|
|
Muka cantik, potongan badan pun mengancam! Memang menjadi igauan setiap lelaki. Siapa yang tak tergoda dengan Kilafairy?
Bukan yang bujang sahaja, suami orang pun ramai tergila-gilakan pelakon ini dan tak pernah putus asa cuba mendekati.
Perkara ini diakui sendiri oleh Kilafairy yang sentiasa terbuka berbicara tentangnya.

Foto: IG Kilafairy
“Ada golongan suami orang yang cuba merapatkan diri dengan saya. Saya mengambil pendekatan mudah, saya tidak memberikan respon dan enggan melayan mereka.
“Kalau sudah jodoh, memang tidak boleh elak, tetapi sebaiknya saya enggan menghampiri lelaki yang berstatus suami orang. Biarlah pasangan hidup saya nanti seorang yang bujang,” katanya kepada Astro Gempak.
 Foto: IG Kilafairy
Disebabkan belum menjumpai lelaki idamannya, Kila menambah yang dia lebih senang solo sekarang.
“Saya masih solo dan selesa berkawan sahaja. Biar saya fokus dengan kerjaya terlebih dahulu, barulah saya memikirkan mengenai soal cinta.
“Saya juga bakal muncul dengan single terbaru bersama penyanyi antarabangsa, Sean Kingston yang berjudul Put The Word In.
“Insya-Allah, jika tiada sebarang aral melintang, single saya bakal menemui pendengar pada 12 Januari tahun hadapan."
 Foto: IG Kilafairy
Baguslah Kila, jangan jadi macam sesetengah artis tu, suami orang pun sanggup rampas! Betul tak? -CARI
|
|