CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6882|Reply: 83

[Tempatan] 'Kempen Dapat Jodoh' Bantu Bujang Muslim

[Copy link]
Post time 25-1-2018 07:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 25-1-2018 11:17 AM

'Kempen Dapat Jodoh' Bantu Bujang Muslim

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/01/25/kem-dapat-jodoh/

Diterbitkan: Khamis, 25 Januari 2018 7:01 PM

Oleh: RAHMAH GHAZALI
[email protected]



PETALING JAYA: Rasa terseksa menjalani hidup keseorangan mendorong seorang janda untuk menganjurkan 'kem cinta' pertama yang dibuat untuk orang Islam yang belum berkahwin bagi mencari perhubungan yang halal.

Ahli perniagaan, Nor Daayah Abdullah, 40, berkata, kem sehari yang dikenali sebagai 'Kem Dapat Jodoh' itu turut bertujuan untuk membantu rakan-rakan Muslim bagi membina keyakinan mereka mencari pasangan yang sesuai.

"Saya memahami rasa keseorangan, kerana suami saya meninggal setahun yang lalu dan kami tidak mempunyai anak bersama," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau menyedari isu-isu yang berkaitan orang Islam menjalinkan hubungan terutama di ruang siber.

"Saya pernah menyertai beberapa kumpulan 'dating' dalam talian dan ramai yang mengatakan mereka bujang tetapi sebenarnya tidak.

"Ketika itulah saya memutuskan untuk membuat idea ini bagi membantu mereka yang benar-benar mahu mencari pasangan hidup tanpa ditipu," katanya.

Nor Daayah yang juga jurulatih perniagaan berkata, kem itu mempunyai pengisian seperti ceramah oleh pakar motivasi yang berpengalaman mengenai bagaimana untuk memperbaiki diri sebelum mencari pasangan.

"Para peserta akan mempelajari bagaimana mempersiapkan diri secara fizikal, mental dan kewangan sebelum bernikah dan bagaimana mengatasi kelemahan mereka.

"Kemudian, pada sebelah petang, kami akan mengaturkan 'speed dating' halal buat mereka," katanya.

Nor Daayah berkata, maklum balas terhadap kem tersebut amat menggalakkan terutamanya selepas risalah yang membincangkan virus virus itu di media sosial.

"Telefon kami berdering tanpa henti. Ramai yang mahu menjadi sebahagian daripada acara ini," katanya.

Bagaimanapun, untuk menyertai kem, peserta mestilah beragama Islam dan bujang.

"Orang Islam berkahwin tidak dibenarkan," katanya.

Kem tersebut akan diadakan di Dewan Sri Melati, Presint 3, Putrajaya pada 3 Mac dari pukul 8.30 pagi hingga 6 petang.

Promosi untuk peserta terawal sehingga 12 Februari hanya dikenakan bayaran RM70 seorang dan kadar biasa adalah RM100 seorang.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2018 07:44 PM | Show all posts
Rasa nak join la....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 25-1-2018 07:44 PM
Rasa nak join la....

Bujang ke??
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 08:00 PM | Show all posts
bukan semudah pertemuan


Jodoh perkara terbesar dalam hidup

nak welcome satu manusia ke dlm hidup kita bukan perkara mudah...share hidup pula lagilah perlu kepada ketelitian .
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 08:00 PM | Show all posts
sebenarnya itu kem buat duit ,pedajjal org bujang yg xbertemu jodoh .
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo free ok lah tp berbayo mcm fake jekk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2018 08:10 PM | Show all posts
akak lg cerdik datang free lepas tu people nearby.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 08:27 PM | Show all posts

Haruslah bujang lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2018 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
jodoh bukan ada jaminan kekal sokmo.takut dah lama membujang senang tiba tiba kawen rase terikat plk. terpaksa fikir seribu kali dulu, yackk
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 25-1-2018 08:27 PM
Haruslah bujang lagi.

Ke bujang tiga..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 09:08 PM | Show all posts

Bujang 4
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 25-1-2018 09:08 PM
Bujang 4

All the best
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 09:15 PM | Show all posts

Bujang juga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 25-1-2018 09:15 PM
Bujang juga ke?

Yer..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 09:29 PM | Show all posts
bujang 3 kuota masih kosong bleh join tak
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 09:31 PM | Show all posts

Maka bolehlah join Kempen Dapat Jodoh ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2018 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 25-1-2018 09:31 PM
Maka bolehlah join Kempen Dapat Jodoh ni....

Takyah la. Tak minat

Bagi chance org lain, ramai apply tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 09:39 PM | Show all posts
Apa barang cari jodoh dalam dewan. Macam pameran.



Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 09:41 PM | Show all posts
sinalegna replied at 25-1-2018 09:35 PM
Takyah la. Tak minat

Bagi chance org lain, ramai apply tu

Oh. OK.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 25-1-2018 07:44 PM
Rasa nak join la....

join la mudah mudahan berjodohan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.360398 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list