View: 5965|Reply: 52
|
Jururawat Nyaris Meletup Dalam Kereta Kerana Bunyi 'Beep'
[Copy link]
|
|
Alangkah terkejutnya seorang jururawat wanita apabila mendapati bunyi ‘beep’ di belakang keretanya adalah sebuah bom jenis Improvised Explosive Device (IED).
Memetik mStar Online, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Sabtu itu, P. Janagi, 27, yang bertugas di sebuah klinik swasta di Pekan kapar, Klang, mendakwa terdengar bunyi berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Nesa Kampung Simpang 3, Jeram, Kuala Selangor.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, sebaik menyedari bunyi itu, mangsa terus singgah ke rumah bapa saudaranya di Taman Damai di Kapar untuk meminta bantuan dan memeriksa punca bunyi itu pada keretanya jenis Proton Saga.
“Susulan itu, bapa saudara mangsa menemukan objek berwarna hitam menyerupai bahan letupan buatan sendiri yang dilekatkan di bawah bampar kereta itu dan mencabutnya. Semasa bapa saudaranya mencabut objek tersebut, ia masih mengeluarkan bunyi ‘beep’ sebelum mereka memaklumkan kepada pihak polis sejurus selepas itu,” katanya.
Foto: mStar Online
Tambah Fadzil, sejurus pihaknya menerima laporan berkenaan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dikerahkan ke lokasi kejadian bagi pemeriksaan lanjut.
Hasil pemeriksaan, mereka mengesahkan ianya merupakan bahan letupan buatan sendiri dari jenis IED.
Menurut laporan, objek terbabit terdiri daripada dua silinder yang dibalut dengan pita berwarna hitam serta dilengkapi papan litar elektronik dengan wayar berwarna merah dan hitam termasuk suis.
“Bom terbabit dimusnahkan kira-kira pukul 2.30 pagi ini di kawasan padang bola bersebelahan Balai Polis Kapar dengan menggunakan robot pemusnah bom,” katanya
Motif kejadian masih dikenal pasti dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah serta Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ganas seyh main bom.
ni kira dendam kesumat ni. akak ada beberapa orang nak bom juga terutama scammer akak. tapi sebab akak tahu Allah tu ada, akak sabar. bom orang bukan dpt duit semula.
tp tak pelik pun nordin mat top terrorist asal malaysia pandai buat bomb..
daripada buat bomb baik bomb pasar raya hypermarket dengan produk kita. biar jadi kaya raya. setakat bom kereta perempuan nurse tu kerja pondan dik. telur tak cukup masak lagi jenis pondan tak siap. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah dalangnya? Ex bf sheols kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa ye agak2 suspek utama? Serius la main bom skg ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Serius takotnyaa..main bom plak dah..nnt adelah yg mniru ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 9-7-2017 06:18 PM
ganas seyh main bom.
ni kira dendam kesumat ni. akak ada beberapa orang nak bom juga terutama sc ...
Serius la kak ada orang nak bom akak. Hati-hati kak. Nanti tak dapat berforum lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
akak yang nak bom orang dik, bukan orang nak bom akak. kita buat baik org pijak kita.. hancur badan di kandung tanah, hancur budi kena bomorg kena aniaya bukan setakat doa makbul dik, bom pun makbul lepas tu meringkuk dalam penjara.
|
|
|
|
|
|
|
|
wehhh serius lah kat malaysia ni? scarynyaaa main bom dah skrg |
|
|
|
|
|
|
|
serius lah kat malaysia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
C4 susah dpt, so buat sendiri jela. Pandai jgk tu nak buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni gara2 belajar dari u tiub la ni gamaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
Bom apo tak melotop pun |
|
|
|
|
|
|
|
syukurr.. bom tu tak meletup lagi...sempat panggil polis.. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib selmat,
nasib jumpa bom tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ni ada makhluk Laknatullah nak sebarkan budaya bom sana sini spt mana kapir IS buat di negara luar ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bhayanya.. smga dijauhkn semuanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia syak ex bf dia yg buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Made In China
Semua barangan buatan China boleh meletup kecuali bom.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|