|
sumber : www.thesun.co.uk
sumber : www.thesun.co.uk
Setelah tiga minggu diburu pihak polis, suspek John Tomlin berusia 24 tahun menyerah diri di balai polis kerana disyaki terbabit dalam serangan simbah asid pada 21 Jun lepas.
Memetik laporan portal The Sun di UK, ketika kejadian mangsa yang merupakan seorang model dikenali sebagai Resham Khan berusia 21 tahun dan seorang lelaki iaitu sepupunya disimbah asid ketika berada dalam kereta di Beckton, bahagian Timur London.
Difahamkan serangan itu dilakukan pada hari kelahiran pada umur 21 tahun buat Resham Khan, seorang model yang berimpian tinggi.
Sebagai seorang pelajar yang baru sahaja balik untuk tahun penukaran di Cyprus, Resham memberitahu ketika serangan, dia mengalami kesakitan amat dasyat setelah muka dan badannya seolah-olah kena bakar api.
Menulis dalam Twitter, katanya, "Saya nampak baju saya terbakar di depan mata saya, ketika itu kami di tengah jalan dan kami menjerit sambil minta air."
Manakala, sepupunya Jameel yang disimbah asid pada bahagian muka, masih dalam keadaan koma dan perlu menjalani pembedahan.
Dilaporkan, suspek kini dalam tahanan reman untuk disoal siasat pihak polis.- CARI
|
|