CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21823|Reply: 213

[Tempatan] KKM Telah Haramkan Terapi Ozon Serta-Merta: Video kenyataan rasmi & rinciann

[Copy link]
Post time 3-5-2017 07:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 4-5-2017 09:01 AM



https://www.facebook.com/permali ... 16&substory_index=0

MINISTRY OF HEALTH’S STERN ACTION AGAINST OZONE THERAPY

Ministry of Health Malaysia would like to inform that all forms of ozone therapy which involves usage of ozone machines, injection into person’s vein and running the blood through the machines, fall under the ambit of medical treatment.

Therefore, it is compulsory for the practice to fulfil every aspect of existing medical laws and action can be taken against the providers should they fail to comply.

The Ministry noted that ozone therapy are provided by various types of premises including clinics and beauty salon, plus manned by healthcare professionals and unqualified personnel.

Health Technology Assessment done by Malaysian Health Technology Assessment Section (MaHTAS) revealed that there is no scientific evidence to support any therapeutic benefit from the usage of the above mentioned therapies for any illnesses.

Moreover, the therapy exposes the users to risks of bleeding from the usage of heparin, embolism (occlusion of blood vessels from air bubble), infection from unsterile instruments and permanent disability resulting from impairment of organs such as the kidneys.

Ministry would like to re-emphasise that ozone therapy is not a recognised treatment and could cause severe medical complications including deaths. Hence, Ministry views the practice of ozone therapy seriously and the regulation of this device and practice should be in accordance to existing medical legislations, as follows:

• Section 2 and 5, Medical Device Act 2012 [Act 737] defines ozone therapy machine as a medical device which must be registered with Medical Device Authority (MDA). Any establishment, manufacturer, importer or distributor who import or place the ozone therapy machine in the Malaysia market need to apply for establishment licence and registration of the device under this Act with MDA, or recall the distribution/usage of the machine from the market, latest by 1st July 2017.

• Anybody who fail to comply or contravene the above requirements could result in legal action and be liable to a fine not exceeding two hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

• The usage of heparin products is under the purview of Poison Act and Sales of Drug Act 1952, enforced by the Pharmacy Enforcement Division.

• Any registered or licensed private healthcare facilities under Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 [Act 586], which provide ozone therapy, legal action can be taken under this Act.

• The usage of injection needles and injection syringes for intravenous heparin, is regulated under Medical (Instruments) (Exemption) Regulation 1986, whereby the instruments could only be used by registered medical practitioners or registered medical assistants. Legal action can be taken against unregistered or unlicensed facilities providing ozone therapy, if there is evidence that there is usage of injection needles and syringes at the facility.

• Complaints towards registered medical practitioner who provides ozone therapy, can be forwarded to Malaysian Medical Council for further action. (phone: 03-26912171, fax: 03-26912937 / 03-26938569, email: [email protected], http://www.mmc.gov.my/index.php/making-a-complaint)

The Ministry wishes to reiterate that not only ozone therapy does not confer any health benefit, but it could also endanger the life of its users.

The collaboration between enforcement agencies under Ministry of Health will be further strengthened to ensure the safety and healthcare quality of the public is continuously improved and upheld.

DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
MINISTER OF HEALTH MALAYSIA

3rd May 2017



KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA


TINDAKAN TEGAS KEMENTERIAN KESIHATAN TERHADAP ISU TERAPI OZON

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa semua bentuk terapi ozon yang melibatkan penggunaan mesin terapi ozon, suntikan ke dalam saluran darah seseorang individu dan darah tersebut diproses menggunakan mesin tersebut, adalah termasuk dalam lingkupan rawatan perubatan.

Oleh yang demikian, amalan tersebut perlu mematuhi semua aspek undang-undang perubatan sedia ada dan tindakan boleh diambil ke atas pihak-pihak yang gagal mematuhi ketetapan tersebut.

KKM mendapati terapi ozon ini adalah disediakan di pelbagai jenis premis perniagaan termasuk klinik, salun kecantikan dan ianya dikendalikan oleh profesional jagaan kesihatan dan orang yang tidak berkelayakan.

Penilaian Teknologi Kesihatan yang dijalankan oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM (MaHTAS) mendapati tiada bukti saintifik yang menyokong sebarang manfaat terapeutik penggunaan terapi ozon bagi mana-mana penyakit.

Malah, terapi tersebut mendedahkan pengguna kepada risiko pendarahan daripada penggunaan heparin, embolism (penyekatan salur darah oleh gelembung udara), jangkitan kuman akibat peralatan yang tidak steril dan kehilangan upaya yang kekal berpunca daripada kegagalan organ seperti buah pinggang.

KKM ingin menegaskan semula bahawa terapi ozon merupakan rawatan yang tidak diiktiraf dan boleh menyebabkan komplikasi perubatan yang teruk termasuklah kematian. Maka, KKM mengambil serius perkara ini dan pengawalseliaan terapi ozon ini perlulah mengikut ketetapan perundangan perubatan sedia ada, seperti berikut:

• Selaras dengan ketetapan Seksyen 2 dan 5, Akta Peranti Perubatan 2012 [Akta 737],  mesin terapi ozon ditafsirkan sebagai suatu peranti perubatan yang perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (Medical Device Authority (MDA)). Mana-mana establismen, pembuat, pengimport atau pengedar mesin terapi ozon yang mengimport, mengeksport atau meletakkan dalam pasaran apa-apa mesin terapi ozon perlu memohon lesen establismen dan pendaftaran peranti di bawah Akta 737 dengan MDA, ataupun menarik semula pengedaran/penggunaan mesin tersebut dari pasaran, selewat-lewatnya 1 Julai 2017.

• Kegagalan mematuhi ketetapan tersebut atau mereka yang melanggar peraturan ini boleh menyebabkan tindakan perundangan diambil,  iaitu apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

• Penggunaan produk heparin bagi rawatan terapi ozon adalah tertakluk kepada Akta Racun dan Akta Jualan Dadah 1952 yang dikuatkuasakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF).

• Bagi kemudahan jagaan kesihatan swasta yang berlesen atau berdaftar bawah Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] yang menyediakan rawatan terapi ozon, tindakan perundangan bawah Akta 586 boleh diambil.

• Penggunaan injection needles dan injection syringes untuk IV heparin tertakluk kepada ketetapan Medical (Instruments) (Exemption) Regulation 1986, di mana radas tersebut hanya boleh digunakan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pembantu perubatan berdaftar. Oleh itu, tindakan undang-undang boleh diambil kepada premis yang tidak berdaftar atau tidak berlesen dan menyediakan terapi ozon sekiranya terdapat bukti penggunaan injection needles dan injection syringes di premis berkenaan.

• Aduan terhadap pengamal perubatan berdaftar yang menyediakan perkhidmatan terapi ozon boleh dikemukakan kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya (telefon: 03-26912171, faks: 03-26912937 / 03-26938569, email: [email protected], http://www.mmc.gov.my/index.php/making-a-complaint).

KKM ingin menekankan sekali lagi bahawa terapi ozon bukan sahaja tidak memberikan sebarang manfaat kesihatan, malah rawatan tersebut boleh membahayakan nyawa pengguna.

Kerjasama antara agensi penguatkuasa bawah KKM akan diperkukuhkan bagi memastikan keselamatan dan kualiti jagaan kesihatan untuk rakyat sentiasa dipertingkatkan dan dijaga.

DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

3 Mei 2017

Rawatan Terapi Ozon Diharamkan Serta Merta
Published on May 3, 2017

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mengharamkan rawatan terapi ozon dan mengarahkan semua premis perniagaan termasuk klinik dan salun kecantikan agar berhenti menawarkan perkhidmatan itu serta merta.

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata penilaian teknologi kesihatan yang dijalankan Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS) mendapati tiada bukti saintifik yang menyokong sebarang manfaat terapeutik penggunaan terapi ozon bagi mana-mana penyakit.

“Terapi ozon ini tidak diiktiraf oleh mana-mana negara di dunia ini. Ia juga boleh menyebabkan komplikasi perubatan yang teruk termasuk membawa kepada kematian,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Selain itu, katanya, setakat ini, tiada mana-mana pihak yang menjalankan perkhidmatan terapi ozon yang mendaftarkan mesin mereka dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Justeru, katanya, semua pembuat, pengimport dan pengedar mesin terapi ozon perlu menarik semula pengedaran atau penggunaan mesin tersebut dari pasaran selewat-lewatnya pada 1 Julai ini.

Dr. Subramaniam berkata kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka didakwa di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM200,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Baca: KKM Dapati Terapi Ozon Tiada Kelebihan Terapeutik



“Pihak kementerian mendapati mesin ini kebanyakannya dipasang dalam negara manakala peralatan dalaman diimport dari luar negara,” katanya.

Katanya, penggunaan produk heparin (ubat untuk mencairkan darah) bagi rawatan terapi ozon juga adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun dan Akta Jualan Dadah 1952 yang dikuatkuasakan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF).

Katanya, tindakan undang-undang juga boleh diambil terhadap pusat penjagaan kesihatan berlesen atau berdaftar di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, yang menawarkan rawatan terapi ozon.

“Kita dapat lihat mereka melakukan banyak kesalahan di bawah pelbagai akta. Jadi, saya nasihatkan rakyat Malaysia agar berhenti mendapatkan rawatan terapi ozon ini,” katanya.

Justeru, Dr. Subramaniam berkata semua agensi terlibat akan menjalankan penguatkuasaan terhadap premis-premis yang manawarkan perkhidmatan itu.

Orang awam yang ingin membuat aduan terhadap premis yang menawarkan perkhidmatan terapi ozon boleh dikemukakan kepada Majlis Perubatan Malaysia di talian 03-2691 2171 atau faks ke 03-2691 2937 atau e-mel ke [email protected].

Sebelum ini, isu rawatan terapi ozon tular di media sosial selepas beberapa artis terkenal tanah air mempromosikan kaedah rawatan itu yang dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit serta melambatkan penuaan.

Bagaimanapun, artis-artis terbabit kemudiannya menarik balik sokongan mereka terhadap terapi itu selepas ia tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan. – BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2017 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Cc: sasha30k
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ummah pprt mmg mudah kena tipu..ozon tu walau molekul dia 3atom oksigen tp x bermakna ia baik utk tubuh manusia.dlm bidang industri O3 ni dikategori gas beracun.
ozon utk tapis sinar uv matahari je bkn utk dijadikan bhan terapi whatso ever!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 07:51 PM | Show all posts
kt kota damansara area the strand ni pun ada satu gak...kemain sesak org dok buat ozon kt sini
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 3-5-2017 07:47 PM
Cc: sasha30k

Iols baca tajuk pun terus teringat sasha30k

Mode gossip girls sangatt
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk apa kejadah ni? Putihkan kulit ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2017 07:56 PM | Show all posts
Ozone ni oxidizing agent yg kuat.Banyak digunakan dalam industri sebagai alternatif kepada klorin.

Satu lagi kegunaan gas ozone adalah untuk menghilangkan bau. Kalau ada mayat reput dalam rumah kita, kita boleh guna ozone gas utk hilangkan bau mayat tersebut.Ada alat yg boleh generate ozone gas.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok baca org bijak pandai komen...  terbuka minda gtu..

Me mmg xcayala pusat2 yg xde pengiktirafan ke apa gini..nk cucuk2 kita bagai..... aper2 pon hospital jerla...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2017 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus teringat Sasha 30k. Nanti apa income di plk. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Terapi ozon nih mcm dlm gmba atas tu ke prosesnye Cm org buat dyalisis jah konsepnye ..gle ah cmni pun ade org sihat2 berani buat
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ada opismate aku sanggup terbang ke kl tiap mggu sbb nak buat ozone terapi ni..aku lupa nak pesan srh buat sekali ozone terapi tu d hati dia yg gelap tu..motif sangat nak putihkan diri tp hati hitam
kelam umpama shaitoon..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus teringat teringat gf anak raja tu..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah diharamkan

Dah macam2 cara nak bagi cantik & sihat tapi tak ikut kaedah yang betul
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 08:52 PM | Show all posts
nak putihkan kulit guna EMP je dik.. tak perlu susah2 ozon apa semua.. kt north korea banyak EMP
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah Shasha, Zack, Arissa Chua dan lain2
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sia2 je perabih duit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2017 09:11 PM | Show all posts
patutla ozon berlubang... ada malaun sial gi tebuk bawak trun ke bumi
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
jiji85 replied at 3-5-2017 08:32 PM
ada opismate aku sanggup terbang ke kl tiap mggu sbb nak buat ozone terapi ni..aku lupa nak pesan sr ...

haha..putih dak dia sis?..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus good job
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 3-5-2017 08:52 PM
nak putihkan kulit guna EMP je dik.. tak perlu susah2 ozon apa semua.. kt north korea banyak EMP :lo ...

Emp tu apa yea ..  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.099807 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list