CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11289|Reply: 99

Siti Nordiana Diminta Nyanyikan Lagu 'Kampung' Semula

[Copy link]
Post time 23-2-2017 10:34 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA:
Penyanyi Siti Nordiana berkata, percubaannya membuat perubahan dengan menghasilkan lagu lebih moden iaitu Pesanan Teragung
gagal diterima peminat kerana mereka masih mengharapkan dia tampil dengan lagu-lagu 'kampung'.


Siti Nordiana, 33, berkata, lagu yang dirakam selepas menjuarai program Gegar Vaganza 2itu kurang mendapat sambutan berikutan dikatakan tidak sesuai dengan dirinya.


"Saya akui perubahan yang saya buat dengan membawa lagu genre urbankurang mendapat sambutan kerana orang masih melihat saya dengan lagu-lagu kampung. Mereka mahu saya menyanyikan lagu-lagu seperti itu semula.


"Jiwa saya juga memang sudah sebati dengan lagu-lagu seperti itu dan saya akui bila kita nyanyi lagu yang kita suka... pendengar juga secara tidak langsung boleh menerima lagu tersebut," ujarnya kepada mStar Online.



Siti Nordiana

Siti Nordiana ditemui pada majlis sidang media Anugerah MeleTOP Era (AME) 2017yang berlangsung di Trec KL, di sini, Rabu.


Dia menjawab tentang perkembangan bidang nyanyiannya yang dilihat kurang menyerlah berbanding bidang lakonan.


Pelakon drama Dia Semanis Honeyini dicalonkan dalam pencalonan awal kategori Pelakon TV MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era (AME) 2017 yang bakal berlangsung pada 23 April depan.


Dalam pada itu, Siti Nordiana berkata, disebabkan perkara itu, dia mengambil peluang untuk mencipta lagu sendiri yang bakal dikeluarkan sebagai single terbaharunya dalam masa terdekat.


Katanya, lagu berkenaan juga diinspirasikan kepada lagu-lagu lamanya yang pernah mendapat tempat di hati peminat suatu masa dahulu.


"Saya akan cipta lagu sendiri untuk single terbaharu saya nanti, ia bukan kerana saya tidak percaya kepada komposer yang ada tetapi sengaja ingin cuba bidang penciptaan lagu pula," ujarnya.


Tambah Siti Nordiana, dia juga gembira trend lagu-lagu 'kampung' ketika awal kemunculannya dalam industri hiburan sudah kembali mendapat perhatian dan diterima ramai pada ketika ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Hazabnya ko nana.. ko rate sendiri lagu ko dulu sebagai lagu kampung..kalau aku komposer ko dulu sure aku maki ko
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:23 AM | Show all posts
Yang gelar kan kampung bukan dia, pendengar urban yang panggil lagu dia kampung so dia just Quote jer...

Memang betul pun tak yah nak urband sangat tgk si Aiman Tino tu ha meletop2 dengan ballad melayu.. walaupun lirik nya sedihhhh...

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:24 AM | Show all posts
dulu masa gv dengar dia nyanyi lagu ziana zain rasa macam wow hebat sangat, tapi bila dengar balik sekarang ni aduhai lemau giler..dan xbest langsung
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:27 AM | Show all posts
i still love and support u nana..abaikan je acik2 kepam yang dok mengata u..setiap show nana tak pernah menghampakan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:27 AM | Show all posts
Pesanan Teragung
urban lh sgt




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2017 11:33 AM | Show all posts
terpaku replied at 23-2-2017 11:27 AM
i still love and support u nana..abaikan je acik2 kepam yang dok mengata u..setiap show nana tak per ...

yols neh mana satu yols nak? daddy Z ke mummy N?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:34 AM | Show all posts
harkktuih replied at 23-2-2017 11:33 AM
yols neh mana satu yols nak? daddy Z ke mummy N?

dua2 meols nak..gitcheaw #celaru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 11:35 AM | Show all posts
terpaku replied at 23-2-2017 11:34 AM
dua2 meols nak..gitcheaw #celaru

mohon nyanyi lagu keliru ajai nurul
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:52 AM | Show all posts
Suara Nana ni lebih sesuai dengan irama lagu-lagu lama sheols. Mungkin perubahan irama untuk lagu baru tak berapa sesuai dengan suara sheols dan tak menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
iols rasa she meant genre lagu irama melayu. iols kalau pergi belah sumatera sinun sokmo dgr radio diorang buka lagu lagu irama melayu, mcm style lagu2 acik spin/aiman tino. ingatkan lagu lama rupanya mmg lagu hits zaman kini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyanyi2 malaysia ni x payah nk acah2 lagu urban sgt lah.. Tgok ke la dayang dulu acah2 r&b terus sendu... Skrg bila kembali ke lagu2 melayu baru org pandang.. Kena sedar mass market kt msia ni org melayu berselera kampong.. Walo duk tgh bandar sekalipon ttp nk dgr lagu2 leman, dangdut etc..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi iolss suka suara nana yang lemak lemak gitchuu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Xperlu la nak feeling reben .. ehh . Urban
Selagi ada market .... nyanyi la ...
Kalau pok amai2 in .. nyanyilah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 01:29 PM | Show all posts
i pon still nak dengar dia nyanyi lagu kampung je heheh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Genre leman dia tu lahhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 03:14 PM | Show all posts
ya iols setujuk nana keep on nyanyikan lagu2 leman sbb mmg sgt sesuwai dgn tone suara dia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 03:22 PM | Show all posts
suka nana..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
iols minat siti nurdiana..
lagu dia iols suka..
sayang menyanyang.
cinta di kenang..
puncak kasih berpanjangan..
uwo wo....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 04:36 PM | Show all posts
inisiatif replied at 23-2-2017 04:02 PM
iols minat siti nurdiana..
lagu dia iols suka..
sayang menyanyang.

tuh bukan siti nordiana lah yg nyanyi... nipu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Muzakarah teliti hukum solat pakai telekung biasa
ultra78Muzakarah teliti hukum solat pakai telek
Views : 33841 Replies : 65
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 93895 Replies : 3654
Kereta tak bayar dah 8 bulan hendak ditarik.Pemilik mengamuk jahanamkan kereta
YgBenarKereta tak bayar dah 8 bulan hendak dita
Views : 27996 Replies : 70
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 122436 Replies : 3207
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 128915 Replies : 1839
‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’ – Pelancong China Kecewa Tiada Papan Tanda Bahasa Mandarin
Abahmung‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’
Views : 3527 Replies : 20
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110050 Replies : 6974
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 7216 Replies : 22
Makin banyak tanda suka, 'live' Fattah cetus fenomena
maklukpenggodaMakin banyak tanda suka, 'live'
Views : 47665 Replies : 119
“Kena Kecam Baru Tukar, Tak Fikir Perasaan Keluarga Mangsa” – Buat Akaun TikTok & Tulis Ayat ‘Kerat 8’.Netizen Minta Abah Hayat Diam
Abahmung“Kena Kecam Baru Tukar, Tak Fikir Peras
Views : 47180 Replies : 110

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.111622 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list