CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11293|Reply: 71

Muaz Mohamed Ditegur Bawa 'Imej RTM' Di Kool FM

[Copy link]
Post time 9-3-2017 10:59 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.875em]KUALA LUMPUR: Selepas sebulan menyertai Kool FM, Muaz Mohamed mengakui dia terbawa-bawa cara penyampaian seperti ketika bertugas di RTM sehingga ditegur pengurusan baru tempatnya bekerja.
[size=0.875em]Namun ujar Muaz, 33, dia akhirnya dapat mengubah cara itu seperti yang diinginkan selain bertambah selesa bekerja di tempat baharu itu.

"Mula-mula ada teguran sikit, mereka minta saya ubah cara penyampaian mengikut cara Kool FM.

"Tapi sekarang dah semakin baik dan apa yang penting saya masih menjadi diri sendiri, hanya ubah cara mengikut suasana tempat baharu," katanya kepada mStar Online.

Muaz atau Muazanazzudin Mohamed ditemui pada Majlis Lepak Santai bersama barisan penyampai radio Hot FM dan Kool FM di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini pada Selasa.

Dia sebelum ini penyampai radio Nasional FM dan berkhidmat selama sembilan tahun di RTM.

Selain itu menurut Muaz, menyertai sebuah stesen radio yang berasaskan keuntungan ternyata menguji kemampuannya sebagai seorang personaliti radio.

"Ketika di tempat lama saya bekerja untuk majikan tetapi di sini saya bertanggungjawab untuk tambah jumlah pendengar.

"Ini adalah cabaran yang sebenar apabila memasuki pasaran yang terbuka, ia mencabar daya kreativiti saya sebagai penyampai.

"Setiap hari kena fikir bagaimana nak tarik lebih ramai pendengar," katanya.

Muaz bergandingan dengan Liza menerusi segmen Petang Kool.


Bagaimanapun menurut Muaz, pengalaman lalu membantu dia memperkukuhkan namanya dalam bidang penyiaran.


"Pengalaman lalu saya anggap sebagai fasa untuk mengenal diri, ia sangat membantu meletakkan di mana saya sekarang ini.


"Tapi apa yang pasti Muaz masih seperti dulu kerana saya kerja demi minat," katanya.


Akui Muaz, bekerja di sebuah stesen radio milik syarikat terkenal bukan jaminan untuknya diterima dengan mudah oleh pendengar.


Sebaliknya ujar Muaz, kemampuan diri mengetengahkan bakat yang ada merupakan perkara utama yang perlu ada pada setiap penyampai radio.


"Pendengar sekarang semakin bijak menilai penyampai mana yang mereka suka. Mereka menilai keupayaan kita mengendalikan segmen yang diberikan.


"Sebab itu sebagai penyampai saya perlu menjadi lebih kreatif untuk menarik minat mereka mendengar celoteh di radio," katanya.


Muaz kini bersama seorang lagi penyampai iaitu Liza mengendalikan segmen
Petang Kool
bermula 3 petang hingga 7 malam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2017 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
pekat sgt RTM heshe ni...nk wat camne..

tp betterlaah dari Mariamah tijo, kak yong, maznah abdul, azura lisa aziz, DJ sonik,  Zaini Yuhyi atau Tasneem atau Harjeet Singh Dillon yg masuk radio/tv swasta
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
yg penting meols nk buat jejak kasih...kemana hilangnya anak hekan meols Shaq Era yg sedap tu? @qqOfficial
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahh..9 thn ngn gomen dia keluar masuk swasta..
Rtm tu kira skim kerajaan berpencen kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:47 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 9-3-2017 11:36 AM
Wahh..9 thn ngn gomen dia keluar masuk swasta..
Rtm tu kira skim kerajaan berpencen kan?

Rtm ramai staff kontrak. So rasanya dia pun contract jer kut
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:48 AM | Show all posts
eh helo? hari2 meols layan kool fm dkt office. jauh lagi best muaz compared to liza mengilai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2017 11:50 AM | Show all posts
seeriesagain replied at 9-3-2017 11:47 AM
Rtm ramai staff kontrak. So rasanya dia pun contract jer kut

rasa bukan dorg bkn penjawat awam tp contract basis
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:52 AM | Show all posts
ok la tue..at least ade etika ckit DJ radio swasta nie..so xde la penuh dgn sampah sarap..mengilai2 mcm org gile
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2017 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sinar pagi tu pulak, akak tak suka betul jep tu dok buat lawak bodoh gitu. Rahim dengan shuib ok.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 12:35 PM | Show all posts
iolz suka je cara rtm muaz tu, sopan sket banding liza tu.. asyik mengekek mengilai2 jah.. sakit telinga.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Muaz best lah! Nampak tertib je berbanding dj2 (dj ke???) pak lawak yang masing2 dok bergelak sesama sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
beliau decent la sikit dari Liza tu..
but overall ok je..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 01:33 PM | Show all posts
dulu pendengar setia nadi pagi nasional fm sebab muaz... now dah beralih ke koolfm petang2 dengar beliau juga.

Bagus ada pembaharuan...ambikla yang memang by qualification deejay bukan pak lawak asik nak melawak sepanjang masa. Muaz tu best...not so monotone macam deejay rtm yang lain...

Nanti bintang rtm xde la Muaz dahhh i think die je blh buat rancangan so..so.. jadi best in a very ethical manner...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu terrrrrrrrrrrrtengok muzik2 tv3. Kebetulan ada si muaz ngn dak astro yg nama hefnie saad tu,, ayooooooo mmg ketara la sangat beza produk RTM compared produk Astro. Kosserrr
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 01:56 PM | Show all posts

lorrr..patut lama x dgr suara muaz kat nasional fm pepagi..


suka dgr nas fm...cara penyampaian tertib...berinfo...yg penting takda mengilai2....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 02:02 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2017 02:03 PM | Show all posts
terpaku replied at 9-3-2017 11:48 AM
eh helo? hari2 meols layan kool fm dkt office. jauh lagi best muaz compared to liza mengilai

couldnt agree more
liza mengilai benci dengar.


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 02:03 PM | Show all posts
terpaku replied at 9-3-2017 11:48 AM
eh helo? hari2 meols layan kool fm dkt office. jauh lagi best muaz compared to liza mengilai

couldnt agree more
liza mengilai benci dengar.


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Muaz ni kalau mengacara di tv mulut agak.lepas dan biadap.. suka make fun fizikal orang...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 9-3-2017 11:14 AM
pekat sgt RTM heshe ni...nk wat camne..

tp betterlaah dari Mariamah tijo, kak yong, maznah abdul, ...

Betul ke ainan tasneem tu juruhebah rtm?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.064428 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list