View: 5071|Reply: 34
|
Payung Emas Tiada Untuk Isteri Yang Bermadu, Mari Bongkar 5 Hadis Palsu Yang Pop
[Copy link]
|
|
Kalau perasan, Malaysia kini dibanjiri dengan golongan 'penunggang agama'. Tidak kiralah sama ada untuk tujuan peribadi atau pun pelbagai tujuan lain. Kita perlu ingat yang matlamat tidak menghalalkan cara. Justeru itu, mari kita lihat beberapa hadis palsu yang popular dan sering digunakan dalam kehidupan seharian kita secara sedar atau tidak.
1. Terima nasihat walaupun dari seorang pelacur
Sumber: kedahnews.com
Hadis palsu ini sangat popular digunakan sebagai hujah si pahlawan kekunci dalam merungkaikan sesuatu isu. Ia menitikberatkan bahawa sebarang nasihat dari sesiapa pun kita ikut walaupun pemberi nasihat dari seorang pelacur.
Walaupun niatnya baik, tapi wajib kita ingat ini. Allah SWT tidak menyukai seseorang yang selalu menasihat tetapi mereka juga sama berdegil dan tidak mahu mengubah dirinya mengikut apa yang diucapkan. Kita perlu sertakan amal dalam setiap nasihat kita, bak kata pepatah Inggeris, "you practice what you preach". Kalau main nasihat sahaj walhal dia pun buat benda yang sama, adalah salah satu perbuatan yang sia-sia.
2. Tuntutlah ilmu sehingga ke China atau liang lahad
Sumber: chinaisfuture.com
Pernah dengar hadis ini?
"Dari Anas ra. bahawasanya Nabi saw. bersabda : “Tuntutlah ilmu walaupun di negeri Cina, kerana menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayap mereka kepada para penuntut ilmu kerana gembira dengan perbuatan mereka yang menuntut ilmu.” (H.R. Ibnu Abdil Bar)"
Ini adalah hadis palsu yang telah dijawab oleh Musti Perlis, Tn. Asri Zainul Abidin melalui tulisannya sekitar tahun 2007. Tidak cukup dengan itu, kita boleh rujuk dalam buku beliau bertajuk "Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-Tokohnya". Jangan lepas ni kita jadi malas untuk belajar. Belajarlah rajin-rajin, tetapi hadis ini tetap akan jadi palsu. Tak ada hadis ini, kita tetap akan belajar bukan?
3. Isteri bakal menerima payung emas sekiranya benarkan poligami
Sumber: mortimer-reisemagazin.de
Jika anda seorang lelaki, mesti pernah dengar hadis berkenaan ganjaran payung emas yang bakal menanti sang isteri sekiranya membenarkan sang suami untuk berkahwin lebih dari seorang. Hujah ini boleh terus dipatahkan kerana ianya palsu dan hanya digunakan oleh sang suami penunggang agama yang berhidung belang. Pihak Mufti Wilayah Persekutuan pernah mengeluarkan kenyataan dalam laman web mereka berkenaan status hadis ini iaitu palsu.
Sang lelaki sudah pasti mempunyai niat, tetapi harus diteliti dari kisah hidup nabi sendiri yang menikahi ister-isterinya hanya setelah isteri pertamanya, Siti Khadijah meninggal dunia. Lagi pun, kalau belum stabil fizikal dan mental, anda tidak digalakkan untuk menikahi ramai isteri. Satu pun kau dah mencungap, buat apa ramai-ramai?
4. Larangan mencampurkan makanan darat dan laut dalam hidangan
Sumber: budaklelaki.com
Bila sebut bab makan, orang Malaysia ni sangat suka. Tambah-tambah bila waktu bulan puasa yang dipenuhi dengan pelbagai makanan sedap-sedap dan hidangan ala-ala buffet yang mengiurkan. Tetapi anda akan perasan segelintir mereka yang mengamalkan makan makanan yang tidak bercampur antara makanan laut dan darat. Contohnya kalau dalam pinggannya ada kambing, dia tidak akan mengambil udang. Katanya ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W melalui sebuah hadis.
Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, hadis tersebut adalah palsu. Apa yang sahih adalah hadis berbunyi begini, "Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya. Melainkan jika dia tidak dapat mengelak, maka isilah sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga untuk nafasnya.” - Riwayat al-Tirmizi (2380)."
Makan boleh, tapi jangan sampai terdampar kekenyangan.
5. Boleh jadi gila apabila tidur selepas Subuh atau Asar
Sumber: life.idntimes.com
Tidur adalah nikmat yang diberikan oleh Allah. Sebelum tidur kita penat dan sesudah tidur pastinya kita akan bertenaga semula untuk meneruskan kehidupan. Tapi ada segelintir masyarakat kita yang mengatakan ada hadis yang bangun tidur boleh jadi gila. Ini kerap berlaku sekiranya kita tidur lepas Subuh atau Asar. Tidak ada satu pun hadis mengatakan sebegini dan ianya palsu. Apa yang pasti, kita digalakkan untuk mencari rezeki seawal pagi mungkin kerana pada waktu itu kita bertenaga untuk berkerja.
Di sini kita perlu bijak membezakan antara perkara yang ditegah atau cadangan. Garis panduan yang diberi lebih kepada cadangan sekiranya kita mampu membuat dan ada ganjarannya. Jangan salah konteks ye kawan-kawan semua! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Whattt..
Semua hahis ni ustaz ustazah i pernah ajar time sekolah dlu
Imagine berapa ramai dah disebarkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
My whole life is a lie.............. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi tt...nak tau apa lagi yg palsu....elok disebarkan...
good job tt |
|
|
|
|
|
|
|
baru tau semua hadis ni palsu.. |
|
|
|
|
|
|
|
no 3 tu memang digunapakai oleh lelaki2 miang sampai skrg ye..even kawan iols duk payung2..sekali kena sound ngan iols cakap benda tu tak betul pon..diam pulak
benci betul payung emas kulu kilir..monogami pon sunnah jugak tade orang nak sebut pon
#sisemo |
|
|
|
|
|
|
|
Y tuntut ilmu tu smpai ke china tu cuma kata2 ulamak saja..tp kewajipan menuntut ilmu kpd muslimin dan muslimat tu ada,cuma sy xigt dlm hadis atau al-Qur'an...al-'ilmu fil kitab wala fissudur gitu haa..hehe
Lg satu psl pelacur tu pn xpernah dgr lgsg hadis tu..msti keluar time masyitah bt kenyataan boleh melacur sbb nk cri rezeki utk keluarga thn 2004/2005 gitu haa..
{:run{:run
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg makanan laut darat tu serius tak pernah dgr
Yg payung emas tu walaupun palsu, pasti ramai yg masih percaya yach |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sangat yang cipta hadis palsu Demi kepentingan sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama tahu sebab tu bila ada yang tetap nak mengiakannya malas nak layan |
|
|
|
|
|
|
|
tapi yang tidur lepas asar tu ada sikit betul la kot
tu bagi aku la
biasa kalo tertidur jap dalam setengah jam gitu lepas asar
bila bangun mesti macam pending jap kepala
kena tunggu setengah jam jugak nak reset balik otak ni |
|
|
|
|
|
|
|
aku taw sal pyung mas ni..
tpi cam biasa laaa.. lelaki kann x mau kalah.. tetap ckp payung emas itu wujud..
pastu abis la berjela2 ceramah x baik pertikaikan benda ni.. yada yada yada... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama hadis palsu ni digunakan. Akak percaya le juga sebahagiannya walau pun tak jumpa dalam sirah nabi.
Terima kasih tt |
|
|
|
|
|
|
|
woww..bnyaknyaa hadis yang aku ingat betulnselama ni..tq atas pencerahan! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by manjalara_01 at 12-3-2018 04:08 PM
yes good job..
baru2 ni i tgk ceramah Dr Danial..i ade bukak thread...link kat bwh ni...kalau sape2 interested nk tgk (klik minit 26,50saat)
Dr Danial "Al-Quran & Sains"
die la penceramah agama yg 1st skali...yg beri nasihat....utk kite as muslims perlu sgt self educate our selves dulu..sblum dengar ceramah2 agama Ustaz/Ustazah yg lain...
self-educate dgn bc Tafsir Al-Azhar (Hamka) sbb tafsir paling senang nak faham & lengkap dgn cara2 nak praktiskan in everyday life...i was a bit disappointed cause selama ni dengar penceramah yg malays semua...xde sorg pun bg nasihat mcm ni...
he said..bile kite sndiri ade ilmu...bleh la tapis hadis2 palsu...yg kite dengar dari ustaz/ustazah lain yg bg ceramah...even penceramah celebrity pun ade yg sebarkan hadis palsu....kalau x nnt jadi pak Turut....main ikut2 je...ntah betul ntah tidak kite x tau....
dlm hati i was like "Yes!!....ni la the perfect advice yg selama ni i tunggu kan.."...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah dengar all 5 but I thought 1-3 je yang palsu. Rupanya yang 4-5 pun palsu jugak.
Thank you for sharing. |
|
|
|
|
|
|
|
tipah tertipu... |
|
|
|
|
|
|
|
rata2 bdk yg ikut kelas sekolah agama petang johor, tau semua tu sejak darjah 4 lagi.
aku pun dh tau sejak dulu..yg ngaku johor pstu tak tau tu, ponteng kelas la tu..
kalu negeri lain tu tkde sekolah, rajin2 la belaja agama
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kau orang perasan:-
Kalau kauorang ada 10 group whassup..........
Kesemua dok cerita pasal agama je dan nasihat menasihati....suruh macam nilah suruh macam tu lah. Semuanya sekitar religion.....basically Islam la.
Frankly speaking..........aku fed up the unwelcome nasihat2 ni.
So what I do...............aku clear all the message yang masih UNREAD. Nak keluar grup....kang ada yang merajuk pulak.
Wasting my time. |
|
|
|
|
|
|
| |
|