View: 9870|Reply: 96
|
Harga Kerang Semakin Mahal, Kini Ianya Merupakan Makanan 'Orang Kaya'
[Copy link]
|
|
sumber : https://media-cdn.tripadvisor.com/
Memang tidak dinafikan makanan laut khususnya kerang-kerangan, ketam dan sotong merupakan kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia biarpun rata-rata menyedari ianya mengandungi kolestrol yang tinggi.
Menurut laporan Organisasi Makanan dan Pertanian, rakyat Malaysia adalah pengguna keenam terbesar makanan laut di peringkat global dengan 56.5 kilogram (kg) perkapita.
Memetik laporan Harian Metro, baru-baru ini tanpa disedari, kerang-kerangan telah dilabel sebagai makanan 'orang kaya' berikutan harganya dikatakan meningkat secara mendadak berbanding dengan hasil laut yang lain.
Keadaan tersebut diakui oleh pegawai Penyelidik Bahagian Perancangan dan Pembangunan Jabatan Perikanan Malaysia Dr Alias Man.
Jelas Dr Alias Man, kenaikan mendadak harga kerang mempunyai kaitan dengan faktor pengeluaran yang semakin merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Kajian kita menunjukkan kualiti air berperanan penting untuk pembiakan kerang."
“Jika ada pencemaran, ia akan mempengaruhi pengeluaran dan benih kerang cepat mati."
“Trend kemerosotan kerang ini tidak hanya berlaku di Selangor saja, ia juga membabitkan pusat pengeluaran kerang di seluruh negara namun kita masih belum mengetahui punca sebenar kematian benih ini,” katanya.
Menurutnya, beberapa pelan pengurusan dirangka dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi menangani masalah ini terutama kematian kerang.
“Selain menyimpan induk kerang untuk tujuan pembenihan, kita perlukan kajian lanjutan di seluruh negara dalam pelbagai aspek untuk mengenal pasti punca sebenar kerang tidak dapat membiak dan membesar seperti dulu."
Sementara itu, kedai runcit dan pasar raya sekitar Sentul dan Selayang didapati semakin kurang peniaga hasil laut menjual kerang, malah jika ada mereka hanya menjual bekalan itu dengan harga jauh lebih mahal.
Ada segelintir peniaga menjual kerang gred C dengan harga RM9 sekilogram (kg) hingga RM14/kg, manakala kerang kopek dijual pada harga RM20/kg hingga RM26.90/kg.
Di Pasar Borong Selayang pula, bekalan itu agak mudah didapati pada harga RM3 bagi gred C, RM7 hingga RM8 (gred B) dan RM10 hingga RM12 (gred A).- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Aiiii.... Sedapnya kerang. Tapi makin mahal.... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm bolehla ternak kerang lepasni...nak ternak pokok durian leceh dan masa lama |
|
|
|
|
|
|
|
Kerang - vacuum of the sea.. lecturer aku cakap |
|
|
|
|
|
|
|
nsb baiklah aku tak lalu rasa kerang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kerang ni dubuk suka dalam kuew tiao goreng je |
|
|
|
|
|
|
|
Samalah. Kuey tiaw dan laksa |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya kerang bakar |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni mkn kucing jahlaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
wanitajelita replied at 13-10-2017 10:46 AM
Kerang - vacuum of the sea.. lecturer aku cakap
Kerang mati.. laut pun semakin kotorla |
|
|
|
|
|
|
|
wanitajelita replied at 13-10-2017 10:46 AM
Kerang - vacuum of the sea.. lecturer aku cakap
Kira tak brp elok mkn jugakla |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu kuey teow kerang naik harga... tapi kerang kurang, tauge je lebih |
|
|
|
|
|
|
|
Suka rendang kerang mkn dgn nasi lemak. Tadi pegi carik kat desa pandan takde lak,ada rendang ayam dengan daging jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerang ni sedut segala mak nenek lumpur kat bawah laut tu. Kalau persisiran laut orang buang minyak, sampah, bahan toxic memang akan tinggi kandungan toxic dalam kerang tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mohon babhu bedak cuntong makan babeef jer tak payah makan kerang tak terbeli langsung @Bedah.Cun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
blik ni terasa nk beli ns lmak smbl kerang plak... nyum3 |
|
|
|
|
|
|
|
x mampu makan kerang
tukar la makan sardin
bodo |
|
|
|
|
|
|
|
ternak lemak lagi senang dari ternak kerang..buat apa nak ternak kerang |
|
|
|
|
|
|
|
wat rendang kerang @ rebus kerang cicah dgn air asam/kicap..waaa sedappppp
last week puas aku cari kat pasar nak buat kerabu pucuk paku + kerang tp xde
uncle tu ckp kerang da mahal...
dia org malas nak jual xde org nak beli |
|
|
|
|
|
|
| |
|