CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5803|Reply: 29

Bosan Dan Kecewa, Yusuf Azmi Sah Keluar PPIM

[Copy link]
Post time 28-3-2018 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi mengesahkan yang dia sudah tidak lagi bersama persatuan tersebut.


Berita Harian Online melaporkan, keputusan tersebut dibuat kerana dirinya bosan dan kecewa dengan pengkhianatan yang dilakukan teman rapat dan mereka yang dibantunya.


Foto: FB Yusuf Azmi


"Saya berasa sangat kecewa sehingga mendorong saya membuat keputusan mengundurkan diri daripada PPIM.


"Fitnah yang dilemparkan terhadap saya sehingga merosakkan imej saya amat memberi kesan, saya tidak boleh terima perkara ini.


"Selain itu, saya keluar daripada PPIM bagi membolehkan saya meluangkan masa bersama keluarga yang selama ini sering saya tinggalkan untuk keluar berjuang bersama PPIM.


"Isu mengenai pergolakan dalaman juga tidak benar sama sekali, saya amat memandang tinggi Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, jika ada mengatakan wujud perselisihan faham antara individu tertentu, ia kekal sebagai spekulasi sahaja."




Foto: Malaysia Gazette


Selepas ini Yusuf akan memberi fokus kepada program bual bicara berbentuk santai bagi meneruskan perjuangan.


"Selain itu, saya merancang membuka sebuah pusat perlindungan kucing bagi menjaga kucing terbiar dan jika ada yang ingin mengambil untuk dibela, saya berikan percuma.


"Saya tiada rancangan membabitkan diri dalam politik, kalau ada yang berkata demikian, ia tidak benar."


Foto: FB


Menurut sumber lagi, Yusuf dikatakan tidak sehaluan dengan pertubuhan tersebut dalam memperjuangkan nasib pengguna.


Antara kes yang dikendalikan Yusuf sebelum ini adalah serbuan ke atas premis pajakan kereta di Kajang dan isu penipuan skim perumahan selain aktif memperjuangkan gerakan perngai along dan kegiatan penipuan gores dan menang.


Dia juga merupakan Ketua Sekretariat Persatuan Anak Muda Islam Malaysia dan Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia serta aktif dalam Gerakan Banteras Aktiviti Haram. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2018 11:03 AM | Show all posts
kenapa dorg dok attack si usop ni je ek? so abg ali maintain lagi ke dlm ppim?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Cakap aje lah nak buat fulus lebih,kan senang
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 11:17 AM | Show all posts
cuma 'warga pencen' je berani bersuara sbb utama suara generasi muda di sekat.
pencen pulis, pencen spr, pencen pm, dan suma 'bekas2' tau tapi...



suara dorang nih sama level dgn rakyat biasa.
sama level dgn pembangkang.

...tadak kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 11:28 AM | Show all posts
letih nak bela nasib puak2 bodo senang kena tipu ni

eloklah kuar...dia leh fokus bisnes dia

sampai bila nak defend rakyat kena tipu nih
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kes sebenar nya.....Yg akak perasan kes hutang along kena markup sampai 150 k ke apa...lagi ada cctv amik dokumen apa tah ....X faham akak punco....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2018 11:36 AM | Show all posts
sape yg khianat dia tu? mamat yg sebelah kanan yg ada title dato tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Owh yeke...?
Siap bertangisan gitew. Hati tisu?
Saspicious benau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2018 11:43 AM | Show all posts
kerunai replied at 28-3-2018 11:28 AM
letih nak bela nasib puak2 bodo senang kena tipu ni

eloklah kuar...dia leh fokus bisnes dia

tipu byk jenis..aku tau maksud ko tu direct kene tipu cam gores dan menang kn..indirect kene tipu pn ade gak mcm byk kes pemaju seleweng deposit rumah.janji siap rumah awal kata xde masalah..last kadg tu umah separuh siap pastu ade masalah..bile nk kene saman dgn pembeli trus hilang kn diri..harap2 ko xde masalah ditipu
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 11:49 AM | Show all posts
meols ingat ada satu forumer cari yang beria sokong Yusuf Azmi ni.... mana dia eh???  x membela heols ker
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 11:50 AM | Show all posts
Tinggal kaki latah mulut gatal macam Nadzim.16 juta sehari konon. Hahahaharrrkptuih
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 11:54 AM | Show all posts
iols pon tak faham ape kes depa nie.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 01:40 PM | Show all posts
nak bela org kena tipu konon, diri sendiri pun kena game.
what a joke lol ucop
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiwa kena kental bro. Itu belum lagi kena mata lebam mcm zaman regime mahathir
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 02:53 PM | Show all posts
macam pelik pulak kisah ni
gaya macam si yusof xnak keluar tapi terpaksa keluar
takkan hati tisu sangat sebab dek pitenah tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
bertepok tempik kegembiraan la scammer2

penipu2 lahnat di luar sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2018 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Pseudoscience Watch kat facebook pun dah takde. Kena gertak dgn budak2 Noh Omar kot?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 03:12 PM | Show all posts
edoraixora replied at 28-3-2018 02:53 PM
macam pelik pulak kisah ni
gaya macam si yusof xnak keluar tapi terpaksa keluar
takkan hati tisu s ...

kann? mcm sesuatu gituh..sebelum ni ucop bermati matian nak berjuang..diugut..diacu pistol bagai..org jantan ni susah nak menangis..tak bermakna dia hati tisu..maybe dia nangis tu sbb dah tak dpt nak teruskan perjuangan dia kot..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 03:13 PM | Show all posts
tagas replied at 28-3-2018 03:05 PM
bertepok tempik kegembiraan la scammer2

penipu2 lahnat di luar sana

so klu ucop keluar ppim mcm dah takde kuasa la nak membenteras segala scammer ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 03:18 PM | Show all posts
tobby replied at 28-3-2018 01:58 PM
Jiwa kena kental bro. Itu belum lagi kena mata lebam mcm zaman regime mahathir

kalu dah org bg offer nak kene letup ngan c4 ke nak kene simen dlm tong atau tembak kat trafiklite.
opkos le dia pilih utk bukak pusat bela kucing kat rumah je.  

bekas ketua polis pon serender dgn menteri2 komunis 9 dragon, inikan plak usop ppim.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.062709 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list