CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 6611|Reply: 37

Cipta Sejarah, Kapal Tempur Persisir Pertama Buatan Malaysia Dilancarkan

[Copy link]
Post time 24-8-2017 05:18 PM | Show all posts |Read mode


sumber : Berita Harian

sumber : Facebook MDSC

sumber : Facebook MDSC



Hari ini, Malaysia melakar sejarah apabila berlangsungnya majlis pelancaran dan penamaan Kapal Tempur Persisir (LCS) tercanggih pertama milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di dermaga Boustead Naval (BN) Shipyard di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.


Bernama melaporkan, upacara tersebut disempurnakan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim sambil disaksikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan seterusnya akan dilepaskan buat pertama kali ke perairan negara pada hari ini.


Dalam ucapan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kapal LCS bernilai RM1.5 bilion itu diberi nama Kapal Diraja (KD) Maharaja Lela sempena nama Datuk Maharaja Lela, seorang pahlawan Melayu yang memimpin perjuangan rakyat Perak bagi menentang penjajahan British di negara ini.


Tambah beliau, pelancaran kapal itu membuktikan keupayaan dan kemampuan anak tempatan untuk bersaing dalam industri berat, khususnya teknologi ketenteraan.


"Ia kerana KD Maharaja Lela adalah kapal kelas frigat pertama dibina sepenuhnya syarikat tempatan iaitu BN Shipyard Sdn Bhd," ujar beliau.


Untuk rekod, Kapal Diraja (KD) Maharaja Lela tersebut mempunyai kelajuan maksimum sehingga 28 knot dengan bersaiz panjang 111 meter.


Selain dilengkapi beberapa senjata utama seperti sistem pelancar torpedo, sistem pelancar misil antipermukaan, ianya juga memiliki sistem pelancar misil antiudara dan meriam kaliber sederhana bagi meningkatkan lagi kawalan keselamatan di perairan negara.- CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2017 05:22 PM | Show all posts
berapa tahun dibina ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mahal je kapal harga 1.5 billion? bagus sgt kita mampu bina armada perang..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
trbaikk malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 24-8-2017 05:49 PM
baru jerrr lancar awal tahun ni, dah siap....cuma senjata2 jerrr belum pasang, lepas sea trial kot b ...

ohh ptut la...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
fremm class kah ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2017 06:24 PM | Show all posts
tahniah beribu ribu tahniah. buat banyak lagi biar malaysia jadi negara terkuat di rantau sukan sea
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwarasa replied at 24-8-2017 06:24 PM
tahniah beribu ribu tahniah. buat banyak lagi biar malaysia jadi negara terkuat di rantau sukan sea

Tahukah anda..saat ini TLDM adalah navy yg terbesar, terkuat dan paling modern ..bukan saja di asia tenggara..tetapi juga di asia..mengalahkan china dan jepun.?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2017 06:31 PM | Show all posts
jiwarasa replied at 24-8-2017 06:24 PM
tahniah beribu ribu tahniah. buat banyak lagi biar malaysia jadi negara terkuat di rantau sukan sea



rantau sukan sea kepala hangguk lu.. rantau asean la




Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 06:42 PM | Show all posts
napa aku tgk cm kek plak hiasan dpn tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli ngan company yang sama yang jual Scorpene dulu.kenyang lagi la Syarikat perancis tu.

Duit jual scorpene hari tu pun  xabis lagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kapal ni frigate kecik je...berat 3100 tan je pun...beli sebab kononnya guna teknolgi stealth
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 08:50 PM | Show all posts
pembisikmaut replied at 24-8-2017 06:29 PM
Tahukah anda..saat ini TLDM adalah navy yg terbesar, terkuat dan paling modern ..bukan saja di asi ...

kita tak perlu 1000 kapal
kita tak perlu 1000 jet

ckup kita ada sebuah piramid shakti di hutan pohang

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
#doneclaim

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by henfon at 24-8-2017 10:06 PM

Kapal boleh beli diganti jenama sedang fasilitas steel cutting pun tarak ade kapal buatan dcns diklaim tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangga menjadi rakyat malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2017 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
henfon replied at 24-8-2017 09:56 PM
Kapal boleh beli diganti jenama sedang fasilitas steel cutting pun tarak ade kapal buatan dcns  ...

Bodonya ko ni...kapal tu mmg asal dcns..malaysia buat technology transfer dgn company tu..dcns setuju ia dibuat di msia dan transfer tech kpd boustead...technology transfer cost biasanya lebih mahal dari beli direct dari manufacturer..ia mmg dibina org tempatan dgn guidance dr dcns..paham tak???
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 25-8-2017 09:37 PM
Bodonya ko ni...kapal tu mmg asal dcns..malaysia buat technology transfer dgn company tu..dcns set ...


"Ia kerana KD Maharaja Lela adalah kapal kelas frigat pertama dibina sepenuhnya syarikat tempatan iaitu BN Shipyard Sdn Bhd," ujar beliau.

Setakat welding
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
henfon replied at 25-8-2017 09:42 PM
"Ia kerana KD Maharaja Lela adalah kapal kelas frigat pertama dibina sepenuhnya syarikat tempata ...

first time buat stealth frigate ko igt terus leh buat sendiri ka?...goblok lu ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
6 buah Frigate Gowind ni akan mula memasuki perkhidmatan TLDM bersama dengan 4 buah Korvet C82A yang dibeli dari China.

Dari segi fizikal, saiz korvet ni lebih panjang berbanding frigate gowind.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 2021 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 2728 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8183 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 04:22 AM GMT+8 , Processed in 3.239856 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list