View: 14987|Reply: 207
|
[Tempatan]
Ingin Berdikari, Pasangan Suami Isteri Dari Kedah Ini Bina Istana Cinta Dalam Hu
[Copy link]
|
|
Mereka bukannya dihimpit kemiskinan, jauh sekali dihalau oleh keluarga masing-masing.
Namun bagi pasangan suami isteri muda ini bersama tiga orang anaknya yang masih kecil, mereka memilih untuk tinggal di dalam hutan kerana ingin berdikari tanpa menyusahkan mana-mana pihak.
Ahmad Ridzuan Yaacob, 26, dan isterinya Nor Hidayah Sahazan, 23, berkata resipi buat mereka bertahan sehingga kekal setahun tinggal di dalam hutan berhampiran Kuala Tualak, Kuala Nerang, Kedah adalah keserasian, kebahagiaan dan penerapan kasih sayang di antara mereka berdua.
Ahmad Ridzuan berkata, dia memilih tempat ini sebagai tempat tinggal mereka kerana terdapat punca air di situ di samping kawasan hutan mereka tinggal sekarang merupakan kawasan tanah yang dijagai oleh neneknya sebelum ini.
Jarang sekali bagi mana-mana pasangan seusia muda begini sanggup berkorban hidup serba kekurangan tanpa kemudahan elektrik dan bekalan air paip, dan pada mulanya hanya tinggal di dangau kecil.
Kini pasangan itu bahagia di dalam hutan bersama tiga anak mereka Putera Danny Quefiq, 6, Puteri Dannysha Queyllyaa, 4, dan Iman Muhammad Naufal Fath, 18 bulan.
Nor Hidayah berasal dari Pulau Pinang kini mengandung lagi dan bakal melahirkan cahaya mata yang keempat dalam tempoh empat bulan lagi.
"Saya sanggup meninggalkan ibu bapa dan menetap di dalam hutan kerana saya lebih menyayangi suami dan keluarga saya dan hutan ini merupakan punca rezeki bagi kami," ujar Nor Hidayah.
Dangau kecil yang mereka bina dahulu kini telahpun diubahsuai menjadi dangau tiga tingkat yang diperbuat daripada batang kayu dan buluh.
Dengan jarak lima kilometer dari jalan besar dan menghampiri ke kediaman mereka dengan jalan tanah merah yang licin, agar sukar bagi kebanyakkan orang untuk terus menetap di situ.
Bagi menyelami isi hati pasangan ini, terhadap tindakan mereka tinggal di dalam hutan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Badrul Hisham Hashim menziarahi pasangan terbabit.
Badrul Hisham menawarkan kepada pasangan terbabit rumah dalam Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), namun mereka menolaknya dan meminta mana-mana pihak yang ingin membantu agar dapat membina rumah di tempat mereka tinggal sekarang.
"Bagi saya inilah pengorbanan cinta yang suci ditunjukkan oleh pasangan ini dan saya yakin ramai tak mampu untuk berkorban seperti ini.
"Saya ingin membantu mereka untuk menempatkan mereka di rumah PPRT di Kuala Nerang namun Ridzuan tidak mahu dan berkata dia rela menetap di dalam hutan," ujarnya lagi.
Sumber: Astro Awani
hebatnya ...bagi aku sayang pun biar lah bertempat...biar la ikut logik akal...x sanggup aku nk duk dlm hutan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Letak dalam gua je dik.....nanti kita buat rombongan tengok manusia pra sejarah . |
|
|
|
|
|
|
|
Itu kawasan ladang la bodoh. Pekerja astro awani miskin hina semua ada hati nak kata orang duk di hutan. Kalo tengok pondok mereka jelas lebih selesa dari flat pprt pekerja astro awani |
|
|
|
|
|
|
|
by umur 40 silap-silap anak 15..
harap anak-anak mereka diberi pendidikan yang sempurna..
supaya hujung-hujung tak masuk bersamamu minta sedekah.. |
|
|
|
|
|
|
|
nobito replied at 21-9-2017 10:05 AM
Letak dalam gua je dik.....nanti kita buat rombongan tengok manusia pra sejarah .
Gelandangan di KL boleh la tinggal kat gua. Lagi selesa dari flat pprt pekerja astro awani. Tapi keluarga ini dah ada dangau 3 tingkat. Apa kelas masuk gua. |
|
|
|
|
|
|
|
Lajunya produce, masuk 4.. x kisah ler cinta sejati agung ke.. budak2 tu ada hak utk hidup biasa .. xda eletrik, nyamuk mlm2.. |
|
|
|
|
|
|
|
SIan anak2. Pada aku diorang Selfish .. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa bangang nak suruh pindah ke pprt. Dangau 3 tingkat dlam kebun getah dah ada. Jauh lebih bagus |
|
|
|
|
|
|
|
kemain nama anak putera puteri bagai ujung2 duk dlm utan jua
ni mesti bini insecure
takut laki duk menggatal cari pmpn lain baik diajak awal duk dlm hutan sbb xde manusia lain dh
hr2 duk belek bini je keje nyee |
|
|
|
|
|
|
|
just wow
walau hidup dalam hutan nama anak tetap urban hokay |
|
|
|
|
|
|
|
Flat bukan pprt pun mereka pandang hina. Inikan pula pprt. Terus reject. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
nama anak anak macam tengok drama astro bella.
|
|
|
|
|
|
|
|
jap aku tanya laki aku nk wt umah kt utan cm ni x.. |
|
|
|
|
|
|
|
@haryatie
Sukahati dia la nak huni dangau besar dalam kebun. Ada kacau flat kecik engkau ka ? |
|
|
|
|
|
|
|
mmg aku suka hati..x reti bca apa yg aku tulis sudahhh..bengung...
|
|
|
|
|
|
|
|
keserasian, kebahagiaan dan penerapan kasih sayang di antara mereka berdua.
yelah kaka.. kalau laki ko x wat hal, ko jagungkanlah cinta hagung ko tuh!
"Saya sanggup meninggalkan ibu bapa dan menetap di dalam hutan kerana saya lebih menyayangi suami dan keluarga saya dan hutan ini merupakan punca rezeki bagi kami," ujar Nor Hidayah.
mak pak ko didik elok2, ini jln ko pilih? ko ngn ina sohailaksa elok la berkawan baik... jantan mcm ni, langsung xde matlamat ko tau? semua nk senang. x pyh nk bersusah payah bg kemudahan kat anak isteri. asik2 tau bagi permata hati lps sorang2 keluar budak kat rahim ko tuh. shame u!
"Bagi saya inilah pengorbanan cinta yang suci ditunjukkan oleh pasangan ini dan saya yakin ramai tak mampu untuk berkorban seperti ini.
alahaiiiii kesiannya ko nih! ni jantan pemalas, bukan bukti cinta sejati. kalau dia nk buktikan ape2, bg la kesenangan dan keselesaan kat anak bini wei bongok! |
|
|
|
|
|
|
|
nama anak keaminnnn urban tp duk dalam hutanPutera Danny Quefiq, 6, Puteri Dannysha Queyllyaa, 4, dan Iman Muhammad Naufal Fath, 18 bulan.
apelah nama anak keempat dan seterusnya deols tu?
gamaknya cane eh anak dia besar2 nt nk bgtau asal usul mak pak dia Tarzan n Jane?
|
|
|
|
|
|
|
|
depa cari makan dgn.menjual hasil hutan ke?
kalau gitu bagus la sebab bujan mudah nak cari ulam dsb kat pasar akang ni..lagi lagi yang jarang dijumpai...
jangan ko jual.kayu jati udah la dik..
apa nak sebut anak pompuan dia tu?
kiulaila ke? que haidar? |
|
|
|
|
|
|
|
tak tau nak komen apa.. mcm mana rumah dorang dlm hutan tu? pondok usang je ke? kesian kat anak2 jela.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|