CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15093|Reply: 109

Bila Kes Reda Saya Akan Bertemu Boy Iman Untuk Berbincang – Nassier Wahab

[Copy link]
Post time 4-10-2017 02:51 AM | Show all posts |Read mode


Bekas bintang Gegar Vaganza 2, Datuk Nassier Wahab memberitahu akan bertemu dengan Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Norul Iman untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian.

Duta syarikat perumahan mampu milik itu berkata, dia sendiri tidak menjangkakan perkara tersebut menjadi kecoh dan hanya mengetahui tentang penahanan Boy Iman daripada kakitangan DBI Technology.

“Saya masih belum berkesempatan berjumpa Datuk Boy, kerana baru pulang dari Mekah dua hari lepas dan keadaan kesihatan saya juga masih tidak mengizinkan.

“InshaAllah, bila kes ini reda saya akan bertemu dengan Datuk Boy untuk membincangkan dan mencari jalan penyelesaian.

“Saya sendiri berasa sedih dengan apa yang berlaku,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp.

Ketika diminta mengulas mengenai penahanan Boy, Nassier menjelaskan dia dilantik sebagai duta DBI Technology, sementara penerbit filem 404 itu ditahan untuk membantu siasatan tentang syarikat lama iaitu, DBI Property.

“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga segala kekusutan  dan kekecohan yang berlaku ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya,” ujarnya.

Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman bersama dua lagi suspek utama ditahan di Ampang dan Setapak pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Hasil pemeriksaan yang dibuat di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang, polis merampas Nissan Fairlady dan BMW E92, tiga telefon pintar, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties.

Kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kalau dah bersubahat,boleh disabit kesalahan yang sama dengan dato belon tak ?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2017 05:12 AM | Show all posts
innalillah , alhamdulillah note 3 dah kembali ke pangkuan jalan.

siakap 3 rasa gelama makan kat kenduri,
bercakap bohong lama2 rumah tak berdiri

sorong papan tarik papan
Durian creepe di kedai hamdan
Beli rumah
Rumah tak de
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 07:09 AM | Show all posts
sian anda kan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Diam la pakcik..sat nnti ko pulak yg kena angkut sekali..bukan kambing hitam tapi boleh tersabit bersubahat juga ya..silap2 kang kena sita rumah banglo tu nanti
Nak tanya ni gi haji aritu..siapa yg sponsor ?..harap2 pakai duit sendiri yg halalan toyiban ya.
Jangan la sentap .tanya ajeh

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk sambung pantun cili..
  
Pak kazar pakwe si jlo
Suka tgk katun scooby doo
Bayo 60k dpt banglo..
Ko hadoo..



Yeayyyy
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 07:40 AM | Show all posts
abg nasir dah balik..makna nya jee pon dah balik la yer dari mekah...tak sabar nak tgk penampilan jee lepas balik dari mekah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2017 07:42 AM | Show all posts
OK Dato nanti bincang sama Dato baik2 ya

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
cekup je saki baki geng2 'dato' ni..x kira haji lebai jgn nk play victim beb..dah la aniaya pembeli bila jd kes polis duit deposit rumah belum tentu dapat balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2017 08:18 AM | Show all posts
sampai skrg UNDANG-UNDANG Malaysia hanya sekadar hiasan  ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 08:25 AM | Show all posts
bersungguh pakcik ni berdoa depan kaabah utk DBI terus maju.

alih2 balik mekah, DBI terus ke dalam!






Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
jerukkedondong replied at 4-10-2017 07:27 AM
Nk sambung pantun cili..
  
Pak kazar pakwe si jlo

Pantun paling win di abad ini..x anta kat dato belon?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 08:38 AM | Show all posts
lain kali nk jd duta siasat btul2 company..jgn gelap mata dpt banglo free 150k nti ke dalam..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 08:45 AM | Show all posts
mesti dia menyesal jd duta dato belon
rosak reputasi heols selama ni

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 08:57 AM | Show all posts
kesian kat yg kena tipu... bkn senang simpan duit
tapi apesal tak diselidik dulu....
cari  penipu2 ni...mmg takder hati peruttt....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ko di bayar,ko ckp lah macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 09:03 AM | Show all posts
nassier wahab ni la yg buat kenduri kat banglo baru heol tu kan sempena berangkat ke mekah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2017 09:05 AM | Show all posts
sama ada dia tak baca semua cite scam dbi ni atau pun dia tak reti membaca
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut dia ni kena heret sekali. Takkan la bodoh sangat tak tau benda tu scam. Jadi duta tak baca langsung ke news pasal syarikat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 09:15 AM | Show all posts
Madel replied at 4-10-2017 07:19 AM
Diam la pakcik..sat nnti ko pulak yg kena angkut sekali..bukan kambing hitam tapi boleh tersabit ber ...

murahnya harga banglo dieee..jeles plak aku
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn byk komen sgt..kan dgn duta2 kena angkut.huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.097648 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list