Zaman sekarang tidak kira golongan lelaki mahupun wanita rata-ratanya memilih untuk mengunjungi salun bagi mendapatkan khidmat profesional dalam hal penjagaan rambut mereka.
Pelbagai teknik digunakan oleh salun-salun ini dalam memenuhi permintaan dan masing-masing bersaing untuk menawarkan kelainan buat para pelanggan mereka.
Hal ini mendorong Daniil Istomin, seorang penggaya rambut profesional dari Rusia untuk mencuba sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah dibuat orang.
Kalau sebelum ini ada yang menggunakan pedang, pencakar besi dan api untuk memotong rambut, Daniil pula mengunakan kapak.
Foto: www.odditycentral.com
Sekali pandang, nampak macam Daniil mahu menetak leher pelanggannya, namun sebenarnya itulah keistimewaan teknik yang ditawarkannya.
Pelanggan akan disuruh untuk meletakkan kepala mereka di atas meja sebelum Daniil beraksi dengan kapaknya yang tajam.
Menurut portal Oddity Central, Daniil berasa bosan dengan teknik yang sedia ada, lalu terinspirasi dengan cerita orang zaman-zaman dahulu yang menggunakan kapak dalam kehidupan seharian mereka.
Foto: www.odditycentral.com
Selepas melakukan eksperimen selama dua tahun, lelaki ini yakin untuk menggunakan kapak sebagai alat untuk menggayakan rambut para pelanggannya.
"Kapak membuatkan kerja menjadi lebih mudah, satu hayunan bersamaan dengan sepuluh guntingan," katanya.
Bagaimana, ada yang berani mempertaruhkan diri untuk 'dikapak' seperti ini tak? -CARI
|