CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1085|Reply: 1

[Tempatan] Polis tahan anak dipercayai bantu ayah bunuh diri.

[Copy link]
Post time 15-11-2017 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Polis tahan anak dipercayai bantu ayah bunuh diri

https://www.malaysiakini.com/news/402000

Hari ini, 6:30 am      Hari ini, 6:59 am



Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai terlibat membantu ayahnya, seorang warga emas berusia 65 tahun untuk membunuh diri dalam sebuah bilik hotel, di Genting Highlands pada Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Othman Nayan berkata, mayat mangsa ditemui oleh petugas hotel berkenaan dan melaporkan kepada polis pada 10.20 pagi hari berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan lilitan di bahagian leher selain menjumpai seutas tali yang dipercayai digunakan untuk melilit leher mangsa.

“Siasatan awal juga, tidak menjumpai sebarang bukti untuk dikaitkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kes telah diklasifikasikan sebagai SDR (mati mengejut),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Namun katanya, siasatan diteruskan disebabkan beberapa keraguan dengan hasil siasatan lanjut mendapati terdapat individu kedua yang turut menginap di bilik berkenanaan.

Katanya, individu kedua itu juga yang merupakan anak lelaki mangsa berusia 35 tahun telah berjaya ditangkap pada Ahad lepas di sekitar pusat peranginan tersebut.

Othman berkata, hasil soal siasat awal suspek yang bekerja sebagai peniaga mengaku telah membantu ayah kandungnya untuk membunuh diri.

Katanya, berdasarkan rakaman CCTV dan keterangan pekerja menunjukkan suspek berada di dalam bilik berkenaan semasa kejadian sebelum melarikan diri.

Beliau berkata, suspek yang mempunyai rekod sakit mental dan masih mengambil ubat ditahan reman sehingga Khamis ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 306 Kanun Keseksaan kerana menyubahati kesalahan membunuh diri jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau org kt bwh bangunan.sorak2 org yg nk bunuh diri dari atas supaya terjun cepat2.tu pun dikira membantu juga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:24 AM GMT+8 , Processed in 1.240414 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list