CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52771|Reply: 455

Uji Rashid Mohon Rumah PPR, Gagal Bayar Sewa - Lewat Bayar Jerr Bukan Tak Mampu

[Copy link]
Post time 15-3-2018 06:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by gekkou at 16-3-2018 08:11 AM

Uji Rashid Diarahkan Keluar Rumah, Gagal Bayar Sewa

PETALING  JAYA: Primadona Uji Rashid melalui detik yang sukar ketika ini apabila telah diarah mengosongkan rumahnya di Taman Dagang, Ampang dekat sini dipercayai gagal membayar sewa.
Berita sedih itu dikongsi oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar apabila penyanyi itu bersama anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico, 39, dan cucunya hadir ke pejabat kementerian berkenaan bagi meminta bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Noh berkata, disebabkan permohonan artis  itu menepati syarat, maka beliau telah memberi kelulusan khas untuk Uji dan keluarga mendiami rumah berkenaan.

“Sempat berbual dengan penyanyi veteren yang banyak berjasa dalam industri muzik tanah air Uji Rashid yang datang ke pejabat saya tadi.
“Beliau ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diusir dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.
“Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera.
“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga,” katanya seperti dikongsi dalam Facebook miliknya pada Rabu.
Uji atau nama sebenarnya Fuziah binti Haroun Al Rashid yang popular pada era 1980-an difahamkan telah beberapa kali membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan dan perumahan namun semuanya tidak berjaya.
Selain kementerian berkenaan, sumber memberitahu mStar Online pelakon itu juga pernah memohon sumbangan  daripada Kementeriam Kewangan namun ia turut gagal.
Uji yang merupakan ibu tunggal bergantung sepenuhnya perbelanjaan kepada kerjaya nyanyian.



Berita cedok mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian nye ..anak pn menumpang ibu ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2018 06:18 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Beringatlah semasa senang. Kita tak tau bila masa kita akan jatuh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai sedihnya baca. Haritu kata Cico sakit buatan orang tu, da elok ke boleh follow sekali?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemain retis mtk je dpt trus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2018 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Cico tu tua2 pun masih bergantung hidup ngn mak. Kosserrr
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 15-3-2018 06:35 AM
Cico tu tua2 pun masih bergantung hidup ngn mak. Kosserrr

nasib baik ifa puk puk x jd kawen dgn cico
klu jd bewak hidup kena tanggung jantan ni. walupn ifa tu fesyen n pangai cam gedik pandai sheol cari duit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 06:37 AM | Show all posts
Retis muda sekarang, sila ambil iktibar.
Bukan retis jer, pengajaran untuk anak muda semua.
Termasuk iols sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahu..dugaan lagik.

Tpkan..kemain sado si cico tu..x leh ke keje ..then byr sewa umah n tanggung mak..x kan selamanya mak tanggung ko ngan ank ko.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia primadona sgt tau dulu2. Berapa byk lagu2 top dia dgn berlakon lagi. Walopon mungkin lah tak sehebat arwah pah aini. Tapi bukanlah level sahara yaacob tu. Habis duit berubatkan cico tu agaknya.

Moga dibantu dan dpt kehidupan yg lebih baik dan sihat ya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan dulu dia kawen dapat sebuah pulau ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kudrat tulang 4 keraat masih ada cico oiii Allah beri. Buat lah apa2 keje asalkan halal n bleh tampung periuk nasi kamu sekeluarga. Jgn memilih..grab..uber..hatta keje jadik pak guars ppn dh bleh dpt 1k
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
so far....siti n arwah kak pah je yg iols tahu ada rumah besar n terjamin...yang lain..mgkn xtunjuk kot.
lesson to not only for artiste  ...beringatla..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu slalu nama dia dkt jj wangsa maju ..kadang ngan cico kadang sorang2..bahagian ikan n sayur..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Cico tu bukan x mampu sara mak dia...ade penyakit malas kronik yg x mampu d ubat la tu...
Sihat jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 07:07 AM | Show all posts
onexox97 replied at 15-3-2018 06:41 AM
bukan dulu dia kawen dapat sebuah pulau ke

itu kim kardashian sis
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 07:08 AM | Show all posts
kita tak tahu tahap sihir cico kena, sado tak semestinya sihat. hentikan mengata banyakkan bersangka baik.

kalau kita pahala taraf  malaikat tak de dosa boleh lah mengumpat membawang sepuas puasnya wahai acik2 kepam
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah satu contoh masa muda enjoy dah tua mintak kesian..cico tu buat ape???jd drug dealer ker?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 07:32 AM | Show all posts
mixed replied at 15-3-2018 06:37 AM
nasib baik ifa puk puk x jd kawen dgn cico
klu jd bewak hidup kena tanggung jantan ni. walupn ifa ...

kannn...
hikmah buat si ifa pukpuk kena rijek dgn uji rashid dulu..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.057749 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list