Fuh! Kalau kita tengok di Internet dan media sosial hari ini, terdapat pelbagai lambakan evolusi makanan menjadi tarikan ramai.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201705/03/162914a6ebvvy5ono313bz.jpg) Foto: Paste Magazine
Jika sebelum ini aiskrim ramen menjadi kegilaan ramai, hari ini muncul pula Mi Unikorn yang kelihatan berwarna-warni dan meriah dengan sayur-sayuran serta buah-buahan.
Kalau nak diikutkan dari segi rupa, mi Unicorn mungkin trend makanan berwarna-warni paling sihat buat masa ini.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201705/03/163159e7jpm84slpempmy8.jpg) Foto: BoredPanda
Trend ini dimulakan sebuah blog, The Indigo Kitchen di mana mereka menjelaskan bagaimana mi berwarna-warni itu disediakan.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201705/03/163158y9xwc6ws9pkzskug.jpg) Foto: Blog The Indigo Kitchen
Macam tak percaya saja apabila bahan-bahannya mudah didapatkan. Anda hanya memerlukan mihun atau mi putih jernih serta kubis ungu untuk mencipta rona warna yang menarik itu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201705/03/163158j6koryok6nm2yomy.jpg) Foto: BoredPanda
Macam-macam orang sekarang pamerkan kreativiti masing-masing. Dengan makanan pun boleh menarik perhatian orang ramai. Anda nak cuba buat? Mungkin boleh buat anak kecil yang tak suka sayur makan sayur. - CARI |