Seiring perkembangan semasa, filem Melayu pada era Tan Sri P Ramlee mula ditenggelami filem masa kini yang lebih 'terikut-ikut' dengan gaya dan budaya barat.
Oleh itu, sempena menyambut hari bahagia Aidilfitri tahun ini, Watson akan mempersembahkan sebuah filem epik digital diinspirasikan dari zaman kegemilangan era P Ramlee!
'Legenda Cun' diterajui pelakon utama Kamal Adli dengan watak saudagar kaya yang dalam misi mencari seorang ratu bersuara manis yang muncul dalam mimpinya. Dia kemudian merantau ke serata dunia dalam usaha mencari ratu berkenaan menerusi pertandingan nyanyian.
Khabar angin mengenai pencarian itu tersebar ke seluruh dunia dan menarik perhatian puteri di setiap pelosok dunia termasuk Laila Majmuk yang dimainkan Uqasha Senrose, Puteri Gunung Rendang (Raja Ilya), Puteri Hang Po Po (Amber Chia), Nong Nak (Thanuja Ananthan), Puteri Rambut Mengurai (Sasha Saidin), Bawang Besar dan Bawang Kecil (Najua P Ramlee dan Afifah Nasir) serta Harum senandung yang dibintangi Ruhainies.
Selain itu, filem ini juga turut menampilkan Alvin Chong, Arfan Aris, John Tan, Kit Mah, Nigel Chin, Rowan Lee, Amanda Imani, Brynn Lovett, Husna Mustafa, Lim Mei Fen, Shweta Sekhon serta Nadine Ann Thomas bagi mewarnainya dengan konsep pelbagai budaya dan kaum di Malaysia.
"Tahun ini, kami menawarkan sesuatu yang unik serta lain dari yang lain, berkaitan kita semua," Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia Danny Hoh.
 Foto: FB Watsons Malaysia
Filem digital ini akan mula menemui penonton pada 7 Jun di laman rasmi Facebook dan Youtube Watsons Malaysia.
Kita tunggu dan lihat sendiri betapa 'cun'nya filem epik ini! - CARI |