View: 11342|Reply: 49
|
Insiden Seram, Mistik di Lebuhraya@highway
[Copy link]
|
|
Edited by NBM at 31-12-2017 02:48 AM
Dah lama tak bukak thread baru. Malam ni baru ada masa nak menulis dgn tenang sbb aku cuti seminggu..yahoooo!!
Ok ni pengalaman terbaru berlaku dalam 2- 3 bulan lepas masa tu ayah aku tiba2 sakit dan aku terpaksa drive sendiri balik kampung. Aku gerak dari rumah dalam pukul 10.30mlm suspen la jugak sebb tak pernah aku buat drive sendiri malam2 buta kt LPT pulak tu. Tapi masa tu rasa susah hati dan nak sampai kg secepat mungkin tu lebih dari rasa takut, infact mmg aku tak terfikir pun pasal hal yg seram2. So dipendekkan cerita, time aku sampai kt area menghampiri Maran, tiba2 aku perasan ada kereta kt belakang dan driver tu nyalakan lampu dlm kereta tu tapi aku tak tengok sangat la sb focus lebih kt jalanraya. Tak lama lps tu kereta tu memotong dan dari ekor mata aku boleh perasan yg lampu dlm kereta tu masih on. Tapi aku tak toleh ke kanan sbb jalan gelap time tu. Beberapa saat kereta tu seiring dgn aku pstu kereta tu ada kt depan aku lah. Lampu dlm kereta tu masih on.
Tiba2 dalam sekelip mata je kereta tu hilang dari pandangan. Aku terkedu kjap tapi the idea yg insiden mistik dah berlaku dpn mata tu masih tak bleh nak register dlm kepala aku lagi. Aku mcm tercari2 ada ke simpang kt sini tapi takde cuma besi penghadang jalan je yg ada. lgpun aku tak nampak pun kereta tu bagi signal nak ketepi ke , kekiri ke. Kereta tu pn tak jauh dari depan aku ada lah dlm 4 meter jauhnya, tak jauh kannn? Bila dia lenyap je tiba2 aku nampak ada bas je dpan aku. Aku teruskan driving sampai la aku tiba dgn selamatnya dlm pukul 2 pagi.
Skrg ni bila aku fikir2 balik mmg seram everytime teringat moment tu. Cuba korang bayangkan kalau lah aku toleh ke kanan tengok kereta tu pastu rupanya kereta tu kosong takde driver takde penumpang, mau terbabas aku malam tu...Alhamdulillah, rasa bimbang dan sayang kt ayah aku mengatasi segala2nya masa tu yg menyebabkan aku tak terasa pun keseraman kejadian tu. Tapi aku taknak dah experience lagi.
Ada tak antara korang yg experience benda2 mcm ni sepanjang korang gunakan highway, tak kira la highway mana pun.
Share2 ok
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku selalu drive sorg2 ke selatan...selalu dah malam laaa...Alhamdulillah x prnh nmpk apa2 n aku harap x akan nmpk sbb masih kena ke sana... Nway... Teruskan tt |
|
|
|
|
|
|
|
Aku penah lalu dkt highway LEKAS. Dlm pkl 11mlm gitu.
Kami husband and wife dgn baby.
Naik Starex.
Tiba2 kt LEKAS tu, pintu terbukak.
Aku mmg cemas gila.
Tp terlupa tntg perkara mistik.
So aku dok pikir maybe pintu tak rapat kot td?
Pintu starex jenis slide mcm alphard, vellfire etc tu.
Dh sampai rumah, baru aku terpikir tntg mistik tu.
Alhamdulillah takde kena gangguan apa dkt kami and baby. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun ada strange encounter dekat highway 2x tp nak kata seram tu tak seram sgt kot sbb mcm TT, masa kejadian tu tak register dlm otak. Cuma rasa pelik je
Insiden 1, nak ke utara ikut highway PLUS. Drive malam. Dah almost tgh malam sampai area Bukit Beruntung, masa tu hujan lebat gila. Lebat sampai tak nampak line jalan. Tiba2 toleh ke kiri, nampak kereta kancil tgh terbakar dlm semak tepi highway, api marak penuh satu kereta.
Tergamam masa tu tp tak stop. Dok fikir nak call 999 tp lps dah jalan ke depan, terfikir pulak kenapa takde org stop, pulak tu hujan lebat gila mcm mana api marak sgt mcm tu. Next day try check dlm news ada tak cerita Kancil terbakar keluar tp takde pun so tak taulah apa yg aku tgk tu sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
aku confident betul lah, benda2 macam ni la penyebab orang accident. Kena kt org tak cepat gelabah takpe, kalau kena kt yg gelabah panic mmg terbabas kete tu
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut logic akal mmg tak logic kot kereta boleh terbakar marak cmtu dlm hujan lebat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Masih cerita di LPT, ni terjadi kat jiran aku (dah arwah pakcik tu..alfatihah). Satu haritu arwah dgn isteri pegi ikut rombongan cik kiah, biasa la kan rombongan2 mcm ni selalunya jemaah2 masjid yg buat sekali sekala. Ondway balik dari ntah dari mana tu bas singgah kt R&R Temerloh utk solat & makan. BIla bas nak bertolak jenuh orang cari dia tak jumpa. Last2 bas terpaksa gerak jugak sebb takkan nak tunggu kesian la pulak kt orang lain. Korang nak tau tak, tiba je isteri dia kt rumah, arwah dah sampai pun kt umah dah lama sampai katanya. Arwah kata dia pergi tandas pstu keluar dari tandas sorang manusia pun dia tak nampak termasuk la bas yg arwah naik. Tgh dia kebingungan tu tiba2 ada 3 orang lelaki naik kereta wira maroon tanya dia nak pergi mana. Arwah cerita la dia nak balik tapi bas dah takde semua orang dah takde. Lelaki bertiga tu pelawa dia naik & htr dia balik rumah. TAkde sorang pun tanya arwah alamat rumah ke, tanya rumah kat mana ke, tau2 dorang hantar arwah betul2 dpn pintu rumah. Gitu la cerita arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
NBM replied at 31-12-2017 03:33 PM
Masih cerita di LPT, ni terjadi kat jiran aku (dah arwah pakcik tu..alfatihah). Satu haritu arwah dg ...
Adoii nasib baik diorang betul2 hantar balik rumah. Kalau ke lain, kot hilang selamanya lah arwah pakcik tu |
|
|
|
|
|
|
|
NBM replied at 31-12-2017 03:26 PM
kalau ikut logic akal mmg tak logic kot kereta boleh terbakar marak cmtu dlm hujan lebat.
Itulah. Bila fikir balik mmg tak logik. Nasib baik tak stop pegi tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung insiden kedua strange encounter kat highway.
Masa tu drive malam dgn husband kat highway KESAS. Drive kat lane kanan. Tiba2 nampak seorang apek tua tgh sorong basikal tua melawan arus kat tepi divider tgh2 highway. Kitorang ni berselisih dgn apek tu. Tp aku diam je.
Lps dah jauh sikit, tanya kat husband, nampak tak apek td tu? Bahaya la dia sorong basikal kat lane laju mcm tu. Takut org terlanggar. Husband kata, dia nampak juga. Tp cuba fikir balik, logik ke situasi tu? Barulah aku terfikir, agak tak logik di situ |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-12-2017 07:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
moonbug replied at 31-12-2017 03:43 PM
Sambung insiden kedua strange encounter kat highway.
Masa tu drive malam dgn husband kat highway ...
Kes ni aku selalu kena dulu2 masa bujang2 balik kg ikut laluan Bukit Putus N9. Selalu terserempak sorang pakcik tua jalan kaki kol 2-3 pagi, nk ikutkan tak logic sb jln tu gelap gelita, sempit, curam dan bergaung. Tiap kali lalu situ je aku & adik2 aku mesti pasang cd surah yassin |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada cite
encounter di karak hiway masa blom siap
nnt aku taip kt laptop...
taip kt hp ni banyak benor typo kang |
|
|
|
|
|
|
|
2 insiden yang aku hadapi kat jalan raya biasa (bukan highway). Pernah cerita kat bod MPS dulu. Kira ulangtayang la ni.
Peristiwa 1
Aku nak balik ke rumah aku di Melaka dari kampung aku kat NS ni. Aruah mak tak bagi balik, hari dah malam dan aku sorang je memandu. Tapi aku nak balik jugak.......sebab dah dua hari tinggalkan wife dan anak2 kat Melaka. Ada hal penting kat kampung. Jam dah dekat 11 malam ketika bertolak dari rumah mak, hujan renyai2 pulak tu. Sampai kat satu selekoh kat tengah2 hutan dan tengah2 malam, dengan kereta aku yang tengah guna high beam.........tersuluh satu lembaga manusia. Aku tertengok muka dia (bukan sengaja nak tengok), tak de lah muka yang menakutkan..........tapi muka putih (macam letak tepung komak) dan lembaga mengenakan kostume Cina lama (kostume macam panggung opera gitu). Bila terkena high beam kereta aku, lembaga dan kawasan keliling terang benderang. Pada masa tu satu keretapun tak lalu kawasan tu. Nasib aku tak panik, aku terbalikkan cermin pandang belakang dan macam F1 aku tekan minyak teruskan perjalanan. Kecut segala-gala aku rasakan diri aku.
Peristiwa 2
Aku terpaksa balik. Aruah mak sakit. Dah lebih 12 malam. Aku bawak anak lelaki ikut aku sebagai peneman. Lepas lalu LEKAS, kami exit Jalan Pantai nak ke Kuala Klawang. Atas sikit Klawang.......aku ternampak satu gerai penuh manusia tengah makan2, minum teh bagai. Meriah. Tapi masing2 pakai songkok hitam. Happy je, entah kenduri apa agak nya. So aku proceed je la. Anak aku pun tanya, wah ada kedai makan malam2 ni. Jam dah lebih pukul 1 pagi. Aku ya kan je..........teruskan perjalanan. Sampai jugak aku kat rumah aruah emak. Siangnya........aku ada hal nak gi Pekan Klawang, lalu balik tempat yang aku jumpa orang ramai malam tadi. Tapi Tuan2 tahu apa yang kami jumpa..............tempat yang kami nampak malam tadi sebenarnya takde apa2. Yang ada macam gerai buruk lusuh, bertahun tak pakai. terkopak sana sini. Soalan : Siapa yang berjimba-jimba malam tadi, sukaria sesambil pekena teh dan makan2? Kenapa semua lelaki pakai songkok? Siapa yang berniaga malam tadi??
P/S Inilah 2 peristiwa yang aku alami secara direct, bukan dengar cerita2 orang ke apa. Jadi pengalaman hidup buat aku. Dan aku percaya yang makhluk halus itu ada. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg menakutkan, nasib baik kau jenis tak gelabah |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah citer kat bod ni dulu.. saja la kongsi balik..
Dulu zaman aku ulang alik KL-PD.. zaman aku, hiway Seremban - PD tu mcm2 citer misteri.. pengalaman aku, dlm pkl 11 mcmtu la masuk dari tol Seremban nak ke PD.. ingat lg khamis malam jumaat. masuk je dari tol tu depan sikit aku bau kemenyan kuat.. rupanya tak tau sapa ada tinggalkan dupa bara kemenyan kat divider hiway.
aku pun bismillah je la. takde la penampakan pelik tp sampai kat rnr hiway PD tu, aku bau wangi kuat sangat. bau wangi tu aku cam, bau bedak perempuan tp tak tau la bedak cap apa. pastu seingat aku bau tu mcm campur2 bunga cempaka ke kemboja mcmtu la. lepas dari rnr tu bau tu makin kurang n tak salah aku lepas rnr kawasan sawit n takde lampu jalan yek. masa tu seram gak sebab org kata bau kurang makna dia dekat. aku siap raba2 belakang seat motor takut ada menumpang.. haha .. time aku lalu, keter takde pun.. ada lalu 1-2 n laju je. pengalaman la..
citer 2
masa ni aku konvoi motor dgn kwn nk balik kl. bulan puasa sebab aku ingat lg, kami tak sempat sampai kl utk berbuka. kami decide dari seremban ikut jalan lama sebab hujan. takmo ikut hiway sebab masa tu agak2 jem n hujan lebat. so jalan lama seremban - kl ikut mantin tu. dulu takde hiway Lekas.. sampai mantin dah malam.. tak salah masa tu aku 2nd last konvoi motor..
malam n hujan lebat, sampai kat satu selekoh ni, tiba2 kat tengah jalan atas double line tu ada org nk melintas. tp dia mcm tggu atas line tu la nk lintas. kwn aku depan mengelak n aku pun terkejut sempat mengelak.. org yg nk melintas tu pakai baju hujan bertutup kepala semua. mcm baju hujan biasa tu tp kaler putih yek bukan kuning. masa tu aku terkejut n menyumpah gak la. yelah dah la gelap hujan, kat selekoh tiba2 ada org nk berdiri tgh jalan. sampai beranang kami berenti nk minum. aku tny la kwn yg depan aku mengelak jgk tu.. dia pun sama menyumpah gak la.. pastu baru terdetik dlm kepala aku.. eh, kan situ kiri kanan hutan jek? dah tu pakai baju hujan kaler putih? baru la terdiam.. teguk teh panas pun rasa sejuk tiba2. haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan keluar di waktu senja yakni sewaktu maghrib.. Sebab ada yang mengikut..
Pengalaman saya ni terjadi pada senja 31 Dec 2017.
Setiap minggu, saya mesti berbasikal di jalan. Paling tak pun akan joging pada waktu petang.
Selalunya saya akan keluar joging jam 5:00 petang dan akan balik jam 6:30 petang.
Memandangkan jarak rumah saya ke Taman Botani Perdana sangat dekat, saya akan joging dari rumah saya ke taman tasik tersebut.
Untuk ke sana dari rumah saya yang terletak di Bangsar, akan lalu kawasan lapang yang di pagar dan di kawasan itu ada rumah tinggal yang dipenuhi semak. Lorong keluar masuk pun agak suram dan bersemak.
Berbalik kepada cerita tadi, pada senja terakhir tahun 2017, saya keluar joging jam 6.00 petang. Disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, saya keluar lewat petang. Disebabkan keluar lewat, maka saya balik pun lewat, jam 7.15petang.
Setibanya saya di kawasan lapang yang dimaksudkan, keluar kereta myvi yang dinaiki oleh sepasang suami isteri. Pada mulanya, saya cuma memandang mereka berdua.
Terdetik hati saya untuk melihat tempat duduk penumpang di bahagian belakang kereta mereka.
ADA YANG MENUMPANG!!
Kelihatan mahkluk berbungkus di tempat duduk penumpang di bahagian kiri kereta pasangan itu. Duduk terkaku si pocong.
Kainnya tidak seputih salju seperti apa yang kita tonton di kaca tv. kainnya coklat lusuh kehitaman. Muka hitam terbakar ( terbakar dengar azan maghrib, mungkin ).
Hendak diberitahu, kereta sudahpun meluncur laju. Apa yang mampu, saya menoleh ke belakang untuk melihat kereta tersebut yang menghala ke jalan parlimen.
Pocong tersebut tiada!
Sedangkan yang berkereta, ada yang menumpang. Inikan yang berjalan kaki, mungkin ada yang mengikut.
Pesan Nabi, jangan keluar pada waktu marghrib dan kunci pintu serta tutup tingkap atau bahagian yang terbuka. Maka, ikutilah pesan Nabi, pasti ada kebenarannya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebuhraya Gua Tempurung, Perak..
Dikisahkan dari mak & ayah aku..
Pada tahun lalu, mak ayah aku balik ke kampung yang terletak di Bota Kanan, Perak.
Ayah aku ni suka pandu kereta waktu malam, tenang kata ayah. Ketika itu, aku tidak ikut mak ayah aku disebabkan ada program syarikat aku bekerja.
Malam itu, kata ayah, jalan agak lengang.
Sedang ayah memandu, tiba-tiba, ada entiti putih terbang melayang dan terbaring di tengah jalan. Nasib baik ayah aku sempat memperlahankan kereta, kereta yang di bahagian kanan ayah pun tutut berhenti mengejut.
Hendak keluar, tidak berani, kerana anak buah aku juga ikut sekali, Anak buah aku manja dengan opah dia, iaitu mak aku. Takut apa-apa terjadi dekat anak buah aku. Mak aku juga seperti ayah dan pemandu lain, nampak kejadian yang sama.
Ayah aku menukar ke bahagian kanan jalan dan membiarkan entiti tersebut terbaring di tengah jalan.
Apa yang aku faham, entiti putih tersebut adalah PONTIANAK HUTAN. Yang suka menyakiti anak-anak Nabi Adam.
Yang pasti, tidak secantik Maya Karin yang digembar gembur berbau harum tu. Sumpah buruk!
|
|
|
|
|
|
|
|
try dgr segmen jgn tutup lampu kat you tube...pasal en rahman yg buat clearence accident amoi putus kepala kt highway...sampi nak bunuh wife dan bunuh diri sbb hasutan terlmpau kuat.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni cerita masa tahun 1995
masa tu excited gila la nak gi besut
sebab pakcik aku ada konvensyen kat situ
aku, tok aku, tok pompuan, paksu n paklang aku satu kete
pegi xde apa
tapi masa nak balik tu , masa tu pukul 10 lebih kot, aku x ingat, masa tu darjah 5
masa tu hujan baru nak start, pastu aku masa tu dok belah belakang pemandu, tok aku co pilot
masa kat karak highway tu, tok aku nampak orang pakai bagpack besor cm omputih tu
dia pun cakap "eh jam, ko tolong tepi sikit tengok orang ni sorang sorang jalan kaki malam ni"
paklang aku pun cakap "kenapa pula, malam malam ni jangan main tegur abah"
tok aku pula paksa dan dia buka tingkap tegur
"hey, apa ko buat tengah tengah makan jalan kaki neh"
orang tu pandang, terus terbang
aku yang mengelamun kat belakang neh, siap pandang satu kain putih sebelah tingkap aku neh, xde pikir apa apa
lepas tu, hujan selebat lebatnya , cermin depan kabur dan kete hampir masuk gaung
minta tolong pun xde sapa nak brenti
ye la, sapa nak brenti, hujan lebat plak tu
akhirnya ada yang bantu..
yang peliknya, kete masuk tepat tepat ke tempat xde divider direct ke gaung
kalau pak lang aku ke depan sikit, memang aku xde la dapat taip skang neh
gaung tu aku baru tau esoknya..huhuhu
yang pasti, aku x seram pon masa tu
yang lain siap dh baca ayat kursi bagai dah |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg seramkan...mungkin situasi mcm itew salah satu punca eksiden di jalanraya |
|
|
|
|
|
|
| |
|