Terdapat banyak jenama terkenal antarabangsa yang namanya agak sukar untuk disebut. Sehinggakan ramai yang keliru akan sebutan yang sebenar.
Ianya bukanlah masalah yang asing atau besar sehinggalah apabila anda berada di situasi yang memerlukan anda menyebut jenama tersebut dan seseorang memandang anda dengan muka yang pelik atau cuba membetulkan cara sebutan yang sebenar.
Sudah pasti malu atau janggal, bukan?
Selain Versace, beberapa jenama terkenal lain seperti Hermes, Miu Miu, Balmain sehinggakan Zara juga seringkali disebut dengan salah.
Memetik laporan Refinery, pemilik jenama Versace ada menyatakan yang terdapat banyak sangat kesalahan dalam sebutan jenama miliknya itu.
Melalui wawancara '73 Questions' yang dilakukan oleh majalah Vogue di kediaman milik Donatella di Milan, Donatella memberi penjelasan dan menerangkan cara sebutan yang betul untuk 'Versace'.
Menurut Donatella, ramai yang menyebut Versace dengan "Versach-ee (versachi)". Padahal sebutan yang betul adalah "Versach-eh"
Sementara itu, dia juga memberitahu setiap wanita seharusnya memiliki sekurang-kurangnya sehelai seluar hitam ketat di dalam almari masing-masing.
Dia yang ditanya tentang 'trend' fesyen yang diharapkannya menjawab mahukan konsep minimalist kerana ianya sesuatu yang belum ada di dalam dunia fesyen.
Donatella juga dilihat sangat menghormati bekas presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama serti isterinya, Michelle malah berharap dapat bertemu mereka untuk minum kopi bersama.
Selain itu, Donatella mengakui sangat meminati kebudayaan dan kehidupan rakyat China dan sentiasa belajar mengenai mereka.
"Saya tak pernah berhenti belajar soal China."
Tetapi, Donatella enggan mengulas lebih lanjut ketika ditanya samada dia mungkin akan memberikan sentuhan dari negara itu dalam koleksi terbarunya nanti.
"Itu masih rahsia, tunggu saja nanti."
Macam-macam kan? Tapi bagi penulis sendiri, penulis lebih suka sebut Versace sebagai "Versach-ee" dan Zara, "Za-ra". Asalkan orang faham. Siapa sama macam admin? -CARI |