CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3308|Reply: 25

[Jenayah] CASHLAH ACIK-ACIK KEPAM DAN MAKCIK BAWANG FELDA PPRT

[Copy link]
Post time 13-3-2018 04:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by lavapaus at 13-3-2018 05:00 PM

‘Cadangan cukai ke atas Facebook dan Google dibawa ke kabinet’Diterbitkan 13 Mac 2018, 4:25 petang  |  Dikemaskini 13 Mac 2018, 4:29 petang

[color=rgba(255, 255, 255, 0.7)]


[color=rgba(255, 255, 255, 0.7)]
[color=rgba(255, 255, 255, 0.7)]



A+     A-

[size=1.25em]Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memecah tradisi pada satu majlis yang dianjurkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini apabila beliau sendiri mengajukan soalan kepada tetamu yang hadir.
[size=1.25em]Pada Majlis Makan Tengah Hari Timbalan Perdana Menteri bersama Ketua-Ketua Pengarang dan Pemegang Permit Penerbitan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengajukan kira-kira 10 soalan yang secara umumnya menyentuh mengenai isu yang dihadapi industri media.
[size=1.25em]“Majlis seperti ini adalah kali pertama diadakan, biasanya saya yang menjawab soalan daripada media secara formal, hari ini saya pula ingin bertanya kepada pihak media,” katanya pada majlis dihadiri kira-kira 500 pengurusan kanan dan pemimpin organisasi media serta pemegang permit penerbitan.
[size=1.25em]Sebagai respons, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif The Star Datuk Seri Wong Chun Wai menimbulkan hakikat bahawa kelangsungan (survival) media cetak adalah lebih mencabar hari ini berbanding dengan pengawalan kendiri (self-regulation).
[size=1.25em]"Pagi ini kita telah mendengar tentang pengawalan kendiri dan (keperluan mengadakan) ombudsman, tetapi secara serius, pada ketika ini, industri media adalah begitu sukar dan kita bercakap tentang kelangsungan.
[size=1.25em]"Apa gunanya ombudsman dan majlis media jika kita tidak tahu berapa banyak syarikat yang akan bertahan?
[size=1.25em]"Saya akan (bercakap dengan) jujur. Selepas PRU14, saya jangkakan beberapa (syarikat) surat khabar akan ditutup," kata Wong, sambil menambah bahawa halangan utama media cetak adalah garis panduan pengiklanan yang terlalu ketat yang dikuatkuasakan tetapi tidak kepada stesen penyiaran atau media dalam talian.
[size=1.25em]Wong berkata margin keuntungan adalah begitu kecil dalam perniagaan media dalam talian, memetik contoh bagaimana 80 peratus keuntungan yang dijana oleh portal berita TheStarOnline dibayar kepada Google dan Facebook.
[size=1.25em]Beliau seterusnya mencadangkan agar kerajaan mengenakan cukai ke atas kedua-duanya dan Ahmad Zahid berkata, beliau akan membawa cadangan tersebut ke mesyuarat Kabinet.
[size=1.25em]Timbalan perdana menteri itu berkata kerajaan juga sedar kebanyakan syarikat media tradisional baik media elektronik dan cetak hari ini menghadapi cabaran dari segi pendapatan yang kian berkurangan kerana majoriti kini lebih memilih media bukan tradisional.
[size=1.25em]Sehubungan itu, menurut beliau kerajaan akan menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 agar ia bersesuaian dengan keadaan semasa.
[size=1.25em]“Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedaya upaya mahu beri kebebasan semua penulisan, penerbitan dan penyiaran yang tidak terlalu terkongkong dengan garis panduan.



[size=1.25em]“Ia mungkin sesuai pada masa dulu tapi hari ini ianya perlu dimodifikasikan tanpa mengkompromikan etika kewartawanan,” katanya.
[size=1.25em]Kali terakhir Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipinda adalah pada 2012.
[size=1.25em]Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata KDN telah mengeluarkan satu surat amaran tegas, dua surat amaran, 14 surat teguran, 44 surat nasihat dan empat surat tunjuk sebab kepada media dan pencetak pada tahun lepas.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2018 05:14 PM | Show all posts
ada  akak kesah????
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa cash kat acik kepam pulak?
Ko paham ke tak tujuan kerajaan nak kenakan cukai kat google dgn facebook tu?

Utk pengetahuan ko negara lain dah lama kenakan cukai kat google, facebook dll
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini cukai dikenakan ke peniaga dlm talian yg guna medium fb ngn google ke? Ke camano?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 05:28 PM | Show all posts
facebook dan google akan dikenakan cukai kan? bukannya rakyat..syarikat tu sendiri. so kenapa cash kat makcik bawang??
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 13-3-2018 05:22 PM
Kenapa cash kat acik kepam pulak?
Ko paham ke tak tujuan kerajaan nak kenakan cukai kat google dgn  ...

ade acik2 kepam tak paham la....
die ingat login fb kena bayar haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2018 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 13-3-2018 05:28 PM
facebook dan google akan dikenakan cukai kan? bukannya rakyat..syarikat tu sendiri. so kenapa cash k ...

sbb makcik2 bwng dah meroyan.... hbis la kena byr stp kali nak membawang

mcm gst hari tu la.... die punya pitnah tahap kluar kat mesin atm rm100... dpt rm94 je.... rm6 kena gst haha
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
aik, asal nak cash kat acik bawang fb ngan google tu bukan acik bawang punya la..adoii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2018 07:07 PM | Show all posts
facebook ialah kuno
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 07:25 PM | Show all posts
siputsedut replied at 13-3-2018 05:24 PM
Ini cukai dikenakan ke peniaga dlm talian yg guna medium fb ngn google ke? Ke camano?

jgn risau.
membawang jek mcm biasa.
paling tidak pon deyol potong 2-3 sen sebulan dari kredit topap.

tak terkesan kot?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 13-3-2018 06:41 PM
ade acik2 kepam tak paham la....
die ingat login fb kena bayar haha


Tu la..lawak gila. Nak kata bodo tak sampai hati.
Org nak bangkang dia pun sibuk nak bangkang tapi tertunjuk bangang pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 13-3-2018 07:32 PM
adm7 replied at 13-3-2018 05:22 PM
Kenapa cash kat acik kepam pulak?
Ko paham ke tak tujuan kerajaan nak kenakan cukai kat google dgn  ...


Bila FB, gugel tu dikenakan cukai, depa akan naikkan charge pada telcos/ISPs dan advertisers lah, pengguna secara tak langsung pun kena tempias juga, mungkin rate data mobile akan naik, rega bembarang yg advertise kat socmed pun akan naik juga ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 13-3-2018 05:28 PM
facebook dan google akan dikenakan cukai kan? bukannya rakyat..syarikat tu sendiri. so kenapa cash k ...


Sekali imbas kita boleh agak kerajaan nak kenakan cukai kepada sumber pendapatan google dan facebook. Mcm mn la ada yg boleh terfikir nak kenakan cukai setiap kali guna google dan facebook
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 13-3-2018 07:27 PM
Bila FB, gugel tu dikenakan cukai, depa akan naikkan charge pada telcos/ISPs dan advertisers lah ...

Aku tak nampak apa relevan ko nak kaitkan tu semua. Peniaga akan naikkan harga ikut sukati diorg. Kalau rasa diorg letak harga melampau kita sebagai pengguna ada hak untuk boikot. Persaingan harga antara telco dan peniaga sebenarnya lebih menguntungkan pengguna. Dulu mana nak dpt harga data murah? Sekarang ni bayar 78 pun dah boleh dpt unlimited call, sms,data.. ni semua hasil perang antara telco dulu

Hasil kutipan cukai yang kerajaan boleh kutip tu lagi banyak manfaat dia dan boleh digunakan untuk tampung perbelanjaan negara. Nanti bila kurang sumber pendapatan kerajaan, rakyat jugak meroyan bila kerajaan naikkan gst dan cukai untuk rakyat bawahan.

Jadi lebih elok kerajaan kenakan cukai kat syarikat corprate atau orang-orang kaya. Sm macam manifesto pakatan harapan
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 13-3-2018 07:27 PM
Bila FB, gugel tu dikenakan cukai, depa akan naikkan charge pada telcos/ISPs dan advertisers lah ...

amenda kaitan ngan telco.... agreement ngan telco lain.....
mmg kena bercukai... since media lain kena cukai.... iklan tv paper seme ade tax....  iklan di media sosial free..... klau takat acik bwang post iklan kat fb tu mana ade effect....

yg maybe ade utk iklan berbayar... iklan fb n google berbayar..., adwords seme tuh

tak kisah la nak kutuk gomen ke ape.... tp at least dgn fakta.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 13-3-2018 06:43 PM
sbb makcik2 bwng dah meroyan.... hbis la kena byr stp kali nak membawang

mcm gst hari tu  ...

Mmg lawak gila bila ingat balik...haha
Letih betul dgn pemikiran rakyat malaysia ni asal ada cadangan baru je mesti nak hentam. Patutnya study dulu betul-betul sebelum nak kritik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2018 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 13-3-2018 07:25 PM
jgn risau.
membawang jek mcm biasa.
paling tidak pon deyol potong 2-3 sen sebulan dari kredit  ...

Motif i dah kembali ke mode ustazah solehah okeh bangcak..mohon sapot usaha murni ini
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 13-3-2018 06:43 PM
sbb makcik2 bwng dah meroyan.... hbis la kena byr stp kali nak membawang

mcm gst hari tu  ...

wehhhh sipa yg buat stat tongong tu??
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 13-3-2018 07:44 PM
Aku tak nampak apa relevan ko nak kaitkan tu semua. Peniaga akan naikkan harga ikut sukati diorg.  ...

Search engine free, socmed free semua tu sapa yg bayau? Takkan tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 13-3-2018 11:27 AM
Bila FB, gugel tu dikenakan cukai, depa akan naikkan charge pada telcos/ISPs dan advertisers lah ...

rege telco data mesia pun mahal der dari negara lain.. aptb..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.067752 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list