"Selepas Anwar dibebaskan nanti, segala perhatian akan terarah kepadanya
kerana rakyat ternanti-nanti apakah corak dasar yang akan diperkenalkan Anwar
untuk masa depan negara."
Bekas Menteri Luar Tan Sri Dr Rais Yatim menjangkakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal memperkenalkan banyak aspirasi baharu dalam pentadbiran negara selain membawa perubahan besar dalam pentas politik, lapor BERNAMA.
Foto: Today Online
"Kita harus meneliti aspirasi itu, kerana Anwar mungkin menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan ini adalah satu 'hembusan' baharu dalam arena negara bangsa kita," katanya.
Dalam masa sama, Rais berharap proses pengampunan Anwar berjalan lancar.
"Jawatankuasa yang terlibat dalam proses itu perlu meneliti setiap prosedur agar Yang di-Pertuan Agong dapat membuat keputusan baginda mengikut lunas perundangan," katanya. - CARI |