CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9706|Reply: 60

[Edisi Sendu] Farhan AF4 : Walaupun Sakit Ku Gagahi Jua

[Copy link]
Post time 4-4-2017 02:11 AM | Show all posts |Read mode
Credit : RAP Harian Metro

Kuala Lumpur: Kemunculan Farhan yang menyanyi dalam satu acara yang berlangsung di sebuah hotel di sini, baru-baru ini mengejutkan peminatnya kerana dia masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulungnya, Souffea Zulaeqha, pada 17 Mac lalu.

Farhan, 32, yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 4 ketika dihubungi berkata, dia sudah mendapatkan nasihat doktor sebelum membuat persembahan itu.

“Selain sudah mendapat kebenaran daripada doktor yang merawat saya ketika bersalin, saya juga sudah lama berjanji dengan rakan yang menganjur program itu. Saya tetap menjaga pantang dengan berstokin dan pemakanan,” katanya.

Menurut Farhan, penganjur turut menyediakan makanan yang boleh dimakannya memandangkan Farhan masih dalam tempoh berpantang.

“Saya bersalin melalui pembedahan dan saya berpantang dengan menggabungkan cara moden serta tradisional. Saya juga berurut tetapi tidaklah di sekitar perut. Menurut doktor, dalam masa 10 hari pembedahan itu akan pulih sebab itu saya gagahkan diri pergi ke majlis itu kerana tidak mahu menghampakan sahabat saya.

“Lagi pun saya bukannya melompat atau berlari, saya hanya berdiri sambil menyanyi. Menurut nasihat doktor, saya kena banyak berjalan untuk mengelakkan darah beku,” katanya.

Ketika ini Farhan sedang menjalani tempoh berpantang di rumah ibu bapanya di Pandan Indah, Ampang, di sini, dan minggu depan dia akan di rumah mentuanya di Kuantan, Pahang.

Farhan berkata, dia akan kembali aktif bulan depan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2017 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa nyanyi tu sheols berpantang hari ke berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa beranak anak sulong upenyaaa...aritu jumpa dia kat hosp putrajaya hakak ingat dia ni beranak ank kedua dah sbb aritu tgk gmbr dia kat bodgos thn lepas kawen siapa ek lupa lak dah mcm nak meletops dah ..patutla bb dia agak besar..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 07:10 AM | Show all posts
org skg mcm x kisah jek psl pantang ni...
skg mmg dia x rasa...
tggu 10thn akn dtg..
mcm2 penyakit yg dtg
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigih Ko,Dik nak mnyanyi...
Jgn buat memain msa dlm pantang, kalo ikutkan mnyanyi pun x leh,sbb mmbabitkan urat dlm badan, wlpn bersalin normal/ceaser,bentan 1 bdn...
Jgn memain dik,ooiii...
Bdn nak pakai lama...
Ikhlas nasihat dri hakak yg beranak ramai nie
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sengkek sgt ke deknon oiii.. Apa laki X bagi duit?? Sanggup sgt tu kenapa deknon????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2017 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau normal ok lg..memg cepat baik luka..ni c sec
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 08:32 AM | Show all posts
mek suka sheols.. sbb sgt baik..
teringat dedulu jmpe kat wangsa walk.. helok jeh jalan senyum2.. kat org hat senyum kat dia, tgh dok jalan ada anak sapa x tau lari langgar dia,.. kemain dia plak cuak angkat budak tu..

suara pun sedap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2017 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah dia rajin kerja..mmg csec kena byk jalan pon.ini tidak bila csec terus nk melepek baring mintak org jaga...manalah nk baik cepat.

Tp sheols ni kena jaga badan..nnti gems cepat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2017 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 4-4-2017 06:15 AM
Masa nyanyi tu sheols berpantang hari ke berapa?

Entah la chuols. Dia tak sebut pulak hari ke berapa  
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 09:22 AM | Show all posts
suara sedap
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 09:23 AM | Show all posts
wowww kagum aku baru pas czer dah keje! maybe lain2 org lain ketahanan kot..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar la dia, ntah2 nnt dia lg sihat dr org yg pantang makan ikan kering 44 hari.
Org melayu ni bila org xbuat ikut cara diorang mulalah kata itu ini.
Padahal kadang2 ada nenek2 orang putih boleh turun naik panjat gunung lg pada usia 60-70 tahun. Nenek2 melayu umur 50 dah bisa2 tulang bagai
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 10:00 AM | Show all posts
menyanyi lagi penting dari jaga kesihatan diri
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 10:05 AM | Show all posts
suka tgk dia berlakon kat tv2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 10:26 AM | Show all posts
apo kono ehhh
mencari penyakitttt
sok urat kembang mambang samo naik ngn badan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2017 10:30 AM | Show all posts
yg bkn artis pun dlm pantang pi shopping...org skrg mana heran dah berpantang ni...
kalau diorg nak pegi mana2 x kisah la tp yg dok usung baby ke hulu ke hilir mmg kesian la...
antibodi baby masih x kuat...yg aku jumpa kt psr mlm pun ramai bw baby masih kecik...time nak maghrib pun makbapak gigih dok usung...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngilu plak baceeee .... X takot kee jahit tertetas ke apeee..... Gigih sgt nak g nyanyi.. Payment besar keee???
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
aldilla_zahraa replied at 4-4-2017 09:51 AM
Biar la dia, ntah2 nnt dia lg sihat dr org yg pantang makan ikan kering 44 hari.
Org melayu ni bila ...

Betul tu. Menyampah sangat dgn org yg mengutuk sebb x ikut cara dorg. Pastu mula lah nk doa yg bukan2. Eh helooo apa beza berdiri kat pentas ngan berdiri kat rumah. Bukan nyanyi 3 4 j utk konsert pun. Mulut terbuka suara pun keluar jg.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Jac pun ilek je perform beberapa ari lepas bersalin. Bole tarik2 suara lagi. Tp xda sapa hencap sbb de bukan melayu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.134739 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list