CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5569|Reply: 21

Gangguan Ketika Tidur

[Copy link]
Post time 7-3-2017 05:24 AM | Show all posts |Read mode
Dua tiga malam lepas, waktu tidur kat rumah parents, dalam bilik sendiri... kawan ade rasa something pijak tilam beberapa kali mundar mandir pukul tiga pagi. Aku plak time tu tido. Die tgh main Instagram time tu. Katil kingsize bed. Pastu die pejam mata sebab tak berani nak tengok benda ape tu smpai la die trtido. Kebetulan plak lepas tu, badan aku kena tekan pastu ade bunyi nafas kat telinga, kuat plak tu... smpai aku menjerit kuat2 dlm tido pastu kawan aku bangunkan aku. At the same time, die pun dapat mimpi buruk.
Nak dijadikan citer, yesterday, aku plak kena kaco sorang2 kat bilik yang sama tapi waktu pukul 10 pagi. Aku koje malam so mmg habit aku tido pagi smpai petang/malam sbb aku kojer malam permanent. So time aku tido tu, tetiber rasa kena peluk dari belakang. Mula2 layan je la kan.. sbb aku tgh tido. Tak pikir ape pun. Last2 bile makin kuat, aku trjaga. Aku pikir, sapa lak peluk aku.... aku cuba lawan, tapi kena tekan la plak. Kuat lak tu. Lawan punye lawan, last2 a few minutes after, baru dpt gerak. Trus lari kat bawah.

Skrg ni aku konpius, aku balik umah bujang.. umah baru kena rompak bape minggu lepas so tak bape nak selamat duk situ skrg. Balik umah parents plak ade antu kaco.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2017 08:16 AM | Show all posts
sebelum ni pernah jadi mcm ni tak kat rumah parents ko? ke ni 1st time?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2017 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 7-3-2017 08:16 AM
sebelum ni pernah jadi mcm ni tak kat rumah parents ko? ke ni 1st time?

Pernah tp da lama da.. yg baru ni die dtg lagi.. tp x tau la antu yg sama ke dop  
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 08:21 AM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 7-3-2017 08:18 AM
Pernah tp da lama da.. yg baru ni die dtg lagi.. tp x tau la antu yg sama ke dop

tora dtg lagi ler tu... better ko halau sebelum dia mengganas lagi..panggil la ucetat mana2 pagar rumah ko tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2017 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 7-3-2017 08:21 AM
tora dtg lagi ler tu... better ko halau sebelum dia mengganas lagi..panggil la ucetat mana2 p ...

Iols x suka panggil2 ustaz ni.. pasang Ruqyah je cukup x?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 08:28 AM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 7-3-2017 08:23 AM
Iols x suka panggil2 ustaz ni.. pasang Ruqyah je cukup x?

boleh juga... sebelum tido tu ko better ambik air wudhu'..baca lah ayat2 yg patut jgn main tido jer..

ni haa aku tepek..kot2 berguna..

Pagar Rumah & Diri, Rawatan Serta Petua didalam berhadapan ancaman jin dan syaitan

INI MERUPAKAN SALAH SATU CARA / IKHTIAR MERAWAT
Berkongsi amalan atau petua bagi mengelakkan gangguan jin dan syaitan

Pagar Rumah:

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bg bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
"jgn lah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bhw benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Ada kaedah yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-3-2017 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 7-3-2017 08:28 AM
boleh juga... sebelum tido tu ko better ambik air wudhu'..baca lah ayat2 yg patut jgn main tido je ...

Tq    Bru pas pasang playlist surah2 halau jin kt YouTube letak dlm bilik td. Insyaallah iols small an kt atas tu  
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 11:18 AM | Show all posts
Ai pun hampir sama apa yg u kena ni (ai lak.. dia tindih dari blkg pastu buat gyrating movement gitu.. geli la mcm kena molest gitu isk!)

Apa ai buat.. Baca ayat kursi, fatihah & 3 qul 3 KALI sebelum tidur.. & jangan tinggal sembahyang wajib.

Slowly benda ni akan tak berapa kuat dah nak kaco lagi.. huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2017 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Len kali tdo je kat ruang tamu. Kau pompuan ke lelaki?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Euw....peluk dr blkg....gedik punya hantu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ferr_Remy replied at 7-3-2017 05:24 AM
Dua tiga malam lepas, waktu tidur kat rumah parents, dalam bilik sendiri... kawan ade rasa something ...

Tt..solat jangan tinggal n bacala quran..Insya Allah xde apa dah pastu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana skarang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2017 02:45 AM | Show all posts

Alhamdulillah, skrg da xde sgt. Klu kena hempap ke ape, releks jer.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2017 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn.. nabi ada ajar amalan.. try buat

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2017 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum tidur, amalkan:
1. Ambil wuduk
2. Al fatihah
3. Ayat kursi
4. BUAT INI 3X--> Tadah tgn, baca 3 qul (al ikhlas, al falaq, an nas), tiup ke tapak tgn, sapu seluruh badan bermula dr ubun2 kepala, muka, tgn, bdn, belakang, kaki, sampai ke hujung jari kaki.

Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21x.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2017 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
try buat. Tgk hasil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2017 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah mimpi kena cekik sesuatu kat leher
And ada pocong berdiri bucu katil
And nampak tuan dia(aku kenal) tengah gelak2 sebelah pocong
Bangun jer dah sakit leher .... Sakit gila
Sampai macam patah renyuk rasanya
Xleh gerak
Dalam mimpi tu mcm separa sedar
Aku cuba jerit and baca apa yg patut

Xlama lepas tu baru sedar ...

Any advice??
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
damian_lee replied at 14-10-2017 08:51 PM
Aku pernah mimpi kena cekik sesuatu kat leher
And ada pocong berdiri bucu katil
And nampak tuan di ...

Buat amalan sebelum tidur. Nabi ajar yg tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 12:30 PM | Show all posts
kawan aku baru je tak tahu la gangguan ke apa ke tapi semalam  sama ada die mimpi atau separa sedar ada cam lembaga berdiri kat tepi katil die . Lembaga tu bertanya dengan nada tegas "kenapa kau solat dekat situ"? rupanya 2 hari lepas kawan aku solat dekat dalam ofis die and dalam ofis die tu ada patung sembahyang orang india n tu first time die solat kat situ.  kebetulan plak kawan aku jatuh tersembam pada hari yg sama. so, die pergi la berurut kelmarin n semalam, semalam plak orng tukang urut tu cakap ha dah elok ni dah. ttbe kawan aku mimpi ada lembaga hitam tanya dengan die camtu. fuh, seram siot.. betul ke tidak tak pasti la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 12:57 PM | Show all posts
tt , i tumpang bercerita ye. harap2 dapat keizinan . menda ni jadi  2 tahun lepas masa tu i baru tuka tempat keja . sebelum tu duk shah alam (duk ngan member) . pas tu bila dapat tuka ke kl i pun duk ngan parents i. di sebabkan dulu masa i kat shah alam bilik i tu jarang bebenor di gunakan kecuali bila i balik umah my parents every weekend sajork. so adalah 1 hari bila i dh duduk balik kat bilik i tu, masa tu malam lebih kurang pukul 12 gitu. tak macam mana masa nak lelap tu i rasa macam ada org baring kat belakang i , tp i takut nak pusing belakang tengok , karang tak pasal lain jadi nya . pastu i cepat capai my h/set terus on radio ikim (kebetulan ikim fm tengah on air alunan al quran ) . baru i rasa lega sebab benda tu tak de.  sekarang b4 tido i baca 3 qul dan on mp3 al quran .
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.300652 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list