain yang membuat bising dengan memulas ‘throttle’ motosikal dan menyebabkan berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak.

“Walau bagaimana pun, tiada laporan polis dibuat berhubung pergaduhan tersebut. Berikutan kejadian itu, kedua-dua pihak telah bersepakat untuk berjumpa sekali lagi di sebuah stesen minyak di Taman Melati dan tercetusnya pergaduhan melibatkan kedua-dua pihak dengan menggunakan topi keledar dan besi pengunci motosikal sebagai senjata,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Mazlan, susulan kejadian itu, seramai 17 orang telah ditahan reman bermula dari 20 Mei 2018 sehingga 26 Mei 2018 dan Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.  
“Dua daripada tangkapan berkenaan didapati positif dadah setelah menjalani ujian saringan air kencing.

“Kini polis  masih memburu seramai 16 orang suspek yang masih bebas dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek-suspek ini diminta untuk menyalurkannya kepada ASP Stephen A/L Ganeson, Pegawai Penyiasat Kanan IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau 016-376 7390,”katanya.




http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/merusuh-sampai-membunuh-polis-kl-tahan-17-remaja-1.837216





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2018 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde jati diri punya Bdk
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
bodohnya la bdk2 ni. kan dah mendapat
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
bila la nak mampos budak rempit ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm ramai2 tu 2 org je positif dadah, maknanya yg lain2 tu sememangnya bodoh la kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ibubapa yg tak pantau anak2 pkul 4 pagi kat luar.golongan kaya anak2 mereka xde plk nak merempit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2018 06:58 AM | Show all posts
Selayaknya disumbat semua dalam jail.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 08:12 AM | Show all posts
haisk seronok la depa terawikh kat lokap hari hari. tak dak gangguan katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2018 08:31 AM | Show all posts
lantak korg la. org sebok kan hal negara yg korg pasal bnda bodoh pn smpai nk bunuh membunuh
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 08:47 AM | Show all posts
kedalam la sume jgn kua2
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 09:29 AM | Show all posts
mmg layak masuk lokap.............bodoh...............
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 09:31 AM | Show all posts
hari raya  di perantauan tiang besi la gamaknyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 09:41 AM | Show all posts
go to hell je lah bebudak nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
bulan ramadan eloklah imarahkan masjid
dapat pahala
merusuh dapat apa
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 10:00 AM | Show all posts
mcd taman melati tu mmg dah jadi tempat diorg lepak ngn memekak.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
mber aqu kaki rempit kne sumbat kt dlm tp X lama lpas kuar dia citer dlm sel tu ade yg kaki doggy ko hadap je la nk jerit minta tolong silap2 kena doggy btul2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2018 10:05 AM | Show all posts
apasal tak semua je mampus lagi bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Puak puak flat PPRT lah ni kanss?? Se eloknya lah merepot semua
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah usia tua senja nanti diorg insaflah jadi pak lebai, masa muda2 ni buat jahat maksiat semua dulu puas2
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Bulan puasa pun tak reti buat ibadat.
Menyusahkan betul mat rempit macai ni.
Kecik2 tak nak mati, besar menyusahkan orang.
Semoga mereka mati masa merempit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.414629 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list