View: 3844|Reply: 50
|
Siarkan Detik Bunuh Warga Emas Menerusi FB Live, Suspek Diburu Polis
[Copy link]
|
|
Polis Ohio sedang memburu seorang lelaki yang menyiarkan dirinya membunuh seorang lelaki secara langsung di Facebook (FB), semalam, serta mendakwa melakukan banyak lagi pembunuhan.
Reuters melaporkan, polis yang mengesahkan perkara itu berkata, suspek dikenali sebagai Steve Stephens menyiarkan pembunuhan itu dalam Facebook Live.
"Suspek menyiarkan insiden pembunuhan di Facebook Live dan mendakwa mengaku melakukan pelbagai pembunuhan lain yang belum disahkan," kata polis di Twitter ketika memburu Steve Stephens.
Video itu menunjukkan lelaki berusia 37 tahun itu yang memandu SUV Ford Fusion, menghampiri seorang lelaki tua di jalanan dan melepaskan tembakan.
sumber foto: AFP
Menurut AFP, dalam siaran FB Live selepas kejadian itu, Stephens mendakwa sudah membunuh 15 orang dan polis sedang berusaha mengesahkannya.
Berdasarkan siasatan awal polis, mangsa yang mati ditembak itu berumur 74 tahun dan bernama Robert Goodwin, langsung tidak mengenali suspek.
Pihak polis tidak menolak kemungkinan mangsa menjadi sasaran menerusi pilihan secara rambang oleh suspek.
Lelaki itu yang berkerja sebagai pengurus penjagaan kesihatan menyalahkan teman wanitanya yang dikenali sebagai Joy Lane yang menjadi punca dia bertindak kejam membunuh warga emas itu.
Dilaporkan juga polis sedang berusaha menjejakinya setelah mengenal pasti perkembangan terkini suspek iaitu seorang lelaki berkulit hitam, berketinggian 185cm dan mempunyai berat 110kg.- CARI
sumber foto: Reuters
|
|
|
|
|
|
|
|
Vavi. Orang macam ni bila jumpa jangan bunuh. Kerat tangan, kaki, cuping telinga & lidah. Stakat tembak orang tua, bacul sangat lah ko |
|
|
|
|
|
|
|
Memang berdarah dingin punya orang, kalau geram atau bergaduh dengan awek, pergi lah cari awek baru, tak payah lah nak bunuh orang yang tidak berdosa. Inilah bahaya sesebuah negara yang boleh membeli pistol dengan mudahnya, kesan buruknya memang mengerikan. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm dlm filem... kejamnya ko! |
|
|
|
|
|
|
|
seramnya dengan orang yg sakit jiwa ni |
|
|
|
|
|
|
|
lg x bole hadam..ngeri doh klu jmpa org mcm nie tp x taw siape die sbnrnya..
|
|
|
|
|
|
|
|
penyakit sosial di amerika mmg dah berada pada tahap nazak |
|
|
|
|
|
|
|
Psychotic killer. Mohon cepat tertangkap. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia ni islam mau orang cakap terrorist..tp bila dia bukan islam takde benda pon nak kecoh |
|
|
|
|
|
|
|
yang tak berdosa jadi mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Isk akak seram tengok jambangnya pelik begitu |
|
|
|
|
|
|
|
babik btol.ko nk gaduh ngn awek pon yg g bunuh org knape?gile |
|
|
|
|
|
|
|
alfatihah. kesiannya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|