CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14414|Reply: 123

[Jenayah] (Update: Video MAK PUKUL guna HANGER & ada kesan GIGITAN #1) Budak 2 tahun M

[Copy link]
Post time 14-5-2017 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 15-5-2017 01:20 AM

Tangisan terakhir anak syurga
Ahad, 14 Mei 2017 @ 10:58 PM

BUDAK lelaki berusia 2 tahun yang meninggal dunia akibat kecederaan dalaman termasuk pankreas koyak di Hospital Kajang, pagi semalam, dipukul oleh ibunya menggunakan penyangkut baju sehingga dia menangis pada 10 malam Jumaat lalu dan ada kesan gigitan di muka sebelum kejadian itu.

Sumber berkata, ibu kanak-kanak terbabit berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pembantu taska di Taman Kajang Impian, Kajang keluar dari bilik dihuninya di taska itu bersama teman lelakinya berusia 39 tahun yang datang ke taska itu pada 1 pagi keesokannya.

Katanya, kanak-kanak itu dipukul ibunya kerana meragam dan teman lelaki ibunya yang bekerja di restoran tinggal di tempat lain.

“Selepas keluar, mereka pulang semula ke taska, namun pada 6 pagi ibu kanak-kanak terbabit meminta nombor teksi daripada kakitangan taska yang lain kerana mahu membawa anaknya ke hospital.

"Dia kata anaknya sesak nafas selepas terjatuh dari katil dan ke hospital menaiki teksi bersama teman lelakinya. Tidak lama kemudian dia memaklumkan anaknya sudah meninggal dunia,” katanya.


Taskatempat ibu kepada budak lelaki yang meninggal dunia akibat kecederaan dalamantermasuk pankreas koyak di Hospital Kajang, pagi semalam, menetap dan bekerja.FOTO Apit

Menurutnya, sebelum kejadian dipukul dengan penyangkut baju itu, kanak-kanak terbabit dilihat dalam keadaan muka ada kesan gigitan dan lebam di badan.

Terdahulu,  Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan mengesahkan menerima laporan kematian kanak-kanak itu.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati, mangsa mengalami kecederaan dalaman termasuk tulang rusuk patah dan pankreas koyak.

“Ibu mangsa dan teman lelaki wanita terbabit ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Menurutnya, teman lelaki wanita itu mempunyai rekod kesalahan dadah dan ujian air kencingnya positif ganja.

Sementara itu, jiran yang enggan dikenali berkata, dia sering melihat wanita itu bersama lelaki terbabit dan menyangka mereka suami isteri.

Saya ingatkan mereka suami isteri, rupa-rupanya pasangan kekasih.

"Malam tadi (semalam) saya lihat ada sepasukan anggota polis datang ke taska itu dan wanita terbabit ditahan polis," katanya.


Tulang rusuk patah, pankreas koyak
Ahad, 14 Mei 2017 @ 12:05 PM

KANAK-KANAK lelaki meninggal dunia akibat kecederaan dalaman termasuk patah tulang rusuk kanan dan pankreas terkoyak di Kajang, semalam.

Dalam kejadian 6.55 pagi itu, ibu mangsa yang baru bangun daripada tidur menyedari pernafasan anaknya berusia dua tahun tidak stabil.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, mangsa terus dibawa ke Hospital Kajang oleh ibunya.

Bagaimanapun, selepas beberapa minit menerima rawatan, mangsa disahkan meninggal dunia.

Othman berkata, pemeriksaan awal mendapati banyak kesan merah dan bengkak di kepala dan badan mangsa.

“Hasil bedah siasat mengesan tulang rusuk sebelah kanannya patah serta pankreas terkoyak.

"Terdapat juga banyak kesan lebam baru pada tubuh badan mangsa,” katanya.

Susulan itu, ibu mangsa, 29, yang bekerja sebagai pembantu taska dan teman lelakinya, 39, ditahan.

"Teman lelaki ibu mangsa juga mempunyai rekod lampau berkait kes dadah," katanya.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 20 Mei.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2017 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
News kedua arini pasal pompuan xlayak jadi ibu...apa nak jadi la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita sedih di hari ibu
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk je dah wat mental aku koyak
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kejam sungguh :
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 01:49 PM | Show all posts
Tunjuk muka. Tunjuk muka !!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2017 01:52 PM | Show all posts
eiii kejinya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sialan :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2017 01:58 PM | Show all posts

berita yang sedih...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
bapaknya mana?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
mak sangap batang lagu la ni la jdnya..tolong jd janda high class blh tak::
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin banyak org gila nowadays.mohon jgn membiak lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak bodoh. Harap melingkup sekali dengan bf sumbat penjara.
Jangan jd macam kes syafia humaira lagi::
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Taska mana yang amik penbantu taska syaitoon nih..ntah2 budak2 kat taska pon ade yg pernah kena dera...hidop pn dah tak guna skg pompuan oii..semoga berbahagia dgn keputusan ko dulu nak jadi taik dadah ...best tak anak ko dah mati..?bole get high like no tomorrow gituu...nak bunuh diri lepas ni pon dialu2kan...takot ko termengandung lagi dan bunuh lagi anak2 yg lain...oo btw Happy Mothers day...hope you enjoy the day your baby son died....:
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
memang sick la orang yang mendera ni
hati dah hitam.. hati dah keras.. tiada rasa kasih pada anak kecil
sakit jiwa aku baca ni.. mau murung berhari hari
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Seksanya budak tu menanggung derita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2017 02:23 PM | Show all posts
Pepatah "ibu mana tak sayangkan anak" dah tak boleh pakai. Ibu2 lahanat mcam ni jangan berlagak suci sangat ye
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Keje taska?? Aduhaiii...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Same old story

Watak sama pelakon je lain lain  :zz
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku amatttlah berharap takde politaik buat keje bangang nak 'tolong' si mak ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.392931 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list