View: 9095|Reply: 87
|
[Tempatan]
Jambatan Tertinggi Di Malaysia Dibuka
[Copy link]
|
|
Edited by spiderman80 at 29-11-2017 10:45 PM
RAWANG: Lebih 30,000 pengguna kenderaan bakal menikmati akses lebih sempurna dengan pembukaan Jalan Pintas Rawang yang secara tidak langsung mengatasi masalah kesesakan teruk di sekitar bandar ini, terutama pada waktu puncak.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pembinaan jajaran dua lorong sehala sepanjang sembilan kilometer (km) itu memendekkan perjalanan dari Serendah ke pusat bandar raya Kuala Lumpur pada waktu puncak dari dua jam kepada 30 minit.
"Jalan pintas dari Rawang ke Serendah ini adalah mercu tanda unik dalam sejarah pembinaan jalan raya kerana pengguna seakan-akan membelah kabus apabila memandu pada waktu pagi dan selepas hujan.
"Ia turut mempunyai panorama indah bandar Rawang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan jalan pintas berkenaan di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk P Kamalanathan; Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Zohari Akob dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Dr Roslan Taha.
Fadillah berkata, pembinaan struktur jambatan bertingkat sepanjang 2.7 km di laluan itu menggunakan kaedah Overhead Moveable Scaffolding System (MSS).
Katanya, ia juga membabitkan pembinaan struktur tiang tertinggi di Malaysia pada ketinggian 58.2 meter.
Beliau turut menafikan projek bernilai RM628 juta itu lambat disiapkan walaupun bermula pada 2005 oleh kontraktor Panzana Enterprise Sdn Bhd dan siap sepenuhnya pada 21 November lalu.
"Kerajaan mengambil kira impak kepada alam sekitar demi memelihara ekosistem kerana pembinaannya melalui Taman Warisan Negeri Selangor.
"Menerusinya, pembinaan jalan pintas Rawang mengurangkan pengambilan kawasan hutan daripada 64 hektar kepada 23.6 hektar.
"Ia juga demi memelihara spesies pokok Giam Kanching yang hanya ada di hutan di sini," katanya.
Jalan pintas Rawang akan dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas mulai 6 pagi esok.
https://www.bharian.com.my/berita/na...tasi-kesesakan
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x420. |
Rawang Bypass dibuka mulai esok.
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x729. |
FADILLAH (tengah) mendengar taklimat yang diberikan oleh Jurutera Awam Penguasa Kanan Jalan JKR, Abd Rahman A Aziz (kiri) pada majlis perasmian Jalan Pintas Rawang sepanjang 9km dari Rawang ke Serendah. - Foto Zunnur Al Shafiq
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x547. |
JALAN pintas Rawang akan dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas mulai 6 pagi esok. |
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1200x900. |
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1200x900. |
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1200x900. |
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1200x900. |
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1200x900. |
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1008x567. |
|
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lepas tu nanti 3 bulan pakai pecah retak bersepai sana sini, mark my words ... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau eksiden terbang terjunam bawah |
|
|
|
|
|
|
|
lebuh raya 9km ambil 12 tahun untok siap
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak lalulah waktu pagi di hari minggu nanti, jangan pulak tak diberi berhenti di tepi jalan sebab akak nak jenguk ke bawah |
|
|
|
|
|
|
|
ada laa yg buat aktiviti bungy jumping pass nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti geng2 selfie akan gigih stop kat tepi jalan pastu selfie dgn caption mesti ada word jambatan tertinggi bagai
Btw, in terms of safety, bleh ke vehicles park kat tepi jalan utk tgk pemandangan bagai?
|
|
|
|
|
|
|
|
wow..shanteknya viewwww.... leh ar try drive kat sini one day ....
macam hiway apa yang connect subang jaya ngan lembah pantai tu .. NKVE erk... |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik aku tak perlu guna jambatan ni
kalau tak mau aku MC hari hari |
|
|
|
|
|
|
|
Gayat pula i nengoknyer |
|
|
|
|
|
|
|
mark the words of a nyonyanyok ? hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
wah tinggi .................... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus buat jalan mcm.ni. x ganggu bukit dan pokok2.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Ia turut mempunyai panorama indah bandar Rawang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan jalan pintas berkenaan di sini, hari ini.
ini lawak
|
|
|
|
|
|
|
|
haramkan kepada mat2 rempit disini |
|
|
|
|
|
|
|
mieymiey replied at 29-11-2017 08:17 AM
Gayat pula i nengoknyer
Kalau drive ataih jambatan tu bukan boleh nampak bawah pun, macam drive kat jalan biasa aje ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|