View: 13010|Reply: 144
|
Saya Kini Seorang Penganggur - DS Najib Razak
[Copy link]
|
|
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkau dirinya kini seorang penganggur dan sedang menganggur.
Selepas kehilangan jawatan perdana menteri dan meletak jawatan sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, Najib kini dalam fasa 'persaraan'.
Malay Mail melaporkan, beliau kini mahu berehat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi sebelum memikirikan perihal negara.
Foto: MSN
"Tolong beri saya masa, kerana masih awal lagi, tetapi saya akan melakukan apa sahaja yang boleh untuk menyumbang kepada negara kerana negara ini memerlukan orang yang boleh memberikan buah fikiran, " katanya.
Dalam perkembangan lain, Najib mengekalkan kerusi Parlimen Pekan dengan meraih majoriti besar sebanyak 24,859 undi dalam pertembungan empat penjuru pada PRU14.
Seeblum ini polis telah melakukan pemeriksaan di Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya dan kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta serta tiga unit kondominium mewah di Jalan Raja Chulan.
Hasilnya polis merampas 284 kotak mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah dan 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis mata wang dan barangan berharga.
Najib juga telah diarahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hadir ke pejabat agensi anti rasuah itu Selasa depan untuk memberi keterangan berhubung kes SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
penganggur haper? ko kan ahli parlimen pekan. pergilah balik dok pekan & serve the people there yg gigih menggundi ko saban pru. bulan remdan ni bolehlah ko & nek mah buat kerja amal masak bubur lambuk kat masjid sesambil buat part time dengan penjual murtabak. ambik upah uli roti canai & kupas kulit bawang & kentang |
|
|
|
|
|
|
|
penganggur terhormat duit berkepuk 7 keturunan x habis.biznes mesti berlambak2 jd proxy sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
ala siannya penganggur simpanan jota2. ko bukan bbnu pun. selamat bersara wajiblah ye. kembalikan apa yg ko ambil kepada yg berhak.
|
|
|
|
|
|
|
|
tokjib, aku rasa baik ko masuk ngo buat kerja kebajikan. tapi jangan.pulak songlap duit ngo tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada sape perlukan buah pikiran jibby ke...katanya..negara perlukan buah pikiran dia..buah $%@# dia pun kalau boleh org nak kasi letop...m |
|
|
|
|
|
|
|
Apa knowledge Jib ada yang orang lain tak de?
Kalau Tun M.... berebut-rebut orang nak khidmat dia.,...Jib tak payahlah. Ajaran sonsang boleh lah |
|
|
|
|
|
|
|
Harap UM atau mana-mana universiti tempatan dapat offer fellowship pada Datuk Seri. Pengalaman mentadbir negara wajar dikongsi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalu kak mah tu buat kursus 'Cara mudah nk jd isteri PM'.
Sure laku kursus tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ahli parlimen dpt elaun juga kan...berapa ehh
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin lama makin bongok tokjib ni
Lempang kang |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin jibby ni la panganggur paling kaye kt malaya ni. |
|
|
|
|
|
|
|
1. Ahli Parlimen
Peningkatan daripada RM11,000 kepada RM16,000 (peningkatan sebanyak RM5,000). Sebelum itu, seorang Ahli Parlimen menerima gaji pokok sebanyak RM6,508.59 sebulan, dan elaun bulanan sebanyak RM5,000.
Sebanyak RM200 elaun harian diberikan apabila ahli-ahli parlimen menghadiri persidangan Dewan rakkyat dan RM150 elaun harian bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
chiquititamichi replied at 20-5-2018 03:48 PM
Ada sape perlukan buah pikiran jibby ke...katanya..negara perlukan buah pikiran dia..buah $%@# dia p ...
Buah ape tu |
|
|
|
|
|
|
|
Penganggur apa, kau masih ahli parlimen. X usah berdrama sgat lah! |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kan still MP Pekan. Siap ada gaji lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Abis parlime pekan sape jage
gaji n elaun mkn bute ke |
|
|
|
|
|
|
|
elok gak kalau menanggur bole luangkan masa pegi mesjid, baca quran sampai khatam dan faham isi kandungannya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|