
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]STATUS di laman Instagram Abby Abadi yang mengumumkan dirinya sudah meninggal dunia mengundang rasa terkejut peminat-peminatnya. [size=0.98em]Bagaimanapun, Abby yang memuat naik sendiri status tersebut pada pagi Ahad memberitahu apa yang ditulis itu sekadar peringatan tentang kematian kepada pengikut-pengikut laman sosial tersebut. [size=0.98em]"Bayangkan status di atas ditulis oleh waris kita. Sudah bersediakah kita bertemu dgn sakaratul maut? Apa amalan yang telah kita usahakan selama hidup ini? Sudah cukup dan 100% puas hati? [size=0.98em]"Sementara bernafas ni. Jom sama-sama kita pastikan apa sahaja laman sosial yang kita ada, Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain terhindar dosa fitnah dan maksiat," tulisnya. [size=0.98em] [size=0.98em]Antara komen netizen yang terkejut kerana tidak membaca status berkenaan sehingga habis. [size=0.98em]Perkongsian bekas pelakon Gerak Khas itu ternyata mencemaskan pengguna laman sosial dan mendapat lebih 160 komen dan 6,000 likes. [size=0.98em]Rata-rata menyatakan rasa terkejut dan bersyukur perkara tersebut tidak benar, sebaliknya sekadar peringatan bersama.
|